Thursday 13 July 2017

Bila FB Throwback Gambar Fotografi Outdoor

Assalamualaikum w.b.t.. Alhamdulillah.. Tahun 2017 ni merupakan ulang tahun perkahwinan Eraz yang ke - 6 tapi bukan bertarikh hari ni.. Tarikh nya hujung bulan lepas.. Tapi kenapa hari ni disebut-sebut? Sebabnya tiba-tiba En. Facebook ni buat throwback letak gambar 6 tahun yang lepas dengan gambar fotografi outdoor kami.. Eraz dan wife memang upload lambat sebab nak tunggu gambar-gambar fotografi outdoor ni..


Itu merupakan salah satu gambarnya la.. Alhamdulillah hasil yang diberikan oleh jurukamera memang terbaik.. Gambar, latar belakang, suasana dan pengantinnya semua terbaik.. Haha.. Eraz kaku la sikit masa tu sebab tak biasa kan.. Lokasinya memang cantik.. Walaupun hidup di Kelantan, Eraz first time sampai sana..

Jurukamera memilih Pantai Senok, Bachok, Kelantan.. Masa tu memang tak sepopular sekarang.. Takde orang pun masa kami duk shooting tu.. Tapi sekarang agak popular la.. Cumanya biasa la ada segelintir yang buat onar dengan buang sampah merata.. Merosakkan permandangan je.. Imej pun rosak..

Masa kami pergi ni, memang dah cantik.. Tapi masa ni orang belum explore habis lagi.. Apa2 pun hasil, memang terbaik! Puas hati.. Kenangan sampai bila2 ni.. Tapi tiba2 terfikir CD softcopy duk kat mana.. Haha.. Ya la, masa banjir dlu, memang banyak barang rosak kan.. Errmmmm....

7 comments:

Penulis tidak bertanggungjawab atas apa-apa komen yang ditinggalkan oleh pembaca / pengunjung. Semua komen adalah di bawah tanggungjawab mereka. Sila gunakan bahasa yang sopan. Terima kasih.