Monday 5 September 2016

HP Murah, Makan Diri

Assalamualaikum w.b.t.. Isu ni pernah kedengaran seminggu dua ni tapi hari ni nampaknya dah masuk dalam akhbar nampaknya.. Bila dah baca, memang seriusnya bunyinya sebab mereka yang menjual di IG hanyalah ala-ala dropship kepada seorang agent yang sama.. Dalam Harian Metro tu tulis, kalau dicampurkan semua, kerugian mereka mencecah sampai RM 1 Juta.. Mak ai!!

Dalam tiga laporan dalam Harian Metro hari ni kata, antara mereka kerugian sampai RM 250 K.. Ada yang RM 100 K.. Duit hilang macam tu je.. Sampaikan ada mak ayah mereka jualkan tanah untuk bayar balik kepada customer.. Ya la, mereka tu kebanyakkannya budak U yang nak mencari rezeki tampung keluarga.. Tak sangka jadi cam tu kan..

Ada yang diugut rogol, tunggu depan rumah, dikacau gangster, banyak lagi.. Ya la, bayangkan sorang2 dari RM 200 ke RM 900 sorang.. Camne mereka yang tak de pendapatan tetap tu nak ganti kan.. So hati-hati la korang semua ya..


3 comments:

Penulis tidak bertanggungjawab atas apa-apa komen yang ditinggalkan oleh pembaca / pengunjung. Semua komen adalah di bawah tanggungjawab mereka. Sila gunakan bahasa yang sopan. Terima kasih.