Monday 8 August 2016

Safety Security Baby Gate

Assalamualaikum w.b.t.. Safety Security Baby Gate.. Mesti korang pernah dengar kan.. Selalunya ramai yang letak gate ni di permulaan nak naik tangga ke tingkat atas.. For sure nak mengelakkan daripada anak kecil kita tiba-tiba seorang diri cuba naik tangga.. Better letak gate untuk mengelakkan anak kecil kita jatuh tanpa sengaja kan.. Elakkan dari cedera.. Itu lebih baik.. Dan dalam situasi kami pula lain..

Disebabkan rumah bukan bertingkat-tingkat, kami belikan juga Safety Security Baby Gate ni sebab Adam Fitri selalu sangat nak ke dapur.. Tambah-tambah lagi masa Mama dia nak memasak.. Risau pula tengok dia capai itu ini kan.. Risau kot-kot yang tak elok berlaku.. So kami decide untuk beli juga gate ni demi keselamatan dan keselesaan membuat kerja di dapur.. Ya la, kalau time nak memasak, masa tu la Adam datang untuk 'membantu', memang berjam-jam la waktu memasak tu..

Yes, Eraz memang selalu jaga di ruang tamu ketika Eraz ada la.. Tapi memang beberapa minit sekali la terpaksa collect Adam kat dapur dan bawa ke tempat lain.. Dan ada ketika kami semua berkampung kat dapur.. Senang kan.. Tapi kalau masa Mama nak masak masa Papa tak de camne? Kakak Zara kecil lagi.. Baru 3 tahun.. Tak boleh nak control keaktifan Adam lagi.. So last decision, beli je Safety Security Baby Gate.. Banyak di pasaran sekarang ni..


Alhamdulillah, selepas beberapa hari je order, terus dapat.. Selalu memang shopping di Lazada.. Tapi wife kata, kali try la beli 11street pula.. Tak pernah cuba lagi kan.. Nampak macam banyak sale.. So for the first time, terus beli kat situ.. Cepat juga sampai.. Itu penting.. Murah pun satu hal kan.. Tapi ada juga yang kecewa sikit.. Apa? Cuba baca ni ayat yang Eraz letak kat Facebook :


"First time order barang di 11street, Safety Security Baby Gate.. Lepas je sign up, order dan bayar, baru perasan ada diskaun untuk new members.. Haha.. RM 30 jugak max akan dapat.. Tapi dah terlajak.. Malas dah nak cancel order sebab dah bayar.."

Tapi redha.. Bukan rezeki kali ni kan.. Mana tahu kot-kot baucar tu tak boleh guna untuk Safety Security Baby Gate kan.. Mesti ada barang-barang terpilihkan.. So malas nak revert balik then proceed je.. Alhamdulillah.. Sampai kat office gate tu dengan keadaan yang baik sekali dan cepat.. Macamana rupa Safety Security Baby Gate tu? Eraz beli yang Bgbabyshop Safety Security Baby Gate Model 181 With 3 Extension Fit 86 - 138cm.. So inilah gambarnya..


Maka terhalanglah Adam ke dapur.. Automatik kakak Zara pun sama.. Tapi bukan setiap masa la kami close.. Bagi juga sekali kala mereka main area yang selamat kan.. Tapi masa nak memasak or apa-apa yang tertentu, kena la close! Hehe..

4 comments:

  1. Bagus kan...Fida pun nak beli jugaklah..utk halang kucing2 fidah mai ke dapur...

    ReplyDelete

Penulis tidak bertanggungjawab atas apa-apa komen yang ditinggalkan oleh pembaca / pengunjung. Semua komen adalah di bawah tanggungjawab mereka. Sila gunakan bahasa yang sopan. Terima kasih.