Tuesday 30 August 2016

Kelantan Umum Cuti Peristiwa Pada 11 September 2016

Kelantan Umum Cuti Peristiwa Pada 11 September 2016 | Assalamualaikum w.b.t.. Baru sekejap tadi wife beritahu yang Kelantan diumumkan Cuti Peristiwa pada hari Ahad, 11 September 2016 nanti.. Ianya sempena sambutan Aidiladha.. Dalam masa yang sama memberi peluang kepada semua rakyat Kelantan untuk beraya Aidiladha lebih tenang.. Kenapa tenang? Sebab Jumaat Sabtu sebelum tu dah cuti hujung minggu, bersambung dengan Ahad dapat cuti peristiwa dan terus bersambung cuti Hari Raya Aidiladha selama dua hari pula.. 

Selain daripada itu, Menteri Besar, Datuk Ahmad Yakob juga meminta orang ramai mengambil peluang untuk berpuasa pada hari berkenaan sempena hari wukuf.. So! Mesti ramai rakyat Kelantan happy kan tapi bukan Eraz la sebab Eraz memang cuti dah Ahad tu.. Jumaat Sabtu sebelum tu kerja.. Huhu..

2 comments:

  1. vah vah vah.. KA nak cuti seminggu raya haji ni... amacam? :P

    ReplyDelete
  2. alhamdulillah..xpyh apply cuti..:)

    ReplyDelete

Penulis tidak bertanggungjawab atas apa-apa komen yang ditinggalkan oleh pembaca / pengunjung. Semua komen adalah di bawah tanggungjawab mereka. Sila gunakan bahasa yang sopan. Terima kasih.