DeXandra Perfume | Team Eraz Fadli
Kelab Blogger Ben Ashaari

Tuesday, 24 January 2017

Anjung Seri Dah Berhenti Penerbitan?

Assalamualaikum w.b.t.. Baru sekarang nak cari majalah Anjung Seri? Di saat Anjung Seri dah tamat penerbitan? Haha.. Al-maklum la kita nak buat rumah sendiri.. Sebelum duduk rumah sewa je.. So hias biasa-biasa je la.. Bila dah nak masuk rumah sendiri nanti, nak la yang macam cantik-cantik sikit.. Bukan nak tiru design, tapi nak dapatkan idea yang cantik-cantik tu.. 

Cara Langganan Majalah Anjung Seri? Itu keyword yang Eraz taip sebab nak langgan terus.. Senang.. Tak payah pergi kedai kan beli setiap bulan.. Tunggu dia pos je.. Ingatkan Anjung Seri ni dalam kumpulan Karangkraf.. Tapi buka web takde.. So google dan jumpa satu page FB dan blog.. Di Page, kita PM dan takde jawapan.. Di web jumpa alamat email, kita send email, tapi failed..

Tanya staf office, dia bagitahu dah lama dah tak de.. Hah! Haha.. Patut la pencarian tak berhasil.. Open status kat FB, so memang ada yang bagitahu, Anjung Seri dah berhentikan pengeluaran.. Ada yang tahu, ada yang tak sure.. Wife pernah kata, majalah Malaysia yang ada paparkan pasal hiasan dalaman hanyalah Anjung Seri dan Impiana..
.

Kawan office yang langgan dua majalah tu kata, Impiana tu kurang sikit.. Tapi sekarang macam tak de pilihan kan, so kita mula beli Impiana la kot.. Ke korang ada suggestion majalah lain untuk hiasan dalaman? Mohon senaraikan..  Terima kasih..

1 comment:

  1. Ni majalah mak suka beli kot..huhu..Anyway, done follow ur blog.

    penselduabee.com

    ReplyDelete

Penulis tidak bertanggungjawab atas apa-apa komen yang ditinggalkan oleh pembaca / pengunjung. Semua komen adalah di bawah tanggungjawab mereka. Sila gunakan bahasa yang sopan. Terima kasih.