Kelab Blogger Ben Ashaari

Saturday, 31 December 2016

Subway di Kubang Kerian Kota Bharu Kelantan ?

Subway di Kubang Kerian Kota Bharu Kelantan ?
Subway di Kubang Kerian Kota Bharu Kelantan ?

Assalamualaikum w.b.t.. Baru-baru ni, rasanya dalam 26 Disember lepas, viral di Facebook katanya Subway (Sandwiches & Salads) akan buka cawangannya di bandar Kubang Kerian, Kota Bharu, Kelantan ni.. Semua info viral ni dari page Maafsebut di Facebook.. Kalau betul la apa yang admin mereka war-war kan, maka betul la kenyataan entri ni.. Kalau mereka main-main, Eraz minta maaf awal-awal ok.. Kalau belum Subway akan dibuka, ianya merupakan cawangan yang pertama di Kelantan setakat ni..

Eraz teruja nak buat entri ni sebab Eraz merupakan salah seorang yang suka terjah Subway ni kalau ke KL atau Penang.. Al-maklum la di Kelantan takde kan.. For sure kalau confirm buka, memang beratur panjang la di sini nanti.. Tambah-tambah bila baru buka kan.. Kawasan mana di Kubang Kerian tu memang tak dapat info apa-apa lagi.. 

Bandar Kubang Kerian ni memang menjadi-jadi sekarang.. Kalau kena memang masa waktu puncak, memang jammed dibuatnya.. Sekarang pun boleh tahan banyak kenderaan tambahan orang ramai masih lagi keluar membeli untuk melengkapkan barang sekolah anak-anak kan.. By the way, bila dengar Subway nak buka ni, teringat pada Tutti Frutti.. Kenapa?

Sebabnya, masa mula-mula Tutti Frutti dibuka di Kelantan dulu, memang ramai orang pergi.. Lepas satu, satu cawangan di buka.. Pertama sekali kalau tak silap di tempat berhampiran Taman Tengku Anis.. Lepas tu ada di Kubang Kerian dan kawasan Tesco.. Tapi nasib kurang menjadi, selepas pada tu, semua tutup satu persatu.. Mungkin ada saingan lain dan mungkin harga agak kurang berpatutan di sini..

Apa-apa pun berkaitan dengan Subway, harapnya ia menjadi kenyataan.. 

4 comments:

  1. Suka subway jugak..pantang ternmpak subway Kat mane2..tapi betol la.. Tuti fruti skng macm da kureng sikit.. Even kat mane2 pun..skng giliran subway pulak

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hi Fasha.. Eraz pun memang suka Subway.. Tutti Frutti pun suka tapi mahal sikit kot.. :)

      Delete
  2. harap mcd bukak di tanah merah gak jd x yah la gi kb..

    ReplyDelete
  3. Wah subway..lagi ramai laa yg duk beratur nanti. Harap2 dapat sambutan..

    ReplyDelete

Penulis tidak bertanggungjawab atas apa-apa komen yang ditinggalkan oleh pembaca / pengunjung. Semua komen adalah di bawah tanggungjawab mereka. Sila gunakan bahasa yang sopan. Terima kasih.