Friday, 2 May 2014

MC


Assalamualaikum w.b.t.. Hari ni, mula-mula masuk office dulu.. Lepas discussin, keluar sekejap dari office untuk jumpa doktor.. Dapat la sebeban ubat.. Ubat selesema, batuk, sakit kepala.. Dan Dr. bagi MC untuk hari ni.. Tapi masa entri ni ditulis, Eraz masih di office.. Kira siapkan keja sikit, pastu baru balik rumah.. Rasanya petang ni, tidur je kot.. Wassalam..

#tak larat nak menaip panjang2

Read more ...

Rasa macam penuh debu ..


Assalamualaikum w.b.t.. Sejak dua menjak ni, Eraz jadi sensitif giler denga debu.. Walaupun kat office, Eraz macam rasa udara penuh dengan debu.. Rasa tangan penuh dengan debu.. Memang kerap la pergi basuh tangan.. Nasib baik pantry dekat.. Rasanya itu mungkin dipengaruhi juga dengan psikologi.. Tambah-tambah lagi last week Eraz batuk kan.. Itu yang rasa 'bergaduh' dengan debu tu.. Dalam masa yang sama, memang belakang bangunan office tengah berlangsungnya penebangan pokok dan proses kerja nak buat parking.. Mungkin itu salah satu kot..

#Ada ke siapa-siapa lagi berperasaan macam ni? Hehe..

Read more ...

Thursday, 1 May 2014

Saya nak order CINTA sebungkus !


Assalamualaikum w.b.t.. Saya nak order CINTA sebungkus? Fuyoooo.. Jiwang karatnya.. Yang pasti, itu bukan ayat dari Eraz reka sendiri.. Ayat tu Eraz ambil daripada gambar di atas tu.. Lupa dah jumpa kat mana.. Samada di Facebook atau Whatsapp kot.. Saya nak order CINTA sebungkus tu baru sekerat jalan.. Jom baca selanjutnya di bawah :

Saya nak order CINTA sebungkus..
Letak SETIA lebih sikit..
CURANG jangan letak sebab saya tak makan..
Tuangkan rasa SAYANG lebih tau..
JANGAN ikat tepi, tapi ikat MATI..

Waaaaa.. Ada betulnya ayat-ayat tu kan.. Sebab tu Eraz decide nak share benda ni malam ni.. Alhamdulillah.. Sama-samalah kita doakan yang terbaik untuk diri kita, family kita, kawan kita dan semua insan seperti kita.. Biarkan kebahagiaan itu selalu berdampingan dengan kita.. Insyaallah..

#Apa tema entri ni ya? Jiwang Karat ke? Hehe..

Read more ...

Rasa macam nak hantuk kepala kat dinding !


Assalamualaikum w.b.t.. Pernah ke korang rasa macam tu? Bila dah sakit kepala sangat sangat, rasa macam nak hantuk je kepala kat dinding.. Ataupun, bila dah sakit kepala sangat sangat, rasa nak korek je apa yang ada dalam kepala tu melalui belah tepi kepala tu.. Lagi, ada tak korang rasa, bila tengah sakit kepala, nak suruh siapa-siapa pijak kepala sebab nak bagi ok sikit..

Fuh! Itulah antara tiga benda yang Eraz duk fikir kalau sebelum sebelum ni dan sekarang kalau masa sakit kepala.. Serius.. Tak tahan dengan berdenyut dalam kepala tu.. Nampak kali ini, migrain Eraz datang lagi.. Kena pergi dapatkan stok ubat la nampaknya..

#Kalau pakai cool fever, rasa macam ok tak? Siapa pernah try?

Read more ...

Selamat Hari Pekerja 2014


Selamat Hari Pekerja 2014 | Assalamualaikum w.b.t.. Alhamdulillah.. Hari ni, 01 Mei 2014, dapat cuti sehari sempena Hari Pekerja 2014.. Walaupun kepala ni masih berdenyut-denyut sakit dari semalam, selesema ni baru-baru nak ok, harus buat plan yang terbaik untuk bersama keluarga.. Ikutkan hati, memang nak tidur je sebab kepala ni rasa berat giler.. Masa nak solat Subuh tadi, time nak sujud, rasa kepala tu terus melekat di sejadah.. Tambahnya kena telan lagi ubat pagi ni nak kasi reda sikit..

Jangan ingat di Hari Pekerja ni semua orang boleh cuti.. Boleh agak siapa yang diantaranya tak cuti? Hehe.. Antaranya ialah Surirumah.. Kesian mereka, tiap-tiap hari bekerja termasuklah hujung minggu.. Lagi siapa?

#Selamat Hari Pekerja 2014

Read more ...