Monday, 15 May 2017

Siti Nordiana - Penyanyi Wanita Popular ABPBH 30

Assalamualaikum w.b.t.. Penantian siapa yang menang kategori-kategori dalam Anugerah Bintang Popular BH (ABPBH) 3.0 terjawab juga.. Kategori yang paling Eraz juga ialah Penyanyi Wanita Popular la.. Selepas Siti Nordiana memang dalam Anugerah Meletop Era untuk Penyanyi Meletop, so harapnya akan menang sekali lagi untuk Penyanyi Wanita Popular.. Dan ianya benar!! Rezeki tahun ni memang ada pada Siti Nordiana.. Tahniah.. Bintang Paling Popular? Top 5 mungkin sebab untuk ABPBH 30 ni memang majoriti dah jangka Fattah Amin akan memang dan ianya juga terbukti..



By the way, dalam Berita Harian sendiri tulis selepas kemenangan Fattah, Top 5 Bintang Paling Popular ialah Fattah Amin, Janna Nick, Neelofa, Khai Bahar dan Siti Nordiana.. So memang benarlah Siti Nordiana tergolong Top 5 Kategori Bintang Paling Popular.. Siti Nordiana dah boleh berbangga kat situ..

Pemilihan berdasarkan Undian Tertinggi dalam setiap kategori untuk memilih Bintang Paling Popular adalah disepatutnya kot.. Sebelum ni dah pernah buat tapi lepas pada tu, stop.. Sebabnya, kalau saingan artis sengit dalam kategori tu, susah la nak dapat undian tinggi kan.. Apa-apa semua tu rezeki.. Sekadar memberi pendapat..

Keputusan penuh ABPBH 3.0

Bintang Paling Popular - Fattah Amin

Anugerah Pencapaian Sepanjang Hayat - Ella

Kategori Utama

1. Artis Baharu Lelaki Popular - Khai Bahar
2. Artis Baharu Wanita Popular - Sweet Qismina
3. Penyanyi Lelaki Popular - Khai Bahar
4. Penyanyi Wanita Popular - Siti Nordiana
5. Pengacara TV Popular - Neelofa
6. Penyampai Radio Popular - Radin
7. Artis Versatil Popular - Ifa Raziah
8. Artis Kolaborasi / Duo / Berkumpulan Popular - Akim & The Majistret
9. Artis Komedi Popular - Zizan Razak
10. Pelakon TV Wanita Popular - Janna Nick 11. Pelakon TV Lelaki Popular - Fattah Amin
12. Pelakon Filem Wanita Popular - Fazura
13. Pelakon Filem Lelaki Popular - Zul Ariffin

Kategori online

1. Gandingan Serasi Drama - Fattah Amin & Neelofa (Suri Hati Mr Pilot)
2. Gandingan Serasi Filem - Syamsul Yusof & Nabila Huda (Munafik)
3. Personaliti Media Sosial - Makhlokmacho
4. Artis Berpengaruh Di Laman Sosial - Neelofa
5. Artis Sensasi - Fattah Amin
Read more ...

Tuesday, 9 May 2017

“Keindahan Pulau Dan Keajaiban Laut Biru” Hanya Di Pulau Perhentian

Percutian serta pengembaraan yang pasti anda tidak dapat lupakan di sebuah pulau peranginan terkemuka di Terengganu, Malaysia sepanjang musim ini.


Tawaran bercuti untuk orang ramai terutamanya kepada pelancong dari dalam negara kini terbuka kepada setiap individu, keluarga mahupun badan korporat di Pulau Perhentian, Terengganu, Malaysia dan dibawakan khas oleh pakar pengendali percutian di Pulau Perhentian iaitu Perhentiankravers Travel & Tours Sdn. Bhd. Destinasi percutian yang ditawarkan akan meliputi Pulau Perhentian Kecil dan Pulau Perhentian Besar.

Pakej percutian yang ditawarkan oleh Perhentiankravers akan pastinya menjadi sebuah kenangan manis yang tidak mungkin dapat dilupakan oleh para pengunjung setelah berseronok menikmati keindahan alam serta ketenangan laut Cina Selatan yang terbentang luas dan aman serta di penuhi dengan pelbagai hidupan laut yang berwarna-warni serta pemandangan yang memukau di sepanjang percutian mereka.

