Tuesday 28 February 2012

Lelongan artifak Titanic cetus minat menjelang ulang tahun ke-100


RICHMOND : Lelongan membabitkan lebih 5,000 artifak kapal Titanic yang dijadualkan pada 1 April depan iaitu seabad selepas kapal persiaran mewah itu tengggelam menerima ratusan panggilan telefon termasuk yang bersedia menawarkan artifak bagi menambah koleksi penemuan di dasar laut. 


Jurulelong, Arlan Ettinger, berkata rumah lelongannya di New York, Guernsey’s Auctioneers & Brokers mendapat panggilan daripada sebahagian waris kepada lebih 700 orang yang terselamat termasuk seorang menawarkan helaian kertas ditemui di atas mayat seorang penumpang yang terapung.

Jika kertas itu tidak dilelong, mungkin benda lain yang lebih menarik iaitu rantai tangan kanak-kanak dengan tertera nama Amy menggunakan berlian. Hanya dua penumpang didaftarkan atas nama Amy daripada 2,228 penumpang termasuk lebih 1,500 terkorban. - AP

Sumber : Berita Harian


No comments:

Post a Comment

Penulis tidak bertanggungjawab atas apa-apa komen yang ditinggalkan oleh pembaca / pengunjung. Semua komen adalah di bawah tanggungjawab mereka. Sila gunakan bahasa yang sopan. Terima kasih.