Showing posts with label Scha Al-Yahya. Show all posts
Showing posts with label Scha Al-Yahya. Show all posts

Friday, 19 October 2012

Scha Al-Yahya Mencuri? Dengar Penjelasan Dari Mulut Scha Sendiri..

Scha Al-Yahya Jawab Tuduhan Mencuri !


Masa dalam flight tadi, terbaca artikel Scha Al-Yahya jelaskan pasal kes tuduhan mencuri baru-baru ni.. Eraz ingat kes ni dah selesai.. Melodi pun dah terjah Scha baru ni rasanya.. Tapi orang masih duk bising-bising pasal ni.. Kadang-kadang fikir, tak logik jugak.. Bagi yang belum tahu, kes ni berikutan Scha Al-Yahya dituduh mencuri pakaian yang bernilai RM2,000 di sebuah gedung pakaian jenama terkenal dan dikatakan telah menjual semula pakaian tersebut di kedai milik mereka..

"Saya pening sebenarnya.. Ada yang mengatakan saya yang mencuri pakaian jenama itu dan ada yang kata Awal yang melakukan perbuatan itu.. Walaupun saya tahu untuk orang mempercayai penjelasan saya sangat sedikit, tetapi saya mahu katakan bahawa saya tidak melakukan perkara terkutuk itu, tidak mungkin.. Perkara ini benar-benar membuatkan saya tertekan kerana nama saya sudah tercalar.." Scha Al-Yahya

Scha lebih berdiam diri sebelum ni sebab ingatkan kes ni akan selesai, tetapi nampaknya bertambah parah.. Scha telah berjumpa dengan pengurusan gedung pakaian itu dan meminta pihak terbabit untuk membuat satu kenyataan khas bagi menjelaskan situasi sebenar..

"Saya siap tanya kepada mereka adakah benar kes kecurian itu berlaku? Tetapi mereka kata, tidak ada.. Kemudian saya meminta pihak gedung berkenaan untuk melakukan sesuatu kerana nama kami sudah tercalar, namun mereka enggan membuat sebarang penjelasan secara formal kerana menganggap tiada sebab untuk mereka berbuat demikian.. Nak buat macam mana, saya hormat keputusan mereka.." Scha Al-Yahya

Alahai la.. Kalau dah jadi artis, macam-macam kes berlaku.. Kadang-kadang melibatkan memalukan family pun ada.. Siapa-siapa nak jadi artis, kenalah betul-betul berhati cekal ya.. Cool!


Read more ...

Wednesday, 16 May 2012

Sinopsis 'Cikgu Timah Tukar Sekolah' di Astro Warna - Lakonan Remy Ishak dan Scha Al-Yahya

Sinopsis 'Cikgu Timah Tukar Sekolah' di Astro Warna - Lakonan Remy Ishak dan Scha Al-Yahya

"Kisah Cikgu Timah yang berasal dari bandar terpaksa bertugas dikampung dan berusaha minta ditukarkan ke bandar.. Namun, Haziq pelajar di sekolahnya berjaya membuatkan Cikgu Timah mula suka mengajar di kampung..".. Itu merupakan sinopsis drama Lakonan Remy Ishak dan Scha Al-Yahya sempena sambutan Hari Guru hari ni, 16 Mei 2012.. Drama ni akan ditayangkan di Astro Warna, Channel 132 pada pukul 10:30 malam ni.. 


Pelakon Utama :
Scha Al-Yahya

Remy Ishak

SELAMAT HARI GURU.. Antara berita baik Hari Guru tahun ni ialah Seramai 24,053 Guru Ijazah, Diploma Akan Diperimbang Kenaikan Pangkat Mulai 1 Jun hingga 31 Disember 2012.. Klik SINI untuk baca artikel berkenaan..

--------------------------------------------
Kalau korang rasa nak tahu info, boleh la klik entri di bawah ni :
Read more ...