Perhentiankravers juga telah berusaha dengan jayanya dalam mengatur tentatif program yang menarik serta bersesuaian kepada para pengunjung yang hadir.Ini bagi memastikan percutian para pengunjung tidak disia-siakan dan dimanfaatkan dengan sebaiknya bermula dari langkah pertama pengunjung memijakkan kaki mereka di pantai berpasir putih dan lembut di Pulau Perhentian.

Bagi keselesaan dan ketenangan para pengunjung dalam merancang percutian mereka, Perhentiankravers telah menyediakan beberapa jenis pakej yang mana para pengunjung boleh membuat pilihan mengikut kepada citarasa, kesesuaian dan “budget”masing-masing kerana pada Perhentiankravers, semua orang mampu untuk merasai percutian idaman mereka. Disamping itu juga, Perhentiankravers juga boleh mengaturkan sebarang percutian atau program yang perlu di “taylor-made” megikut kepada kehendak dan kesesuaian pengunjung.

Bersama Perhentiankravers, para pengunjung akan di layani dengan baik dari proses tempahan sehingga lah pengunjung tiba di Jeti Kuala Besut untuk menaiki bot untuk memulakan perjalanan ke Pulau Perhentian.

“ Bot Laju Perhentiankravers”

Untuk makluman umum, bahawasanya bot laju Perhentiankravers adalah satu-satunya bot di Pulau Perhentian yang di cat dan dihias sebegini.Sudah pasti para pengunjung berasa begitu teruja sebaik sahaja melihat bot jerung ini datang menghampiri Jeti Kuala Besut untuk mengambil mereka dan membawa para pengunjung ke Pulau Perhentian. Dengan kekuatan enjin 250 kuasa kuda, para pengunjung akan meluncur laju membelah lautan dan akan tiba di Pulau Perhentian dalam tempoh masa 20 – 30 minit sahaja. 

Setibanya para pengunjung tiba di Pulau Perhentian, pengunjung akan dibantu oleh “crew” Perhentiankravers bagi proses check-in dan penyimpanan barang sementara menunggu waktu check-in di resort mahupun chalet mengikut kepada jenis pakej yang diambil.


Khusus kepada para pengunjung yang dari lapisan anak muda dan belia, pada hari pertama Perhentiankravers telah mengisi tentatif program dengan menuju ke salah sebuah destinasi popular di Pulau Perhentian iaitu mendaki ke kincir angin. Pendakian ini akan mengambil masa sekitar 40 minit untuk ke puncak dan 40 minit untuk menuruni bukit. Perhentiankravers juga menyediakan khidmat “guide” iaitu sebagai penunjuk arah dan juga bagi membantu sebarang kesulitan atau masalah sekiranya berlaku. Perhentiankravers begitu menitik beratkan keselamatan para pengunjung sewaktu melakukan sebarang aktiviti yang mana bagi pendakian ini Perhentiankravers menyediakan set “first aid kit” yang lengkap beserta dengan “walkie-talkie” bagi memudahkan komunikasi antara pengunjung dengan “guide” sekiranya berlaku sebarang kesulitan yang tidak diingini. Aktiviti ini menggunakan sedikit kekuatan fizikal dan mental namun, sebaik sahaja para pengunjung tiba di puncak, segala penat dan lelah pasti akan hilang begitu sahaja dek kerana pemandangan yang begitu indah serta kenikmatan dibuai angin bayu pada ketinggian 150 meter dari paras laut. Berikut adalah beberapa pemandangan dari lokasi kincir angin.




Selepas dari mengikuti pendakian ke kincir angin yang berakhir sekitar jam 4.00 petang, para pengunjung bebas untuk melakukan sebarang aktiviti lain seperti mandi pantai, berkayak dan lain-lain lagi.

Hari kedua berada di Pulau Perhentian adalah hari yang sangat dinanti-nantikan oleh kebanyakan para pengunjung yang datang bercuti bersama Perhentiankravers.Ini kerana hari kedua adalah hari para pengunjung akan di bawa untuk bersnorkeling di 5 tempat snorkelling di sekitar Pulau Perhentian Kecil dan Besar. Ya, sudah pasti nya para pengunjung berasa sangat teruja untuk bersnorkeling di salah satu lautan terbuka yang penuh misteri dengan keindahan alam yang mungkin tidak pernah mereka lihat atau saksikan sebelum ini. Aktiviti snorkelling ini bermula dari jam 10.30 pagi hingga ke pukul 5.00 petang yang mana Perhentiankravers juga telah menyediakan hidangan makan tengahari buat para pelanggan ketika berehat sebentar di Kampung Nelayan. 

