Sunday 14 January 2018

Khai Bahar Bakal Berlakon Dengan Siti Nordiana ?

Assalamualaikum w.b.t.. Sekali sekala rasa nak tulis la juga pasal dunia hiburan ni.. Penyeri blog.. Kalau awal-awal dulu, memang blog Eraz ni banyak cerita pasal hiburan.. Melalui berita-berita macam tu la yang buatkan boleh ni asalnya berdomainkan blogspot sehingga terus mempunyai domain sendiri sekarang.. Alhamdulillah.. Rindu juga dengan pembaca-pembaca awal dulu yang sangat aktif meninggalkan komen.. Sekarang? Alhamdulillah, yang dulu-dulu pun masih ada.. Dan yang pasti, yang baru pun ada.. Salam kenal semua..


Berbalik kepada tajuk asal, Khai Bahar Bakal Berlakon Dengan Siti Nordiana ?.. Siapa yang baca tulisan Cik Pang di Metro Ahad hari ni, katanya Michael Ang selaku Penerbit dan Pengarah drama adaptasi Novel Klik! Pengantin Musim Salju sedang memujuk Khai Bhar turut serta berlakon dalam drama berkenaan yang dijangka memulakan pengambaran pada bulan Februari atau Mac nanti.. Pelakon utamanya ialah Siti Nordiana dan Alif Satar.. Dan dimaklumkan ramai team drama Dia Semanis Honey akan ada dalam drama Klik Pengantin Musim Salju ni..

Dalam masa yang sama, Siti Nordiana pun memujuk juga Khai Bahar untuk join sekali.. Maklum la sebelum ni memang hubungan antara Siti Nordiana dengan Khai Bahar memang berkawan selepas mereka viral duet di Smule lagu Memori Berkasih.. Dua-dua juga pemenang anugerah Penyanyi Popular di ABPBH.. 

Kalau betul projek drama ni berhasil dengan datangnya Khai Bahar, memang akan meletop la punya.. Mesti lagi meletop dari Dia Semanis Honey.. So apa-apa pun, tunggu update seterusnya dari produksi tentang perkara ni.. So kepada peminat Siti Nordiana, Khai Bahar dan juga Alif Satar juga, tunggu ok.. Bawah ni Eraz lepas petikan akhbar yang berkenaan.. Boleh baca ya.. Wassalam..


Full Update pada drama Klik! Pengantim Musim Salju ni, korang boleh follow Instagramnya iaitu @pengantinmusimsalju..


No comments:

Post a Comment

Penulis tidak bertanggungjawab atas apa-apa komen yang ditinggalkan oleh pembaca / pengunjung. Semua komen adalah di bawah tanggungjawab mereka. Sila gunakan bahasa yang sopan. Terima kasih.