Kelab Blogger Ben Ashaari

Monday, 21 November 2016

Year End Holiday Promotion Tahun 2016

Assalamualaikum w.b.t.. Pejam celik pejam celik, dah masuk bulan November 2016.. Rasa macam baru je sambut harijadi bulan Disember 2015 yang lepas, bulan depan dah nak masuk bulan Disember 2016 pula! Selain Eraz sendiri nak sambut birthday, bila tiba hujung tahun ni, budak-budak mesti ramai yang suka kan.. Sebab? For sure la cuti sekolah kan.. Mesti ramai yang dah plan nak bawak anak-anak ke tempat pilihan kan..

Biasa kalau ibu bapa kerja sebagai cikgu, memang senang la nak plan awal kan.. Tapi tak menjadi masalah juga bagi ibu bapa yang kerja pejabat kan.. Kalau dah plan awal, insyaallah semua akan berjalan lancar.. Plan awal, tempah awal, bayar awal.. So semua akan senang.. Bukan apa, masa ni la nak ketatkan lagi bonding time antara ibu bapa dan anak kan.. Di Malaysia sendiri, memang banyak tempat pilihan yang menarik.. Nak tahu cadangan Eraz?

MELAKA! Kenapa? Sebabnya Eraz dulu memang pernah belajar selama setahun ni Kolej Matrikulasi Melaka di Londang Masjid Tanah.. Tapi masa tu budak-budak lagi.. So memang tak sempat nak keman-mana la.. Study je.. Transport pun takde.. So, kalau ada peluang je, Eraz nak bawak anak-anak sekali lagi ke Melaka.. Rindu giler.. Banyak tempat yang menarik kat sana.. Meh nak cerita..

Sumber : Google

Tengok je gambar kat atas tu, terus tahu kat mana kan? Melaka memang dengan identitinya yang tersendiri.. Pertama kali sampai ke Melaka, memang sangat teruja.. Ya la, biasa tengok dalam TV dan gambar je, tapi bila tengok live, lain perasaannya.. Sebab tu Eraz nak cadang korang ke Melaka.. Dan.. Antara tempat menarik yang korang boleh pergi ialah :
  1. Freeport A’Famosa Outlet di Alor Gajah
  2. The Pirate Adventure
  3. The Shore Sky Tower
  4. Melaka Upside Down House
  5. Street Art Melaka
  6. Autralia Village / Masbro Village

Itu baru enam tau.. Banyak lagi yang Eraz belum senaraikan.. Dan itu juga baru tempat untuk korang dan anak-anak mencuci mata.. Belum lagi tempat makan.. Kalau masa Eraz dulu, ikan bakar memang salah satu tempat utama abang Eraz bawa.. Serius memang puas hati.. Tapi sekarang dengarnya ada Coconut Shake best!! Waaa.. Memang kena try..

Bila dah ada plan tu, mesti nak cari tempat penginapan kan.. Jangan risau.. Kat Melaka memang banyak hotel yang korang boleh pilih.. Tapi korang kena jadi penguna yang bijak.. Jangan main redah je tempat.. Google dulu.. Survey keadaan tempat, harga dan lokasi ya.. Baru la jadi pengguna yang bijak.. Zaman sekarang, siapa yang pandai uruskan masa dan kewangan yang baik, itu yang terbaik..

Ok! Eraz dah tolong survey untuk korang.. Untuk tempahan tempat penginapan, korang boleh tengok kat Promosi Traveloka atau https://www.traveloka.com/en-my/. Serius akan jumpa yang terbaik untuk korang.. Cuba klik link yang Eraz bagi tu.. Tengok betul-betul ya..


Kalau korang tak biasa menempah secara online, jangan risau, traveloka memang sangat user friendly.. Senang sahaja korang nak ikut.. Hanya perlu ikut TIGA langkah yang ada.. Mula-mula pilih destinasi korang.. Atau kalau korang dah tahu nak duduk hotel nama, cari je nama hotel tu.. Lepas tu pilih tarikh korang nak stay.. 3 malam, 4 malam, terpulang la.. Last sekali pilih berapa jumlah ‘rombongan’ korang.. Penting tu, sebab melibatkan banyak benda juga termasuklah pakej breakfast..


Percaya atau tidak, dalam laman web traveloka ada banyak pilihan hotel yang ada.. Ada hampir 100 buah hotel di seluruh Malaysia, Indonesia dan juga Singapura.. Yang penting korang kena bijak membuat perbandingan di antara hotel mana yang lebih menarik dan mendapatkan promosi-promositerkini. Korang boleh pilih mengikut apa yang korang perlukan samada berdasarkan lokasi, rating yang orang dah pergi, harga dan lain-lain..

Bila dah selesai pilih, tinggal untuk bayaran sahaja.. Pembayaran boleh dibuat menggunakan kad kredit atau kad debit.. Pilih mengikut mana korang suka.. Selepas je selesai membuat bayaran, salinan e-voucher akan diemailkan pada korang.. Boleh tunjukkan semasa nak check in nanti.. Senang kan..

Semoga entri ni berguna pada korang semua dalam merancang untuk bercuti bersama keluarga di musim cuti sekolah nanti!

2 comments:

Penulis tidak bertanggungjawab atas apa-apa komen yang ditinggalkan oleh pembaca / pengunjung. Semua komen adalah di bawah tanggungjawab mereka. Sila gunakan bahasa yang sopan. Terima kasih.