Di dalam keterujaan untuk bermandi-manda di laut, Perhentiankravers begitu menitik beratkan soal keselamatan para pengunjung. Para pengunjung akan disediakan dan diberikan dengan kelengkapan snorkelling yang selengkapnya supaya keselamatan pengunjung terjamin disamping dapat menikmati keseronokan snorkelling pada tahap yang semaksima mungkin.

Pengunjung menggunakan kelengkapan snorkelling.

Disamping itu, Perhentiankravers juga menyediakan perkhidmatan “snorkelling guide” profesional yang akan memantau serta melayani para pengunjung sepanjang trip. “Snorkelling guide” yang bertugas juga merupakan “underwater photographer” yang mana mereka akan merakam kenangan-kenagan para pengunjung ketika snorkelling di Pulau Perhentian.

Antara tempat snorkelling yang bakal dikunjungi oleh para pengunjung adalah seperti berikut :

1. Turtle Beach atau Tiga Ruang
2. Turtle Point
3. Shark Point
4. Kg Nelayan (rehat/solat/makan tengahari)
5. Lighthouse
6. Romantic Beach

1.“Fish feeding” di Turtle Beach

2. Berenang secara dekat bersama penyu di “Turtle Point”

3. Aksi mendebarkan antara “snorkelling guide” berhadapan dengan jerung di Shark Point.

4. Kampung Nelayan di mana para pengunjung di bawa untuk berehat dan makan tengahari.

5. Lompatan dari ketinggian 10 meter di Lighthouse bagi pengunjung yang inginkan sesuatu yang ekstrim. Di sini juga merupakan salah satu tempat yang mempunyai “coral” yang tercantik di Pulau Perhentian.

6. Tempat snorkelling yang terakhir iaitu Romantic Beach di mana para pengunjung dapat berehat sambil bermandi-manda pada air di paras pinggang dengan keadaan laut yang tenang.



Di Romantic Beach ini juga terkenal dengan rumah kepada “Nemo” dan juga “Baby Stingray”.

Seusai sahaja dari aktiviti snorkelling, keseronokan serta pengalaman indah para pengunjung tidak terhenti di situ sahaja, malah para pengunjung juga boleh mengambil kesempatan untuk menikmati pemandangan matahari terbenam yang sungguh mendamaikan berlatar belakangkan langit dan lautan seluas saujana membiru kekuningan emas.

Pemandangan matahari terbenam di pantai Coral Bay.

Mengikut kepada pakej yang diambil oleh para pengunjung, Perhentiankravers juga ada menyediakan hidangan Barbeque sebagai juadah istimewa makan malam di Pulau Perhentian.

Barbeque yang dihidangkan terdiri dari pelabagai menu hidangan laut segar.

Setelah selesai makan malam, bagi para pengunjung yang masih merasakan masih awal untuk pulang tidur berehat dan inginkan suasana malam yang lebih meriah boleh lah berjalan ke Longbeach dimana terdapat pelbagai hiburan musik dan persembahan api yang di adakan di sana. Hal ini kerana Longbeach begitu terkenal sebagai satu-satu nya “Night Life & Beach Party” di Pulau Perhentian.

Suasana kemeriahan persembahan api di Longbeach.

Pada hari ke tiga pula kebiasaannya para pengunjung sudah bersiap sedia untuk meninggalkan Pulau Perhentian dan pulang menuju ke destinasi masing-masing. Pada pengunjung yang berhasrat untuk menambah hari percutian mereka dan ingin mencuba aktiviti-aktiviti lain yang ada seperti “scuba diving”, Perhentiankravers juga boleh mengaturkan mengikut kehendak pelanggan. Perhentiankravers menyediakan 3 kali dalam sehari bagi perjalanan bot penumpangdari Pulau Perhentian ke Jeti Kuala Besut. Waktu perjalanan bot penumpang adalah pada :

1. 8.00 pagi
2. 12.00 tengahari
3. 4.00 petang

Setibanya kembali di Jeti Kuala Besut, para pengunjung berkesempatan untuk membeli-belah barangan cenderamata yang dijual di sepanjang jeti. Bagi pengunjung yang pulang menaiki bas, Perhentiankravers menyediakan kawasan rehat atau “lounge” di ruang pejabat Perhentiankravers yang terletak berhampiran dengan jeti sementara menunggu ketibaan bas.


