Thursday, 2 May 2013

Fenomena Hijau Lawan Biru


Assalamualaikum w.b.t.. Hari ni jalan dah mula menunjukkan nak sesak.. Tambah-tambah di jalan utama.. Mungkin dah ramai yang balik kampung untuk mengundi pilihan pemimpin masing-masing.. Jalan sekarang sangat meriah dengan bendera-bendera parti.. Kalau di Kelantan, hijau lawan biru la paling banyak.. Ada yang sangat kreatif.. 

Tapi sebenarnya, letak bendera tu, letak la jugak kan.. Keselamatan untuk pengguna jalan raya kena la diambil berat juga.. Contohnya di roundabout.. Ada kes berlaku kemalangan sebab terlindung kerana poster dan bendera yang banyak.. Susah nak tambah kenderaan lain.. Itu salah satu contoh la.. Yang lain tu, boleh fikir sendiri la..

#Selamat Mengundi!

Published with Blogger-droid v2.0.10
Read more ...

Nasi Lemak Special

Assalamualaikum w.b.t.. Gambar nasi lemak ni Eraz jumpa di Facebook.. Rasa macam menarik untuk dikongsikan dengan rakan blogger.. Kalau la jumpa Nasi Lemak macam ni, rasa macam sayang la pula nak makan kan.. Haha.. Mesti harga mahal ni.. Haha..

#Hari kedua di Institut Latihan Islam Malaysia (ILIM) Wilayah Timur untuk taklimat guru-guru KAFA Daerah Besut..

Read more ...

Wednesday, 1 May 2013

Drive-thru di malam yang tak berapa nak buta lagi !

Assalamualaikum w.b.t.. Plan nak 'belasah' burger seringgit setengah je.. Tapi sebab kedai burger yang biasa di beli tu tutup, terus je la ke drive-thru di KFC Kubang Kerian.. Ramai pulak kereta yang beratur.. Waktu malam musim sekarang ni, meriah! Kiri kanan kebanyakkannya bercahaya dengan pondok-pondok parti..

#Kali ni, siapa yang tak pergi mengundi, akan dapat dikenaspasti sebab tak de kesan dakwat di jari telunjuk! ;D

Published with Blogger-droid v2.0.10
Read more ...

Wordless Wednesday #8 : Coklat Syiling !

Salah satu coklat favourite masa kecil dulu.. Siapa pernah rasa? Kalau nak compare dengan kesedapan coklat jenama yang lain, memang tak boleh compare la.. But, ada kenangan di situ.. (Rasa macam dah lari entri Wordless Wednesday.. Haha..)

Published with Blogger-droid v2.0.10
Read more ...

Kempen Hari Pekerja 2013 bagi Seorang Suri Rumah



Assalamualaikum w.b.t.. Selamat Hari Pekerja 2013 kapada semua pekerja-pekerja yang sedang bercuti hari ini.. Bagi yang tidak bercuti, cuba minta ganti pada hari lain.. Insyaallah pengorbanan anda untuk bekerja hari ini, ada hikmah dan balasannya.. Insyaallah... Macamana pula dengan suri rumah? Mereka bekerja setiap hari kan.. So, cuba rujuk gambar di atas.. Peace no war... ;D

#Rasa macam hari Jumaat pulak.. Sebab pagi tadi rasa nak pergi solat Jumaat.. Hehe..

Published with Blogger-droid v2.0.10
Read more ...