Friday 23 September 2016

Klip Video Anuar Zain - Andainya Takdir

Anuar Zain - Andainya Takdir | Assalamualaikum w.b.t.. Masa on the way office tadi, dengar Hot FM.. Tetamu hari ni Anuar Zain.. Dia bercerita tetang single terbaru dia, Andainya Takdir dan akan lancarkan video klipnya hari ni juga.. Bila dengar-dengar mereka bercerita tentang jalan cerita, pengarah, pelakon dan lain-lain tu, rasa macam nak tengok la pulak kan.. Tak tahu hasilnya..


Pelakonnya selain Anuar Zain sendiri, ada Sharifah Sakinah dan Puteri Balqis.. Puteri Balqis memang kita tahu kalau bab berlakon, memang first class la tambah-tambah kalau cerita sedih-sedih ni.. Sharifah Sakinah walaupun giler-giler sikit, kalau bab berlakon, memang menjadi.. Anuar Zain sendiri ada basic berlakon masa dia muda-muda dulu kan.. Berlakon filem jugak tu.. Diaorang bercerita tentang pengarah nama Amor.. Tak ingat nama penuh.. 

So! Sampai je office, masa bukak Facebook di phone, ada kawan yakni peminat setia Anuar Zain dah share video tu.. Eh! Macam tahu-tahu kan aku nak tengok.. So layan sekejap sebab beberapa minit je pun.. Jalan cerita memang tak susah nak paham.. Tapi memang boleh 5 bintang dari segi lakonan pelakon-pelakon yang ada, scene yang ada, tambah-tambah ada lagu lagi, sedih wei.. Haha.. 

Mesti lepas ni view berjuta-juta ni.. Tengok la kalau tak percaya.. Kalau siapa-siapa belum tengok, boleh tengok di sini.. Layaaaaaannnnn...

2 comments:

  1. Anuar Zain ada lagu baru ya..dari tajuk dia macam best je

    ReplyDelete
  2. Dah tengok video ni lagu dia sangat best dan video dia sedihh walaupun plot cerita dah pernah dibuat sebelum ni oleh orang lain.

    ReplyDelete

Penulis tidak bertanggungjawab atas apa-apa komen yang ditinggalkan oleh pembaca / pengunjung. Semua komen adalah di bawah tanggungjawab mereka. Sila gunakan bahasa yang sopan. Terima kasih.