Tuesday 2 August 2016

Rambut Adam Panjang Lagi !

Assalamualaikum w.b.t.. Rasa macam baru je bawa Adam pergi gunting rambut kat kedai gunting baru ni.. Tapi sekarang nampak macam dah panjang balik.. Dalam hati rasa macam nak simpankan rambut panjang sikit.. Sebabnya kalau kerat pendek sangat, rasa macam hilang macho tu.. Hehe.. Tapi.. Bila budak kecik ada rambut sikit, mula la nampak tak terurus.. Ya la, tangan tu senang je nak kacau-kacau rambut kalau lepas kita sikat kan.. 


Tapi hari tu masa 1st time gunting rambut, memang menangis bagai nak rak la.. Haha.. Ya la 1st time kan.. Memang Eraz pegang je la.. Mama dia cuba tenangkan Adam.. Mula-mula tu memang ok tapi lepas beberapa saat, terus menangis sampai siap.. Tapi sebab senang je nak gunting guna mesin tanpa apa-apa fashion, cepat la siap.. 

Lepas kena 1st time Adam menangis tu, plan dalam kepala ni, mesti next gunting rambut setahun kemudian kot.. Sebabnya masa gunting 1st arini, umur Adam dah hampir nak masuk setahun kot.. Sekali kali ni cepat la pulak rambut tumbuh.. Bila nampak panjang sikit, macam tak terurus la pulak.. Kesian pulak kat Adam.. So, memang kena cari slot jugak la kot bawak di kedai.. Menangis pun menangis la kot.. Huhu.. 

2 comments:

  1. lama-lama ok le tu abg eraz, sesuatu yang baru bagi dia...

    ReplyDelete
  2. 😂😂 adam2

    ReplyDelete

Penulis tidak bertanggungjawab atas apa-apa komen yang ditinggalkan oleh pembaca / pengunjung. Semua komen adalah di bawah tanggungjawab mereka. Sila gunakan bahasa yang sopan. Terima kasih.