Kelab Blogger Ben Ashaari

Sunday, 6 November 2016

Penangan Lara Alana

Assalamualaikum w.b.t.. Siapa sangka reality show Lara Alana ni ada pengikut setia.. Orang tu anak kami la.. Sebelum program ni start, terfikir juga, ada ke orang nak tengok ni.. Sekali peminat setianya ialah anak-anak kami.. Dengan kami-kami sekali la tengok setiap minggu.. Bila dah boleh rekod, bukan setakat hari Rabu, setiap hari duk ON sampai dah tahu apa yang Lara tu buat dalam episod tu..

Zara dan Adam, dua-dua follow program ni.. Bagi Zara, dia suka follow sebab tengok aktiviti Lara.. Tak semua episod dia suka.. Sesetengah je.. Antaranya masa Lara melawat tempat Hello Kitty.. Main di tempat permainan menarik, kena gigit la, naik keretapi dan lain-lain.. Itu antara yang selalu Zara sebut.. Biasa la budak-budak kan..

Adam tengok Lara oh Lara di rumah Tok Ma

Bagi Adam pula, tak sure la tang mana yang dia suka.. Lagipun budak umur setahun lebih baru.. Tapi dengan muzik promo pun dah tahu itu program Lara oh Lara.. Kadang-kadang program ni boleh bantu kami bagi anak-anak stay depan TV kalau masa tu nak buat apa-apa yang penting.. Untuk permulaan, mereka akan stay depan tv sementara waktu.. Bila dah boring, baru bangun merayau..

Macam dalam entri Eraz kat SINI, bila kita yang dewasa sebagai ibu bapa tengok program macam ni, tengok juga la ibu bapanya sekali.. Macam seronok je jadi mereka sebab macam senang nak handle Lara tu kan.. Tapi yang pasti, ke mana-mana Lara pergi, pembantunya mesti ada.. Beg untuk alat-alat anak pun tak de.. Santai sangat.. Bila kamera tunjuk pembantu, semua ada dengan pembantu.. Ke Jepun pun pembantu ikut..

Tapi.. Semua tu rezeki orang kan.. Mereka memang mampu dan perlu.. Kita yang kerja biasa-biasa ni kena buat macam biasa-biasa la kan.. Besarkan anak sendiri tanpa bantuan.. Sebab tu kadang-kadang sampai tak boleh buat apa-apa masa jaga anak.. Tapi.. Tapi lagi.. Still terurus dan anak alhamdulillah, baik-baik saje.. So, atas ibubapa itu sendiri la..

#Dengarnya Astro nak buat Reality Programme untuk anak Che Ta dengan Zain Saidin pula, Aaisyah Dhia Rana

2 comments:

  1. nice one. Liked it. The kid in the picture pose cute.. Liked it,.Keep sharing informative post.

    Assignment writing service reviews

    ReplyDelete

Penulis tidak bertanggungjawab atas apa-apa komen yang ditinggalkan oleh pembaca / pengunjung. Semua komen adalah di bawah tanggungjawab mereka. Sila gunakan bahasa yang sopan. Terima kasih.