DeXandra Perfume | Team Eraz Fadli
Kelab Blogger Ben Ashaari

Sunday, 1 January 2017

Hari Pertama Zara Faleesya Ke Tadika

Assalamualaikum w.b.t.. Alhamdulillah seperti yang kami dari awal, bernula awal tahun 2017, Zara Faleesya akan masuk tadika di Kota Bharu ni.. Walaupun kalau ikutkan umur sebenar baru 3 tahun 5 bulan, tetapi dikira 4 tahun kan kalau sekolah.. Jadi Zara join kumpulan pelajar umur 4 tahun..

Yang lebih excited sediakan barang ialah Mama Papa dia.. Memang beli awal-awal lagi semuanya.. Antara baju-baju baru, sediakan baju kurung untuk aktiviti fardu ain sebelah petang, kain sembahyang baru sebab yang lama dah nak ketat dan singkat.. Semestinya satu lagi ialah beg sekolah.. Satu untuk Zara, satu untuk Adam..


Untuk alat tulis, uniform, baju sukan, buku-buku, semua dah masuk dalam yuran pendaftaran.. Alhamdulillah lepas survey-survey sebelum ni, kami jumpa yang menetapi apa yang kami nak.. Dengan bahasa pengantar Bahasa Inggeris, ada kelas fardu ain, diajar solat dan lain-lain..

So awal-awal ni bangun mandi apa semua, Zara ok je.. Sampai sana pun ok je.. Tapi bila ada sampai dua budak lelaki yang nangis-nangis, dia pun mula nak menangis.. Adoi.. Tapi lepas teacher pujuk, alhamdulillah ok lepas kami beredar.. Pihak tadika juga wujudkan group whatsapp untuk update semua aktiviti mereka sepanjang hari.. So dapat la info dari masa ke semasa..

Harapnya semua akan ok.. Pengalaman korang macamana hari ni??


2 comments:

  1. Alhamdulillah dah masuk tadika daa kak long..selamat belajar ya kak long..

    ReplyDelete
  2. Tahniah buat zara dah mula bersekolah
    JanjiKita

    ReplyDelete

Penulis tidak bertanggungjawab atas apa-apa komen yang ditinggalkan oleh pembaca / pengunjung. Semua komen adalah di bawah tanggungjawab mereka. Sila gunakan bahasa yang sopan. Terima kasih.