Tuesday 21 June 2016

Ini Bukan Resipi Ayam Buttermilk

Assalamualaikum w.b.t.. Korang semua mesti pernah dengar tentang Ayam yang dihasilkan bersama buttermilk ni kan.. Dan macam tajuk entri tu, ini bukan resipi.. Hehe.. Kalau nak resipi, korang boleh google.. Berlambak ada dalam tu.. Macam-macam cara masakan yang ada.. Tapi basicnya tetap sama.. Ini salah satu menu masakan isteri untuk kami sekeluarga semalam.. Dan semestinya hasil request si suami ni la.. Terima kasih sayang..


Kalau google, macam-macam jenis gambar nampak kan.. Ada yang jenis kering, ada yang jenis sedang-sedang kuahnya tapi Eraz memang request pada isteri untuk lebihkan susu tu.. Sebab selain makan dengan nasi putih, boleh makan macam tu je kan.. Pernah cuba? Alhamdulillah, memang kena dengan selera untuk ayam buttermilk ni.. Tapi biasa la, kalau dah ada butter dan milk, cepat muak kan.. Cepat kenyang.. So kalau tak nak membazir, jangan buat banyak sangat..

Kami pun pada mula tu tengok pada ayam dalam simpanan, macam tak banyak.. So risau la kalau-kalau tak cukup kan.. Zara pun suka makan ayam.. Tapi alhamdulillah, sebenarnya cukup! Menu apa lagi nak request? Errrrmmmmm.. Hehe.. Tapi rasa macam nak buat Seaweed Popia je..

1 comment:

Penulis tidak bertanggungjawab atas apa-apa komen yang ditinggalkan oleh pembaca / pengunjung. Semua komen adalah di bawah tanggungjawab mereka. Sila gunakan bahasa yang sopan. Terima kasih.