Tuesday, 8 May 2012

(VIDEO) Persandingan SCHAWAL : Awal Nyanyikan 'Sedetik Lebih' Untuk Scha

(VIDEO) Persandingan SCHAWAL : Awal Nyanyikan 'Sedetik Lebih' Untuk Scha

Ini boleh katakan sebagai kejutan..

Jom layan..

--------------------------------------------
Kalau korang rasa nak tahu info, boleh la klik entri di bawah ni :


Entri menarik yang perlu korang terjah :

Read more ...

Sunday, 6 May 2012

(GAMBAR) Resepsi Perkahwinan SCHAWAL di Putrajaya International Convention Centre (PICC)

06 Mei 2012 : (GAMBAR) Resepsi Perkahwinan SCHAWAL di Putrajaya International Convention Centre (PICC)




Nak lebih? Boleh klik sumber di bawah..

Sumber : ROTIKAYA

--------------------------------------------
Entri menarik yang perlu korang terjah :

Read more ...

Friday, 4 May 2012

Rakaman Majlis Pernikahan Awal & Scha (SchaAwal) Akan Disiarkan Sabtu, 12:30 PM!

Rakaman Majlis Akad Nikah SchAwal Akan Disiarkan Sabtu, 12:30 PM & 5:30 PM Serta Ahad 12:30 PM!

Difahamkan Astro mengalami masalah teknikal untuk Siaran Pernikahan Awal & Scha (SchaAwal).. Oleh sebab itu, rakaman untuk majlis berkenaan akan disiarkan pada hari Sabtu, 12:30 PM & 5:30 PM serta Ahad 12:30 PM! Sebarang perubahan adalah tertakluk kepada Astro.. 


Komen tentang siaran langsung yang dijanjikan? No komen.. Ini bukti penjelasan Astro..




--------------------------------------------
Kalau korang rasa nak tahu info, boleh la klik entri di bawah ni :
1. iPhone 4S
2. DiGi WWWOW Internet For All Awards 2012!


Entri menarik yang perlu korang terjah :

Read more ...

Scha Al-Yahya Sah Bergelar Isteri Awal Ashaari Dengan Sekali Lafaz

Pernikahan Awal & Scha (SchaAwal) :  Scha Al-Yahya Sah Bergelar Isteri Awal Ashaari Dengan Sekali Lafaz (04 Mei 2012)


Akhirnya Awal Ashaari dan Scha Al-Yahya selamat diijabkabulkan sekitar 9.20 malam ini di Putrajaya.

Dengan sekali lafaz, Scha & Awal selamat bergelar suami isteri dalam satu majlis ringkas yang dihadiri kira kira 250 orang jemputan yang terdiri daripada kaum keluarga rapat pengantin dan wakil media.

Pengantin perempuan menerima mas kahwin sebanyak RM2,050 manakala jumlah wang hantaran dirahsiakan daripada pengetahuan umum. Scha menghantar 9 dulang hantaran berbalas 7 dulang.

Majlis pernikahan mereka malam ini berlangsung di Hotel Pullman Lakeside, Putrajaya manakala resepsi perkahwinan mereka bakal berlangsung pada 6 Mei ini di Putrajaya International Convention Centre (PICC).

Tahniah! Kita sama-sama doakan mereka berdua kekal bahagia ke akhir hayat.. Amin..


--------------------------------------------
Kalau korang rasa nak tahu info, boleh la klik entri di bawah ni :
1. iPhone 4S
2. DiGi WWWOW Internet For All Awards 2012!


Entri menarik yang perlu korang terjah :

Read more ...

Thursday, 3 May 2012

Siaran Langsung Pernikahan Awal & Scha (SchaAwal) : 04 Mei 2012, 9 Malam

Siaran Langsung Pernikahan Awal & Scha (SchaAwal) : 04 Mei 2012, 9 Malam.. 
Jadual siaran Seia Sekata SchAwal..


