Wednesday 22 February 2012

Foto Majlis Pertunangan Misha & Firos

Just nak share kepada pembaca-pembaca blog Mr. E'raz..







Kredit tu : 

Petikan berita di Utusan Malaysia

KOTA BHARU 21 Feb. - Penyanyi popular Misha Omar, 30, selamat melangsungkan pertunangan dengan seorang juruterbang, Firos Ezzwan Rossly, 30, dalam satu majlis tertutup di rumah keluarganya di Kampung Guchil Bayam di sini hari ini.

Majlis pertunangan tersebut sekali gus menamatkan segala spekulasi mengenai status diri penyanyi itu yang popular dengan lagu 'Bunga-bunga Cinta'.

Cincin pertunangan disarungkan sendiri oleh bakal ibu mertua Misha, Asmah Kenin. Pada majlis tersebut, Misha yang anggun mengenakan persalinan baju kurung klasik berwarna biru rekaan Syaiful Baharim, menerima lima dulang hantaran dan membalas jumlah sama kepada pihak lelaki.

Ketika ditemui Misha memberitahu, tarikh pernikahan mereka belum ditetapkan, namun menjelaskan bakal diijabkabulkan selewat-lewatnya hujung tahun ini.

"Firos menepati segala ciri yang saya impikan daripada seorang lelaki. Selain cinta yang tulus, Firos juga mempamerkan ciri-ciri kepimpinan, selain rapat dengan anak (angkat) saya, Muhammad Adam Emir.

"Hubungan rapat mereka membuka pintu hati saya menerimanya sebagai bakal suami. Alhamdulillah, saya dipertemukan dengan lelaki yang begitu memahami perjalanan hidup saya," katanya.

Misha turut berharap semua peminat mendoakan impiannya untuk bergelar isteri terkabul.

"Bukan niat saya mahu menyembunyikan berita gembira ini dan memohon maaf sekiranya ada pihak tersinggung atas keputusan diambil. Saya cuma memenuhi permintaan kedua belah keluarga yang mahukan pertunangan ini dilakukan secara sederhana dan tertutup.

"Insya-Allah perkahwinan kami akan dilangsungkan dalam tahun ini juga tetapi tarikhnya belum ditetapkan lagi," kata Misha lagi.


4 comments:

Penulis tidak bertanggungjawab atas apa-apa komen yang ditinggalkan oleh pembaca / pengunjung. Semua komen adalah di bawah tanggungjawab mereka. Sila gunakan bahasa yang sopan. Terima kasih.