Wednesday 8 February 2012

7-Eleven? Kenapa 7 Eleven?

7-Eleven? Kenapa 7 Eleven? Itu soalan yang aku tanya kat isteri aku.. Haha.. Bukak 24 jam.. Tapi kenapa 7 Eleven? Kenapa tak 7-24 ke kan sebab bukak 7 hari seminggu dan 24 jam.. Tak pyh pk.. Tapi korang tahu tak kenapa nama kedai tu 7-Eleven? Bagi yang dah tahu, alhamdulillah.. Bagi yang belum tahu, leh baca kat bawah..

Sejarah

7-Eleven diasaskan pada tahun 1927 di Dallas, Texas, Amerika Syarikat, apabila seorang pekerja Southland Ice Company, Joe C. Thompson, mula menjual susu, telur dan roti dari sebuah dok ais. Lokasi asalnya merupakan hadapan kedai yang diubahsuai di Southland Ice Company, sebuah kilang pembuatan ais. Sungguhpun adanya kedai runcit kecil dan perniagaan am di kawasan sekeliling, para pengurus kilang ais mendapati bahawa penjualan "barang serbaneka" seperti roti dan susu memang popular. Maka, terbukalah beberapa cawangan 7-Eleven di kawasan Dallas. Mula-mulanya, kedai-kedai ini dibuka dari 7 pagi hingga 11 malam, iaitu tempoh perniagaan yang agak panjang pada waktu itu, maka demikianlah nama kedai ini tercipta.

Di Malaysia, Kedai-kedai 7-Eleven dimiliki oleh Convenience Shopping Sdn. Bhd. (CSSB) yang kini mengendali kira-kira 800 buah kedai di seluruh negara dan berancang untuk mengembang sehingga 1000 cawangan. 7-Eleven di Malaysia ditubuhkan pada 4 Jun 1984 oleh Berjaya Group Berhad. Info lengkap, boleh baca di Wikipedia

Giler best Slurpee!


6 comments:

  1. hehe slurpeee memang syok kan kan. baru tahu mr.e'raz ada isteri dah. cun cun hehe :D

    ReplyDelete
  2. Peace Nia.. E'raz ni dh pangkat abg sgt2 dh kot.. Tua dh ni.. Hehe..

    ReplyDelete
  3. Ohhh..begitu..thanks di atas perkongsian ni mr eraz :D AWESOME !

    singgah dari http://pengawasbaik.blogspot.com

    ReplyDelete
  4. wah..mmg ohsem..slurpee mmg best tambah2 yg watermelon..terbaikk!

    ReplyDelete
  5. singgah .

    jom komen entry saya .

    http://amyryzal-secret.blogspot.com/2012/01/bosan-tegur-orang-di-facebook.html

    ReplyDelete
  6. slurppppppppppppppppppppp! nymmmnyumm. tatkala panas, slurpie pilihan terbaik!!

    ReplyDelete

Penulis tidak bertanggungjawab atas apa-apa komen yang ditinggalkan oleh pembaca / pengunjung. Semua komen adalah di bawah tanggungjawab mereka. Sila gunakan bahasa yang sopan. Terima kasih.