1. Siaran langsung pernikahan SchAwal - 4 Mei, 9 malam. (Siaran serentak di Astro Ria, Astro Awani & Astro Ria SingTel mio TV) - Program Akad Nikah...Seia Sekata SchAwal..

2. Kisah hidup SchAwal - 11 Mei, 9 malam (Astro Ria)

3. Paparan majlis perkahwinan SchAwal- 18 Mei, 9 malam (Astro Ria)

--------------------------------------------
Kalau korang rasa nak tahu info, boleh la klik entri di bawah ni :
Entri menarik yang perlu korang terjah :

Read more ...

05/03/2012 : Foto Pra Perkahwinan Schawal, 'Best Man Win' dan Scha Bayangkan Peluang Lakonan Selepas Kahwin

Foto Pra Perkahwinan Schawal, 'Best Man Win'.. Schawal akan membina masjid esok!







Pasangan selebriti yang bakal berumahtangga tidak lama lagi, Awal Ashaari dan Scha Al Yahya yang kini dikenali sebagai Schawal telah menyiarkan foto pra perkahwinan seperti poster filem.

Difahamkan sesi fotografi tersebut telah dihasilkan oleh juru gambar profesional bernama Saiful Nang.

Menurut laporan yang disiarkan di sebuah blog tempatan, Saiful memberitahu sesi fotografi itu telah diadakan baru-baru ini dengan bertemakan Best Man Win.

Pemilihan tema ini dibuat untuk melambangkan kesungguhan Awal dalam usaha murninya memenangi hati Scha yang mana Awal telah melamar Scha secara langsung dalam program Propaganza di Astro Ria (saluran 104).

Hero filem Syurga Cinta ini telah mengenakan persalinan berkonsepkan pahlawan perang atau pun tentera. Manakala, heroin filem Libas kelihatan sangat cantik dengan persalinan yang menampilkan ciri-ciri sebagai gadis idaman Malaya.

Lokasi stesen keretapi telah diabadikan dalam foto ini sebagai simbolik pertemuan Schawal dari dua arah yang berlainan arus.

Scha Bimbang Tak Laku Selepas Jadi Isteri


Pelakon Scha Al-Yahya, mengakui berasa risau sekiranya dia semakin kurang menerima tawaran berlakon selepas bergelar isteri kepada pengacara Awal Ashaari, 31, pada Mei ini.

Scha berkata, perasaan itu mula wujud ketika dia sibuk membuat persiapan perkahwinannya namun percaya bahawa rezeki itu akan berada di mana-mana sekiranya seseorang itu berusaha.

"Saya pernah juga terfikir, adakah saya masih diterima oleh para penerbit dan peminat-peminat selepas berkahwin nanti atau mungkin dah tak laku?

"Tetapi saya percaya rezeki itu akan sentiasa ada sekiranya bakat dan kualiti kerja kita seiring," katanya.

Tambah pelakon filem Aku Bukan Tomboy ini, hal tersebut tidak menjadi satu masalah untuknya apabila bergelar isteri nanti selepas melihat rakan-rakan seangkatannya yang masih lagi menerima tawaran berlakon.

Scha dan Awal atau Ahmad Awaluddin Ashaari akan melangsungkan pernikahan mereka pada 4 Mei depan di Hotel Pullman, Putrajaya.

Majlis resepsi kedua-dua mempelai pula akan diadakan di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya pada 6 Mei 2012.

Ditanya adakah Scha atau nama sebenarnya Sharifah Norazean Syed Mahadzir sudah merasai 'debaran pengantin', dia masih belum merasai perasaan itu.

"Setakat ini, saya belum merasai debarannya lagi walaupun ramai yang berkata perasaan itu akan muncul buat mana-mana wanita apabila masa untuk menjadi suami isteri itu semakin dekat.

"Bagaimanapun, harap-harap saya tenang melalui peristiwa bersejarah itu," ujarnya.

