Tuesday 27 March 2012

Hati Terbuka - Nini Marlini

Mesti korang pernah terbaca entri tentang Nini Marlini sebelum ni.. Wanita yang bernama Nini Marlini dan Koleksi Gambar : Nini Marlini.. So sekarang, aku nak berkongsi tentang satu artikel dalam Harian Metro tentang wanita ini..


Hati Terbuka

          
DIRINYA cukup bertuah apabila bertemu penggiat seni yang punya nama besar dalam industri dan diberikan peluang melangkah dunia glamor sebagai anak seni. Cubaan menerusi telefilem Lagenda Pontianak arahan Aziz M Osman disiarkan di Astro Ria tahun lalu dan pengarah berpengalaman itu sekali lagi memberi peluang kepadanya menjayakan filem Azura 2012 yang ditayangkan di pawagam pada awal Februari lalu.

Kini Marlini Che Mat Din, 25, yang memulakan kerjaya sebagai model pada 2006 dan disenaraikan sebagai lima terbaik menerusi pertandingan pencarian model Estee Lauder pada 2007, menanti peluang untuk menggilap bakatnya dalam lakonan.

Anak keempat daripada enam beradik ini mengakui tidak mempunyai pengalaman berlakon tetapi semuanya dibentuk oleh Aziz. Katanya, dia hanya mempunyai pengalaman dalam bidang ‘modeling’ tetapi itu pun masih banyak yang perlu dipelajari.

“Pengalaman pertama saya masuk ke lokasi penggambaran ketika filem Penunggu tetapi belum ditayangkan dan kemungkinan besar akan ke pawagam pada tahun depan. Saya pergi uji bakat dan berjaya memegang watak utama. “Selesai filem itu, saya memegang watak pembantu dalam Lagenda Pontianak sebagai isteri kepada Cico Harahap,” katanya.

Kelihatan takut-takut dan masih segan berbual dengan media, Marlini yang lebih mesra dipanggil Nini, begitu berhati-hati tatkala menyusun bicara agar tidak ada yang kecil hati. Waktu sama, Nini masih memberikan jawapan untuk setiap soalan yang diberikan. Tidak lokek dengan senyuman, pendatang baru itu berpuas hati dengan lakonannya dalam Azura 2012. Nini diberi watak Wanda, kakak Zek lakonan Shahz Jaszle. Nini mengakui masih banyak perkara yang harus diperbaiki agar dapat memantapkan lagi lakonannya.

Memegang watak antagonis dalam filem itu, Nini berjaya menimbulkan rasa meluat dan menyampah dengan lakonannya yang berlagak seperti ‘diva’ atas tiket anak seorang datuk dan memegang jawatan tinggi dalam syarikat.

Kata Nini, bukan mudah seorang pendatang baru sepertinya menjiwai watak sebagai Wanda tetapi semua yang berada di lokasi penggambaran filem itu memberikan tips untuk dia membawakan watak itu dengan bersahaja.

“Saya menonton Gossip Girl agar dapat memahami lebih mendalam diri Wanda. Watak yang saya lakonkan ini sedikit ‘bitchy’ tetapi tidak keterlaluan agar tidak menyentuh sensitiviti kita di Malaysia.

“Slanga bahasa Inggeris yang saya gunakan juga untuk menonjolkan lagi sikap Wanda yang berasakan dirinya hebat,” katanya.

Walaupun baru setahun jagung, Nini berjaya membawakan watak Wanda dengan baik. Tidak mahu menilai diri sendiri, Nini hanya tersenyum dan mengatakan dirinya tidak layak untuk menilai bakat sendiri.

Dia menyerahkan semua itu kepada masyarakat umum untuk menilai sejauh mana bakatnya sebagai pelakon dan akan menerima kritikan dengan hati terbuka. Tambahan pula, sebagai pendatang baru Nini tidak meletakkan harapan besar dia sudah mampu mempamerkan sisi bakatnya yang sebenar.

“Semua orang memerlukan sokongan dalam apa juga bidang diceburi. Tidak adil sekiranya saya terus diadili berdasarkan dua lakonan saya menerusi naskhah terdahulu.

“Masih banyak yang saya perlu pelajari dan berharap diberikan peluang untuk memperbaiki mutu lakonan agar lebih mantap dan dapat memberikan impak kepada penonton,” tambahnya.

Satu-satunya dalam keluarga yang menceburi bidang seni, Nini tidak mahu berputus asa walaupun segelintir mengecam lakonannya yang dianggap kurang memuaskan dalam Azura 2012.

Sumber : Harian Metro

Entri berkaitan dengan Nini Marlini :
______________________________________
Kalau korang rasa nak tahu info, boleh la klik entri di bawah ni :

Entri menarik yang perlu korang terjah :

1 comment:

Penulis tidak bertanggungjawab atas apa-apa komen yang ditinggalkan oleh pembaca / pengunjung. Semua komen adalah di bawah tanggungjawab mereka. Sila gunakan bahasa yang sopan. Terima kasih.