Sunday, 2 November 2014

Azwan tersingkir | Adel di serap ke Konsert Final AF2014

Assalamualaikum w.b.t.. Malam ni tak sempat nak tengok Konsert Minggu Ke 9 AF 2014 a.k.a Konsert Minggu Separuh Akhir AF 2014 ni.. Tapi terbaca di twitter mengatakan yang Azwan telah tersingkir pada malam ni walaupun pada awalnya berada di tempat teratas undian..

Dalam masa yang sama, antara Wawa, Farez, Muna, Ziha, Adel, Zarif dan Nina, Adel nampaknya bernasib baik kerana telah diserap semula ke dalam AF 2014 dan terus ke final melalui AFSERAP.. Semuanya atas keputusan fakulti.. Tapi..

Adil ke kepada Azwan? Dalam pemilihan peserta yang akan diserap, Azwan tak tersenarai.. Eraz bukan pengikut atau peminat Azwan.. Tapi just nak bagi pendapat.. Kalau betul nak 5 peserta ke final, tak perlulah singkirkan Azwan dan adakan AFSERAP.. Kan.. Kecuali nak masukkan 6 orang ke final.. Tapi semua ni Akademi Fantasia.. Katanya, semuanya boleh terlaku sebab realitinya di situ..

Tak de masalah Adel diserap sebab dia nyayi best kot.. Kalau diikutkan pelajar AFMASUK sebelum, majoriti mendapat tempat kedua cuma Shahir dan Mawi jadi Juara.. Mungkinkah Adel akan menjadi Top 2 juga? Atau mungkin juara?? Haha.. Kena la tengok Konsert Akhir Akademi Fantasia 2014 nanti.. Next week la kan?

Wassalam..

#BukanSekadarBlogger #KBBA

Read more ...

Naluri Keibubapaan ke ?

Assalamualaikum w.b.t.. Kalau dulu nya, ok jer, boleh la dengar, tapi sekarang, bila dengar je budak menangis, minda terus terbayangkan Zara Faleesya tambahan lagi bila kena ke mana-mana dan Zara tak de.. Rasa sedih je dengar seban terbayangkan anak kita yang menangis.. Itu naluri keibubapaan kot.. Hehe..

Sama juga kalau outstation dan nampak budak di mana-mana saje di depan mata.. Haha.. Dah boleh teka kan apa yang di rasa.. Hal ni bukan Eraz sorang kot yang alami.. Semua orang kot.. Apa-apa pun, esok Papa balik ya Zara.. Satu hari kita duduk bersama sebab Papa cuti!! Cuma malam ni, tidurlah dengan Mama.. Huhu..

Read more ...

Jangan lalai walaupun sesaat ..

Assalamualaikum w.b.t.. Bila sebut pasal lalai ni, semua benda boleh berlaku berpunca dari lalai.. Walaupun sesaat, akibatnya mungkin besar.. Sama juga dimana pun kita ada.. Di rumah, di tempat kerja, di mana-mana terutama di jalan raya.. Mungkin akibatnya atau kesan terkena hanya pada kita tapi juga mungkin akan melibatkan orang lain.. Masyaallah.. Minta jauh..

#Sesiapa pun boleh terlibat.. Peringatan untuk diri sendiri juga..

Read more ...

Saturday, 1 November 2014

Segmen : Blogwalking By DayangDeno #2


Assalamualaikum w.b.t.. Petang ni Eraz nak guna peluang ni untuk join Segmen : Blogwalking By DayangDeno #2.. Sangat simple.. Tajuk pun suka hati je nak buat camne.. Tapi Eraz copy tajuk segmen la.. Dalam masa yang sama, boleh promosi kan.. Siapa yang berminat untuk join, boleh klik banner di atas..

Read more ...

RINDU ANAK ISTERI


Assalamualaikum w.b.t.. Tak tahu kenapa hari ni, kat office duk teringat kat Zara dan wife.. Rasanya dah 2 kali call kot.. Mungkin ada satu perasaan yang tak dapat digambarkan dan diluahkan kat sini kot.. Apa-apa pun, sangat indah!! Wassalam..

Read more ...