Monday 29 August 2016

Bila Dilanggar Seorang Pakcik Motosikal

Assalamualaikum w.b.t.. Malang tidak berbau.. Itu istilah paling tepat dalam kejadian ini.. Dalam pada berhati-hati setiap kali melalui laluan itu, terkena juga.. Takde la serius sangat sampai sakit-sakit tapi hanya no. plat kereta sahaja yang patah dan tercalar la sikit kot.. Kira syukur alhamdulillah la kan sebab tak de kemalangan jiwa atau apa.. Macamana boleh terjadi?


Laluan tu memang laluan biasa ke rumah mertua.. Dalam pada dalam perjalanan drive ke rumah mertua masa lunch break dan kebetulan azan Zohor masa tu, tiba-tiba seorang pakcik tua keluar dari rumah dengan motosikal.. Eraz sempat break tapi pakcik tu tak sempat.. Terus langgar depan dengan moto.. Nasib baik la Eraz memang dah brek.. Takde la pakcik tu kena impak yang kuat.. Orang tua, kesian la kan..

Terus turun cuba alihkan motosikal sebab lepas langgar, dia cuba alihkan motosikal dan tertekan minyak ke sebelah.. Sangkut di pokok pisang.. Laluan tu memang sempat.. Sebuah kereta je muat.. Dan nasib baik juga, motosikal tak jatuh, pakcik tu pun tak jatuh.. Tapi Eraz keluar juga untuk bantu alihkan motosikal dan tanya keadaan.. Nampaknya brek tangan moto tu rosak.. Takpe, janji pakcik tu ok.. No. plat patah, sikit je..

Pakcik tu berulang kali bagitau no. plat patah, but Eraz bagitau, takpe, no. plat je.. Pakcik ok tu dah alhamdulillah.. Dalam kepala risau kot-kot pakcik tu terkejut dan kena serangan jantung ke apa kan.. Nasib baik semua ok.. Tapi lepas pada tu, rasa macam fobia pula nak lalu.. Kot-kot ada yang tiba-tiba keluar lagi kan..

9 comments:

  1. org tua mmg tu eraz..ayah cik nor pn klu kluar dr laman rmah menonong jer...xtgk kiri kanan dah..slalu marah dia..bahaya..huhu

    ReplyDelete
    Replies
    1. Itu la.. Risau juga kot2 cedera ke apa kan..

      Delete
  2. Haih..Jalan gitu mmg sokmo org kampung nonong je keluar..Kalo blk KB/Perak mmg itu yg kiteorg sokmo risaukn..Kekadang kite sbg penumpang ni yg duk rase tekan brek..Pdhal tekan lantai kete..Ok la pakcik tu x ape2 & x salah kan Eraz..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah nampak ok je pakcik tu.. Kita lak fobia nk lalu situ..

      Delete
  3. KEADAAN SUKAR DIJANGKA ABG, DALAM BERHATI2 PUN BAHAYA JUGA

    ReplyDelete
    Replies
    1. Itu org kata malang tidak berbau tu.. Sib baik drive dalam beringat..

      Delete
  4. orang tua ni memang gitu.. kita risaukan dir, dia pulak risaukan no plate hahaa

    ReplyDelete
    Replies
    1. Dia risau kita marah kot.. Kita lebih risau kan dia.. :)

      Delete

Penulis tidak bertanggungjawab atas apa-apa komen yang ditinggalkan oleh pembaca / pengunjung. Semua komen adalah di bawah tanggungjawab mereka. Sila gunakan bahasa yang sopan. Terima kasih.