Secara keseluruhannya, Perhentiankravers menjanjikan sesuatu yang tidak dapat dilupakan oleh para pengunjung apabila bercuti di Pulau Perhentian iaitu pengalaman yang begitu menakjubkan. Rata-rata pengunjung memberikan maklum balas yang mengujakan seperti mereka tidak terbayang akan keindahan Pulau Perhentian menandingi mana-mana keindahan destinasi perlancongan di luar negara terutamanya negara kejiranan. Perhentiankravers menjanjikan “value for money” kepada para pengunjung yang disayangi.Musim bagi percutian di Pulau Perhentian bermula pada bulan Februari hingga Oktober dan selebihnya ditutup kerana angin monsoon yang melanda pulau setiap hujung tahun.Oleh kerana operasi di Pulau Perhentian adalah terhad, Perhentiankravers menasihatkan kepada bakal pengunjung untuk membuat tempahan seawal mungkin bagi mengelakkan dari kekecewaan akibat dari bilik penginapan penuh. Sebarang tempahan boleh lah hubungi :

019-9100986 (Pejabat Perhentiankravers)

Emelkan tempahan anda ke :

hai.perhentiankravers@gmail.com

Untuk maklumat lanjut dan berita terkini mengenai Perhentiankravers, sila ke laman facebook dan instagram :Perhentiankravers
Read more ...

Saturday, 29 April 2017

Roti Titab di Kopitiam Kita, Kota Bharu

Assalamualaikum w.b.t.. Kalau sebut Kopitiam Kita, mesti majoriti orang Kota Bharu kenal.. Tapi realitinya, bukan semua orang Kota Bharu atau dengan kata lain, Kelantan yang pergi.. Tapi kalau tanya orang luar dari Kelanta, rasanya mereka yang terlebih dahulu kot yang sama.. Macam Eraz sendiri, sejak kedai mereka wujud dan boleh dikategorikan popular, memang tak pernah sampai sehinggalah 19 Mac yang lepas, baru la Eraz dan isteri sampai.. Ketinggalan ke kami? Hehe.. 

First time sampai Kopitiam Kita aritu, memang tak bayangkan macamana keadaan kedai atau keadaan suasana hari tu..  19 Mac tu cuti sekolah, kami memang lupa dan akhirnya mungkin agak 'mencari nahas' pergi.. Niat utama hanya nak rasa Roti Titab yang meletop tu.. Disebabkan cuti sekolah, parking kereta pun penuh tapi alhamdulillah kebetulan ada kereta keluar.. Sampai kedai, full house.. Siap ada menunggu sambil berdiri.. Alang-alang dah sampai, dan anak-anak pun takde, kami tunggu la sekejap.. Ting! Rezeki kami, sekejap je tunggu, ada meja kosong..

Tempah Roti Titab dan boleh tahan menunggu sebab satu meja order borong agaknya.. Banyak-banyak.. So ambil la nasi bungkus dulu belasah.. Sampai masa roti kami sampai, kami telan je la.. Rasanya?? Errmmm.. Bagi Eraz, biasa je kot.. Tak tahu la orang lain.. Tapi disebabkan 'jenama'nya sangat popular, so ramailah mencari kan.. Kami order 3 je kalau tak silap.. Harga? Boleh tahan.. Hehe.. Paling penting bagi owner, kedainya full house.. Happy meniaga macam tu..



Adakah akan pergi untuk kali kedua? Kalau hanya Eraz dan isteri, mungkin tak la kot.. Tambah-tambah kalau masa cuti sekolah.. Tapi kalau ada kawan atau maybe family yang nak rasa, mungkin la boleh bawa mereka..
Read more ...

Wednesday, 26 April 2017

Gelagat Dua Beradik | Zara Adam

Assalamualaikum w.b.t.. Membesarkan dua beradik ni, memang berbeza.. Si kakak membesar dengan caranya.. Si adik pula membesar dengan cara dia.. Dengan gender berlainan tu memang patut la kan.. Zara membesar dengan cepat sikit matang berbeza sikit dengan adiknya, Adam.. Manja tu lebih sikit.. Mungkin juga Zara baru nak masuk 2 tahun, Adam dah lahir.. Tapi Adam, nak masuk 2 tahun ni, masih menjadi 'bongsu' lagi..


