Kelab Blogger Ben Ashaari

Friday, 12 January 2018

Gastrik Lagi Selepas Hujung Tahun 2016

Assalamualaikum w.b.t.. Sebenarnya gastrik ni memang datang dalam hidup Eraz pada sekolah rendah lagi.. Tapi bukan selalu la.. Maksudnya tak kerap.. Yang paling teruk ialah pada hujung tahun 2016 dulu.. Masa tu bermula dengan Chickenpox yang teruk dan terus ke Gastrik yang sangat serius sampaikan terpaksa Warded di KPJ Perdana Specialist Hospital.. Last warded masa Darjah 6 tahun 1995 dulu, then pada tahun 2016 lepas, kali kedua warded dalam hidup ni.. 


Dan selepas kes warded tu, semalam selepas tidur, tiba-tiba tersedar dari tidur dan terus perut terus meragam sebab gastrik.. Ya Allah.. Tuhan je la yang tahu apa perasaan masa tu.. Dengan ubat takde yang stand by, memang pasrah la.. So ternyata dan pasti, memang tak tidur lena semalam termasuklah wife.. Bertahan punya bertahan sampai satu masa, wife keluarkan Gaviscon warna hijau dari peti ais, pun masih tak ok.. Bertahan sampai ke pagi, alhamdulillah lebih baik walaupun masih sakit..

Bangun pagi, fikir punya fikir nak masuk office ke tidak.. Last-last decide masuk juga tapi lambat sikit.. So sekarang dah sampai office dan memang sekali sekala gastrik ni datang.. Adoi.. Gagahkan diri juga.. Tengahari ni nak keluar dapat gaviscon yang ada warna purple sikit tu.. Katanya yang itu better.. Semoga dipermudahkan.. Amin..

4 comments:

  1. Semoga Eraz cepat sembuh..
    Suami LeYa pun gastrik juga.. Cara die kurangkan dengan paksa muntah.. Memang lepas tuh die okay.. Kot kalau eraz nak try boleh lah cuba paksa muntah ape yg ade dalam perut semua keluar.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Muntah ek.. Eraz ni tahan la.. Huhu.. Sebab tu angin masih banyak kot..

      Delete
  2. Serik 2kali kena hari tu. Memang tak tahan. Sampai sekarang pemakanan tu kena jaga. Takut berulang kembali

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kes Eraz mmg tiba2.. Mgkn salah pilih makanan masa dinner kot..

      Delete

Penulis tidak bertanggungjawab atas apa-apa komen yang ditinggalkan oleh pembaca / pengunjung. Semua komen adalah di bawah tanggungjawab mereka. Sila gunakan bahasa yang sopan. Terima kasih.