Sementara itu Scha dan Awal turut berkongsi tip dan kesibukan menguruskan persiapan perkahwinan mereka menerusi program Seia Sekata yang disiarkan selama setengah jam pada setiap hari Jumaat, pukul 9.30 malam bermula 13 April lalu menerusi saluran Astro Ria.

Program selama enam episod itu memaparkan detik manis beliau bersama bakal isteri melakukan persiapan sehingga pada hari pernikahan.


--------------------------------------------
Kalau korang rasa nak tahu info, boleh la klik entri di bawah ni :
Entri menarik yang perlu korang terjah :

Read more ...

Friday, 27 April 2012

Trailer Video Pra-Perkahwinan Schawal Dengan Tajuk “GameBoy” Ditontonkan Pada Orang Ramai

Trailer Video Pra-Perkahwinan Schawal : “GameBoy”



Mendapat maklumat daripada blog OhBulan! Menarik untuk di share kan dengan korang semua! Jom baca petikan ayat dari owner Ohbulan ni..

CST Production telah merilis trailer “GameBoy” yang berkisarkan kisah cinta budak gemuk, Awal Ashaari dan budak tomboi, Scha Al-Yahya. Video penuh yang akan ditayangkan secara perdana semasa majlis resepsi mereka pada 6 Mei 2012.

Trailer berdurasi 1:11 minit ini sedikit sebanyak memberikan gambaran kepada peminat berkenaan saat awal pertemuan kedua-dua bakal mempelai ini. Ada segelintir penonton yang tertanya-tanya mengapakah pihak CST Production menggunakan kanak-kanak untuk melakonkan watak Awal & Scha.

Mungkin, itu kejutan daripada mereka. Kita nantikan sahaja. "

Apa pendapat korang?

--------------------------------------------
Kalau korang rasa nak tahu info, boleh la klik entri di bawah ni :
Entri menarik yang perlu korang terjah :

Read more ...

Thursday, 26 April 2012

Foto Pra Perkahwinan Scha Al-Yahya & Awal Ashaari

Klik untuk besarkan..

Kredit : Ohbulan! dan gambar asal daripada Facebook Saiful Nang

--------------------------------------------
Kalau korang rasa nak tahu info, boleh la klik entri di bawah ni :

Entri menarik yang perlu korang terjah :

Read more ...

Wednesday, 28 March 2012

Awal Ashaari Akan Kahwini Scha Al-Yahya Pada 04 Mei 2012

Awal Tidak Benarkan Scha Peluk Lelaki Lepas Kahwin



KUALA LUMPUR : Pelakon Scha Al Yahya, 29, tidak dibenarkan memeluk lelaki dalam apa jua adegan selepas bergelar isteri kepada Awal Ashaari, 31.

Ia adalah syarat yang dikenakan oleh Awal untuk memastikan rumah tangga yang bakal mereka bina pada 4 Mei depan berjalan dalam keadaan harmoni.

"Apabila bergelar isteri, semestinya dia (Scha) perlu menjaga nama baik suami dan keluarga kedua-dua belah pihak.

"Jadi, terdapat beberapa syarat yang perlu diikuti iaitu biarlah tawaran watak yang diterima sesuai dengan status isteri yang dibawanya.

"Kalau boleh saya tak mahu dia berpelukan dengan lelaki lain, nampak kurang manis," katanya selepas sidang media pengumuman tarikh perkahwinan mereka di Ampwalk, Jalan Ampang di sini, Selasa.

Selain itu tambah Awal, dia mengikut nasihat ibunya bahawa suami isteri perlu tidur bersama dalam apa sahaja keadaan.

Kerana itu Scha juga perlu pulang ke rumah sebelum pukul 12 tengah malam.

"Berdasarkan pesanan-pesanan daripada rakan-rakan yang sudah berumah tangga dan orang tua-tua, mereka memberitahu, jika suami isteri tidur bersama akan menguatkan lagi mahligai perkahwinan.

