DeXandra Perfume | Team Eraz Fadli
Kelab Blogger Ben Ashaari

Friday, 17 March 2017

MAHALNYA ! Pisang Goreng 4 Keping = RM 2

Assalamualaikum w.b.t.. Rasa macam sesuatu lak tajuk entri kali ni.. Tapi itulah hakikatnya.. Baru ni Eraz singgah beli Pisang Goreng di tempat biasa tetapi sangat terkejut dengan harganya.. Pisang Goreng 4 Keping = RM 2.. Kita beli untuk staf office yang ada hanya 2, 3 orang hari tu.. Beli la kerepok lekor RM 2 dan Pisang Goreng RM 2.. Biasa dah cukup dah.. Dan mungkin tak habis.. Tapi yang berlaku hari tu memang buat kita terkejut..


Kenapa? Sebabnya biasanya memang suka singgah beli kat makcik ni dan sebelum memang sedap la.. Tapi kenapa la kali ni terkena lak macam ni.. RM 2 bersamaan 4 keping.. Masa order beritahu harga RM 2 keropok dan RM 2 pisang goreng.. So tengok dia letak kerepok dah pelik.. Kenapa sikit kan.. Lepas tu bilang dia letak pisang goreng, eh! 4 je.. Sebelum balik tu dan nak bayar, tanya sekali lagi, berapa harga ni makcik.. RM 4.. Errrmmmm.. Baiklah..

So mungkin hari tu pisang mahal kot.. Dan mungkin hari sebab makcik dan potong kecik-kecik pisang tu.. Dan mungkin hari bla bla bla.. Itulah yang difikirkan dalam kereta.. Hakikatnya zaman sekarang, banyak barang dah mahal.. Rasa macam berbeza sangat sangat sangat dari dulu.. Apa boleh buat.. Ini di zaman kita dewasa.. Kalau di zaman anak kita pulak dewasa, tak tahu la kan.. 

5 comments:

  1. semua barang mahal sekarang ni ----

    ReplyDelete
  2. tak terkata..nak beli makanan pun kita kena fikir berkali2 kan. perlu ke tak.. atau sekadar nafsu makan. Tapi goreng pisang jer kot.. hehehe.. Kak Ita sangat terkesan dengan ekonomi sekarang. selalu terfikir kepada adik2 yang baru membina hidup., dengan gaji tak seberapa..mana nak dahulukan leperluan dan kehendak..hakikatnya..keperluan pun belum tentu dapat dipenuhi..

    ReplyDelete
  3. hmm..saya yang student ni lagi lah..haha..nak beli kuih pun dah hilang selera..rm0.50 satu..nak2 pisang goreng...

    ReplyDelete
  4. mahalnya , kalau dulu RM1.00 pun dah dapat banyak

    ReplyDelete

Penulis tidak bertanggungjawab atas apa-apa komen yang ditinggalkan oleh pembaca / pengunjung. Semua komen adalah di bawah tanggungjawab mereka. Sila gunakan bahasa yang sopan. Terima kasih.