Adam sekarang ni menggelarkan diri dia 'adik'.. Tak tahu la kot-kot lepas ni dapat adik, kena la tukar panggilan.. Hehe.. Bab berkawan, memang berkawan, tapi kalau sampai masa mereka nak berganduh manja, memang pening kepala kami nak kawal.. Kadang-kadang adik yang mula dulu.. Kadang-kadang kakak  yang mula dulu.. Tapi kalau tak menangis salah seorang memang tak sah.. Time menangis dua-dua pun ada.. Hehe..

Ada ketika kami boleh tinggalkan mereka berdua tapi kadang-kadang kami memang tak boleh lekang di mata.. Sebabnya kalau mereka bad mood atau tengah berebut nak guna barang yang sama, peratusan mereka nak bergaduh tu sangat tinggi.. Bergaduh bukan dengan menggunakan barang yang bahaya.. Biasa adik tarik rambut kakak.. Ada ketika dengan gigitan.. Kakak 'serang' adik dengan tolak or cubit.. 

Kadang-kadang perkara tu jadi hiburan.. Ya la dalam tempoh nak membesar kan.. Tapi ikatan mereka kuat.. Bergaduh tu kadang-kadang la.. Tapi persahabatan tu kuat.. Kalau macam contoh gambar di atas, si kakak yang sukarela nak pegang tangan adik.. Jalan bawa ke kolam untuk main air.. Si adik ikut tapi tak lama lepas tu, adik yang heret kakak sebab adik jalan cepat.. 

#Semoga Zara dan Adam membesar dengan baik dan menjadi anak-anak soleh solehah.. Jaga Mama Papa dengan baik

Read more ...

Wednesday, 5 April 2017

Senarai Calon ABPBH 30 (2017)

Senarai Calon ABPBH 30 (2017) | Assalamualaikum w.b.t.. Nampaknya demam ABPBH muncul lagi.. Kali ini merupakan edisi ke 30.. Dan nampaknya ada satu perubahan besar yang berlaku untuk ABPBH 30.. Apa dia? Penganjur telah mengubah cara undian yang mana akan dilakukan secara online 100 peratus di laman web ABPBH iaitu www.abpbh.com.my mulai 5 April 2017 sehingga 30 April 2017.. Semuanya secara percuma.. Cuma korang kena ada internet je la.. Hehe.. Tiada lagi kena beli surat khabar macam dulu.. 

ABPBH 30 akan disiarkan secara langsung di TV3 pada Ahad, 14 Mei 2017.. Kategori yang akan dipertandingkan ialah Artis Baharu Lelaki Popular; Artis Baharu Wanita Popular; Artis Duo/Berkumpulan Popular; Penyanyi Lelaki Popular; Penyanyi Wanita Popular; Pelakon TV Lelaki Popular; Pelakon TV Wanita Popular; Pelakon Filem Lelaki Popular; dan Pelakon Filem Wanita Popular, Artis Komedi Popular, Penyampai Radio Popular, Pengacara TV Popular dan Artis Versatil Popular..

Setiap kategori ada 25 senarai artis yang tersenarai.. Untuk senarai berkenaan, korang kena ke www.abpbh.com.my.. Manakala ada 5 kategori online iaitu Gandingan Serasi Drama, Gandingan Serasi Filem, Personaliti Media Sosial, Artis Berpengaruh di Laman Sosial dan Artis Sensasi adalah menambah kemeriahan ABPBH 30..

Satu yang masih menjadi tanda tanya.. Kategori Bintang Paling Popular macam belum lagi diwar warkan.. Adakan kategori berkenaan dimansuhkan atau dihapuskan? Errrmmm.. Harapnya tak la.. Mungkin sidang media seterusnya, penganjur akan maklumkan.. 

Syarat dan peraturan mengundi:

Bagi setiap sesi pengundian, pembaca boleh mengundi sebanyak 20 kali.
Proses pengundian boleh diulangi selepas 30 minit untuk sesi seterusnya.
Undian akan ditutup pada 30 April 2017, jam 11:59 malam.


Khas untuk peminat Siti Nordiana :


Siti Nordiana telah dicalonkan untuk 4 kategori di bawah :

CALON KATEGORI UTAMA ABPBH 3.0

Kategori Pelakon TV Wanita Popular
Kategori Penyanyi Wanita Popular
Kategori Artis Kolaborasi / Duo / Berkumpulan Popular (Bersama Alif Satar)

CALON KATEGORI ONLINE ABPBH 3.0

Kategori Gandingan Serasi Drama (Dia Semanis Honey)
Read more ...