"Sibuk dan gaduh besar macam mana sekalipun, ibu berpesan, tidur mestilah sekali. Ia merupakan salah satu tip kebahagiaan dalam rumah tangga," ujar Awal.

Scha yang baru sahaja mengetahui syarat itu agak terkejut selepas ditanya oleh pihak media.

Bagaimanapun, pelakon Aku Bukan Tomboy ini tidak kisah dengan syarat itu memandangkan sudah menjadi tanggungjawabnya untuk mematuhi kata suami.

"Hahaha! Saya pun tak tahu yang dia mahu saya lebih memilih watak selepas berkahwin nanti. Bagaimanapun itu bukannya satu masalah pun.

"Sebagai isteri, saya perlu mengikut kata-katanya nanti. Cuma saya harap, Awal dapat menjaga saya seperti mana dia menjaga keluarganya," tutur Scha sambil memberikan senyuman kepada bakal suaminya itu.

Pasangan tersebut akan melangsungkan pernikahan mereka pada 4 Mei depan di Hotel Pullman, Putrajaya.

Majlis resepsi kedua-dua mempelai pula akan diadakan di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya pada 6 Mei 2012.


Sumber


Entri berkaitan :
1. Awal Ashaari Lamar Scha Al-Yahya 
2. Video : Awal Ashaari Lamar Scha Al-Yahya

______________________________________
Kalau korang rasa nak tahu info, boleh la klik entri di bawah ni :

Entri menarik yang perlu korang terjah :

Read more ...

Tuesday, 27 March 2012

Video : Awal Ashaari Lamar Scha Al-Yahya



Sebagai penulis blog yang memerlukan isu menarik, so entri kali ni aku nak publish video Awal Ashaari Lamar Scha Al-Yahya di program Propaganza Astro Ria semalam.. Walaupun kita tengok caranya sangat romantik, tetapi budaya kita camne ya? Ape2 pun, layaannnn je la.. Tetap sokong drama dan filem Scha!

Entri berkaitan : 

______________________________________
Kalau korang rasa nak tahu info, boleh la klik entri di bawah ni :

Entri menarik yang perlu korang terjah :

Read more ...

Sunday, 25 March 2012

Hari ini Hari Awal Ashaari Lamar Scha Al-Yahya




Gambar kredit to : Kisah Farah Alias.. Boleh klik pada gambar untuk ke blog Farah Alias..

" Awal Ashaari telah membuat kejutan dengan melamar kekasihnya Scha Al-Yahya untuk dijadikan isteri secara langsung dalam set Propaganza yang bersiaran di Astro Ria tengah hari tadi.
Ketika melamar Scha Al Yahya, Awal Ashaari turut menghadiahkan sebentuk cincin, sejambak bunga ros dan patung beruang sebesar manusia. Scha yang terkejut dengan tindakan spontan Awal itu dengan sebak terus menerima lamaran berkenaan.
Awal memberitahu dia sudah lama menunggu hari untuk melamar Scha dan hari ini iaitu 25 Mac merupakan tarikh sesuai kerana ianya bersamaan dengan ulang tahun percintaan mereka yang ke dua tahun enam bulan.
Walaubagaimanapun mereka bakal mengumumkan tarikh perkahwinan mereka dalam sidang media yang akan berlangsung di Flora Cafe, jam 3 petang, pada 27 Mac ini. "

Info dan gambar ini aku pinjam daripada Kisah Farah Alias.. Jom terjah blog Farah Alias untuk info penuh!! Klik Farah Alias.. 

Nota Kaki dari Aku : Bukan diaorang dah buat persediaan ke untuk berkahwin? Tak kan baru nak melamar.. Artis.. Drama astro ke ni? Cuma nak gtau apa yang bermain dalam minda je.. Apa2 pun, aku tetap suka lakonan Scha sebelum dan selepas kawen!! haha..

Entri menarik yang perlu korang terjah :
Read more ...