Saturday 13 January 2018

JORDAN | Ulang Tahun Ke 180


Assalamualaikum w.b.t.. Bila tahu yang Jordan dan tahun ke ulang tahun yang ke 180, memang rasa sangat 'wow' la.. 180 tahun kot.. Bukan sikit-sikit kot.. Dan alhamdulillah sempena sambutan Ulang Tahun yang ke 180 ni juga, Eraz dapat hadiah istimewa iaitu satu set lengkap untuk sekeluarga Berus Gigi Jordan.. Bukan setakat untuk Eraz sendiri, wife, Zara Faleesya dan Adam Fitri pun dapat.. Syukur.. 

Bila cerita bab gigi ni, memang untuk Eraz sendiri ianya sangat sensitif.. Tak tahu kenapa.. Dari kecil memang macam tu.. Tapi ada kisah di sebalik juga bab gigi ni.. Rasa semua kanak-kanak sekolah rendah di zaman Eraz alami.. Kalau datang ke nurse-nurse pergigian ke sekolah untuk check gigi, memang rasa tak nak datang sekolah la.. Haha.. Takut wei.. Tapi bermula dari situ la sebenarnya Eraz mula menjadi gigi sebaik mungkin..

Untuk anak-anak, memang Eraz nak jaga dari mereka kecil.. Untuk Zara, dia tak de masalah sangat.. Sekarang dah umur 4 tahun lebih, giginya alhamdulillah semua ok.. Berbeza dengan Adam, susah sikit nak kawal.. Susah betul nak ajar dia betul-betul nak berus gigi sendiri.. Memang kadang-kadang tu kena paksa.. Haha..

Berus gigi ni memang ada macam-macam jenis.. Tapi bagi Eraz sekeluarga memang sangat sukakan yang Extra Soft.. Tak sakitkan gusi.. Anak-anak pun seronok berus gigi.. Tapi untuk yang biasa guna berus gigi Jordan, antara kategori yang ada ialah SOFT, ULTRASOFT dan SUPERSOFT.. Haaaa.. Semua soft je kan.. So senang la nak pilih.. 


Untuk kanak-kanak pun ada.. Kanak-kanak ni tak macam orang dewasa.. Orang dewasa akan pilih jenis berus tu macamana dulu kan.. Tapi kanak-kanak mestilah akan tengok design nya macamana dulu.. Kalau ada gambar kartun atau bentuk yang lain dari yang lain, yang tu la mereka pilih dulu.. Dan itulah yang Jordan buat..



Berapa kali sehari korang berus gigi? Kalau diikutkan apa yang diajar dari sekolah rendah dulu, sekuarang-kurangnya korang kena la berus gigi 2 kali sehari.. Insyaallah gigi akan terjaga.. Bagi kanak-kanak pula, ada beberapa faktor lain juga kena tengok.. So untuk dapatkan maklumat lengkap, boleh google ok.. Insyaallah akan membantu..

Apa-apa pun, untuk dapatkan koleksi Berus Gigi Jordan ni, korang boleh dapatkan di semua pasaraya, farmasi dan belian secara online contohnya Shopee.com.my dan Motherhood.com.my.. Untuk maklumat lanjut, korang boleh ke FB Rasmi mereka ialah http://www.facebook.com/jordanasiapacific..

Tahniah Jordan untuk Ulang Tahun ke 180!!

6 comments:

  1. Oo..banyak design rupanya berus gigi ni. Comel-comel pula tu

    ReplyDelete
  2. Sayang pula nak guna kalau cantik. ..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Haha.. Kan.. Tmbh2 yang anak tu, kalu tak pantau, mau hilang.. Hehe..

      Delete

Penulis tidak bertanggungjawab atas apa-apa komen yang ditinggalkan oleh pembaca / pengunjung. Semua komen adalah di bawah tanggungjawab mereka. Sila gunakan bahasa yang sopan. Terima kasih.