DeXandra Perfume | Team Eraz Fadli
Kelab Blogger Ben Ashaari

Tuesday, 14 March 2017

Siti Nordiana - Terus Mencintai

Siti Nordiana - Terus Mencintai | Assalamualaikum w.b.t.. Nampaknya selepas menang Gegar Vaganza Musim Kedua yang lepas, Siti Nordiana cuba berubah arah genre muziknya dengan muncul dengan lagu Pesanan Teragung.. Tapi tak tahu mana silapnya, lagu tu meletop! Mungkin penerima peminatnya kurang suka kot muzik tu.. Tapi kalau dengar lagu Pesanan Teragung tu, memang best.. Ciptaan pun dari orang yang bukan calang-calang.. Lirik ke arah ketuhanan.. Mungkin bukan rezeki Nana., Tapi..

Siti Nordiana - Terus Mencintai

Tapi pada bulan Mac 2017 ni, Nana muncul dengan single terbaru iaitu Terus Mencintai.. Sekali dengar, memang dah tahu itu Nana.. Nana kembali dengan lagu sezamannya dulu dan dengan kali lain, dengan lagu 'leman' dia.. Kalau lagu ni jadi OST mana-mana drama, sure meletop.. Dan rasanya macam tak mustahil, lagu ni akan popular.. Memang mendayu-dayu kalau dengar.. Harapnya lagu ni dapat masuk AJL.. Tak sabar juga nak tengok Nana bersaing untuk dapatkan title vokal terbaik selepas menang di Gegar Vaganza sebelum ni..


Lagu Terus Mencintai ni hasil ciptaan Nana dan Nana katakan itu adalah kisah cinta nya sendiri.. Kira macam kisah lama la.. Selalunya kalau cipta lagu kisah sendiri ni, best.. Contoh Shila Amzah.. Siap menang AIM lagu.. Tapi untuk Nana, belum nampak lagi la sebab baru seminggu kot lancar.. Di youtube dah banyak video berserta lirik dan rata-rata komennya sangat bagus..

Siti Nordiana - Terus Mencintai

Pada yang masih belum dengar lagi, kat sini Eraz masukkan video dari Youtube ni.. So try la korang dengar.. Cuba komen apa pendapat korang.. Cool..

8 comments:

Penulis tidak bertanggungjawab atas apa-apa komen yang ditinggalkan oleh pembaca / pengunjung. Semua komen adalah di bawah tanggungjawab mereka. Sila gunakan bahasa yang sopan. Terima kasih.