Meninggal Dunia Selepas Hadiri Kenduri Kahwin di Kampung Huma, Tanjung Dawai | Assalamualaikum w.b.t.. Bila terdengar kes ada orang meninggal disebabkan oleh keracunan makanan berpunca daripada menghadiri kenduri untuk satu majlis perkahwinan di Kampung Huma, Tanjung Dawai tu, memang tersentap! Bukan seorang atau dua, tapi dah masuk empat orang.. Selain tu lebih 170 orang lain yang masih menerima rawatan.. Ramai tu..
Melalui pembacaan Eraz di
mStar Online, hidangan ayam masak merah yang telah dihidangkan dalam kenduri kahwin itu telah dicemari oleh bakteria Salmonella.. Siasatan awal mendapati ayam yang digunakan tidak disimpan dengan baik dan dibiar pada suhu bilik selama semalaman, sebelum dimasak pada hari kenduri..
Mungkin perkara ini tidak disengajakan tetapi perkara buruk telah berlaku dan mengakibatkan kematian.. Rasanya inilah 'tragedi' yang paling buruk dalam melibatkan kematian berpunca daripada satu kenduri kahwin.. Apa la rasa tuan rumah.. Wallahhualam..
Sama-sama kita doakan semoga tiada lagi kes kematian dilaporkan dan semua ratusan orang yang sedang menerima rawatan akan segera sembuh serta dapat pulang ke rumah masing-masing dalam keadaaan sihat.. Amin..
Wassalam..
Read more ...