Kelab Blogger Ben Ashaari

Monday, 28 November 2016

GV3 | Nora Tersingkir Dengan Bermaruah


Assalamualaikum w.b.t.. Kenapa Eraz beritahu Nora Tersingkir Dengan Bermaruah? Sebabnya Nora menyahut juga cabaran yang diberikan oleh pihak media iaitu menyanyikan lagu Adele - All I Ask.. Walaupun secara Medley bersama dengan lagu Sandiwara, Nora tetap menyahut cabaran berbanding yang ada peserta yang tetap kekal dengan lagu pihak sendiri.. Ada setengah tu lagu yang dipilih sesuai dengan suara mereka.. Walaupun tersingkir, Nora tersingkir secara bermaruah..

Selepas peristiwa menukar lagu di Minggu ke - 6 iaitu dari lagu Rindu - Amelina ke lagu Bring Me To Life - Evanescence, bermula dari situ Nora dikecam Netizen kerana dikatakan diberi layanan istimewa.. Selepas itu kes Nora semakin teruk selepas Nora membuat keputusan setelah berbincang dengan pihak pengurusannya dan Astro dengan tidak menyahut cabaran untuk menyanyikan lagu pilihan pihak media tetapi memilih lagu sendiri.. Lepas peristiwa itu, Nora dikecam lebih teruk..

Sehinggakan kalau korang dengar Nora nyanyi semalam, memang dapat rasa kesedihan yang dia alami.. Pada mula diumumkan yang Nora salah seorang peserta GV3, memang terkejut sebab Nora salah seorang nama penyanyi terbaik Malaysia.. Tetapi dengan alasan ingin menapak semula dalam industri muzik, Nora abaikan semua tu..

Apa-apa pun, tersingkirnya Nora di peringkat Separuh Akhir ibaratnya sama macam Shima di GV 1.. Tiada masalah.. Rasanya nama Nora akan naik semula kerana Gv 3 ini.. Apa yang penting, memang respect Nora sebab membuat keputusan menyanyikan lagu pilihan pihak media walaupun tidak yakin dengan keupayaannya.. Walaupun tersingkir, tersingkirnya dengan bermaruah..

Dato' Ramli MS ada menjelaskan di Konsert Gegar Vaganza semalam yang mana kalau ada penyanyi yang menyanyikan lagu sendiri adalah tiada masalah tetapi dari segi penjurian, markah akan jadi lebih mahal kerana menyanyi lagu sendiri tidak memerlukan latihan yang lebih.. Melodi dan Lirik dan hafal.. Cuma mungkin untuk membuat persembahan vokal dan pentas je kan.. So minggu depan di Konsert Akhir Gegar Vaganza 3, Ameng pula mendapat lagu sendiri.. Bukan satu, tapi dua lagu.. Adakah Ameng juga akan dikecam Netizen? Entahlah..

Info:

Kedudukan peserta pada persembahan Konsert Separuh Akhir GV3:

1. Azharina (80.80%)
2. Zarul (79.85%)
3. Siti Sarah (78.20%)
4. Intan Sarafina (76.90%)
5. Ameng (71.35%)
6. Gmie (63.35%)
7. Nora (61.25%)

Entri Sebelum : Chickenpox Di Umur 30-an

3 comments:

  1. Macam-macam kisah GV ni :) .. PC tak begitu mengikuti..hanya sekali sekala..mungkin akhir tengok inshaAllah..

    ReplyDelete
  2. macam-macam kisah GV musim ni.. apapun tak sabar nak tengok minggu last nanti

    ReplyDelete

Penulis tidak bertanggungjawab atas apa-apa komen yang ditinggalkan oleh pembaca / pengunjung. Semua komen adalah di bawah tanggungjawab mereka. Sila gunakan bahasa yang sopan. Terima kasih.