Monday 13 June 2016

Hingus Keluar Dari Telinga Anak


Assalamualaikum w.b.t.. Hingus keluar dari telinga? Bunyi macam pelik kan.. Tapi harap maklum, ianya tidak mustahil ya.. Mungkin pada anak pertama tidak pernah berlaku.. Tapi tidak mustahil ia akan berlaku pada anak kedua atau seterusnya.. Bagi yang ada pengalaman, mungkin mereka sudah tahu apa perlu dibuat, mana patut bawa anak berkenaan kan.. Tapi yang pertama kali, mungkin akan cara risau juga kan.. Ok!

Kalau lah berlaku pada anak anda keluar macam hingus atau ada juga yang panggil nanah (fizikalnya macam nanah tapi tidak berbau busuk), kena cepat-cepat ke klinik untuk dapatkan ubat telinga dan antibiotik.. Jika terlambat, kita risau akan effect kepada telinga anak tu.. Setiap hari semestinya kena besihkan telinga tu tapi kena berhati-hati.. Elakkan meminta pengasuh bersihkan sebab risau tersalah cara..

Kenapa boleh berlaku hingus / nanah keluar dari telinga ni? Mengikut doktor, salah satu disebabkan oleh anak tu lama selesema.. Sesetengah doktor memberikan sekali ubat selesama tapi ada sesetengah doktor tidak memberikan ubat selesama.. Mungkin ada la effect-effectnya.. Macam-macamana pun, ibu bapa kena cari jalan ubat selesaikan masalah selesema then dalam masa yang sama, hingus dari telinga pun pasti akan berkurangan.. 

Siapa yang ada pengalaman keluarkan hingus anak secara manual dengan masukkan air bercampurkan bahan yang dibenarkan oleh doktor? Bunyinya macam menggerunkan.. Tapi kalau terdesak, memang kena buat la kan.. Harapnya entri ni dapat membantu ibu bapa yang pertama kali tengok ada hingus atau cairan yang keluar dari telinga anak kecil.. Mungkin yang dah ada pengalaman boleh share pengalaman di ruangan komen.. Bagi yang ada pertanyaan, boleh komen juga.. Mungkin ada yang boleh membantu.. 

5 comments:

Penulis tidak bertanggungjawab atas apa-apa komen yang ditinggalkan oleh pembaca / pengunjung. Semua komen adalah di bawah tanggungjawab mereka. Sila gunakan bahasa yang sopan. Terima kasih.