Monday 19 September 2016

Ini namanya anak Lelaki, Adam Fitri

Assalamualaikum w.b.t.. Bila namanya anak lelaki, memang keaktifannya sangat berbeza dengan kakak dia.. Kalau masa kakak dia membesar di tahap dia, memang orang kata terkawal sangat.. Tapi dia, memang kami jaga dengan perlu ada tahap kesabaran yang berganda.. Itulah anak teruna kami, Adam Fitri.. Budak muka cute ni memang leh buat orang hilang marah kalau buat salah apa-apa.. Dia senyum je.. Haha..


Kat atas tu salah satu aktiviti dia.. Karbinet TV itu macam tu je panjat.. Sofa pun dah boleh panjat dah sekarang.. Kipas berdiri pun dah berapa kali jatuh.. Extension Wire pun memang selalu je jadi mangsa mainan dia kalau letak kat bawah.. Kawasan dapur? Memang salah satu tempat dia mengemas.. Bilik air, pun sama.. Kalau tak tutup pintu bilik air, memang dia mandi la sorang.. Memang selalu kena beringatlah orang kata..

Tapi keaktifan macam tu baik sebenarnya.. Untuk perkembangan otak dia juga kan.. Terfikir juga.. Aktif dia tu sama macam aku dulu ke.. Hehe.. Aku pun pernah la juga terjatuh dari tingkap sebab main kapal terbang terbang kertas.. Ko rase? Haha.. Selamat membesar dengan penuh kenangan la Adam.. Papa sayang Adam.. 

2 comments:

  1. Budak-budak tak memanjat memang tak sah huhu. Memang kena banyak bersabar dan sentiasa pantau aktivitinya.

    ReplyDelete
  2. bapak borek anak rintik la ni... hehe

    ReplyDelete

Penulis tidak bertanggungjawab atas apa-apa komen yang ditinggalkan oleh pembaca / pengunjung. Semua komen adalah di bawah tanggungjawab mereka. Sila gunakan bahasa yang sopan. Terima kasih.