Wednesday, 11 February 2015

Makan tapi tak kenyang ..

(Gambar Hiasan)

Assalamualaikum w.b.t.. Pernah tak korang rasa, sudah makan nasi tapi rasa tak kenyang.. Errrmmmm.. Susah nak explain.. Tak makan, lapar.. Makan, rasa tak kenyang.. Kenapa rasa tak kenyang? Antaranya sebab no choice, terpaksa beli nasi dan lauk di tempat yang biasa sangat.. Sebab malas nak keluar jauh, terpaksa la kan.. 

Kalau tengok dari rupa, memang ok.. Boleh makan.. Tapi bila dan selalu makan, lauk yang sama, gulai yang sama, lepas makan, rasa macam tak rasa dah.. Maybe sebenarnya kenyang kalau dah habis nasi sebungkus, tapi perasaan tu yang tak 'kenyang'.. Hehe.. Macam-macam la..

Sumber Gambar : SINI

Read more ...

Disebabkan Catatan Sue Izza !


Assalamualaikum w.b.t.. Disebabkan baca entri terbaru Kak Sue Izza kita ni tentang makan-makan, terus rasa nak lunch dengan Tuna Sandwich je hari ni.. Camne tu.. Haha.. Nampak sedap tu.. Dah dapat rasa tuna tu berada dalam mulut.. Hehe.. Kenyang ke tak, lain kira kot, janji dapat makan.. Sebenarnya, keinginan nak makan Tuna Sandwich ni dari hujung bulan Januari ari tu lagi.. 

Masa kat KLIA, sambil menunggu flight, lepak makan dengan kawan-kawan.. Nak order Tuna Sandwich tetapi malangnya ter order yang lain.. So layan je la makan.. Rasa macam dah lupa, tapi lepas baca entri INI, jeng jeng jeng, terus nak keluar cari rasanya.. Simptom mengidam dah ni..

Sempat ke tak keluar tengahari ni, tak tahu la.. Ketidaklaratan badan masih lagi terasa.. Macam nak tidur pun ada.. Tapi makan camne kan.. Message wife jap.. Mana tahu dia ada idea..

#Kak Sue, belanja boleh? Hehe..
Read more ...

Wordless Wednesday #124 | Situasi Di Jalan Raya


Read more ...

Tuesday, 10 February 2015

Bila teringin nak makan Nasi Kukus


Assalamualaikum w.b.t.. Sebenarnya dari hari Ahad baru ni lagi, ada orang tu nak makan nasi Kukus.. Tapi sebab kekangan masa nak sampai ke rumah, dia dengan rela hati melepaskan impian mengidam tangguh ke hari lain.. Hari ni mula kerja, rasa macam nak bawak ajak si dia keluar makan.. Tup-tup dia sebut Nasi Kukus.. Baru teringat semula permintaan hari Ahad lepas.. Terus lunch break, p jemput dia kat pejabat dan pergi kedai nasi kukus di Kubang Kerian.. 

Nasi kukus ni tengah tahap mana kesedapan kuah dan rempah masakan lauk.. Kalau kena dengan rasa di lidah ni, memang akan sentiasa habis la contohnya macam kedai kat kubang kerian tu.. Setakat yang Eraz duk makan, memang sedap.. Tambah-tambah rempah dia.. Goreng dengan ayam or ikan keli, memang marvelous!

#Melayan kembali orang mengidam sejak bulan Oktober lepas

Read more ...

2015 ; Zara Faleesya bakal dapat adik !

Assalamualaikum w.b.t.. Alhamdulillah.. Rezeki dari Allah yang tidak disangka-sangka datang lagi.. Pada tanggal 19 Oktober 2014 yang lepas, Nur Zara Faleesya disahkan oleh doktor akan mendapat adik tak lama lagi.. Syukur alhamdulillah.. Memang kami tak sangka sebab kami tidak merancang apa-apa untuk anak seterusnya tapi Allah kurniakan rezeki ini.. Insyaallah, mungkin anak yang akan lahir ini akan membawa rezeki yang lagi banyak kepada kami.. Insyaallah.. 

Seperti biasa, Eraz tak kan war war terlalu cepat tentang berita kehamilan ini macam semasa isteri Eraz sedang hamilkan Zara dulu.. Kasi stabil dulu, baru sharekan dengan kawan-kawan yang lain.. So sekarang, kalau Eraz bercerita tentang bakal adik Nur Zara Faleesya ni, Eraz akan labelkan entri itu dengan Diari Adik Nur Zara Faleesya (DANZF).. Senang yang berkenaan nak baca nanti..

Label tu dah wujud masa 19 Oktober 2014 lagi sebenarnya semasa Eraz publishkan entri 'Alhamdulillah".. Itu sebenarnya salah satu entri yang menceritakan apa yang berlaku pada pagi tu.. So, bermula hari ni, akan berlakulah throwback tentang awal kehamilan anak kedua kami.. 

Doakan semoga perjalanan kehamilan isteri Eraz kali ni berjalan dengan lancar dan bayi yang akan lahir nanti sihat walafiat, sempurna sihat dan menjadi anak yang soleh hendaknya.. Insyaallah.. Harapnya sudi macam kisah rentetan throwback dan kisah semasa bayi akan yang lahir ini..

Sekarang ni, kandungan kedua wife Eraz dan masuk ke 22 minggu.. Maksud nya dah 5 bulan lebih la.. Eraz ada sediakan beberapa rentetan entri semasa mula-mula dapat tahu tentang kehamilan ni.. Nanti Eraz akan publish satu per satu yang mana sempat ditulis dan disimpan.. Insyaallah dan Wassalam..

Sumber : Google

Read more ...