Wednesday 5 April 2017

Senarai Calon ABPBH 30 (2017)

Senarai Calon ABPBH 30 (2017) | Assalamualaikum w.b.t.. Nampaknya demam ABPBH muncul lagi.. Kali ini merupakan edisi ke 30.. Dan nampaknya ada satu perubahan besar yang berlaku untuk ABPBH 30.. Apa dia? Penganjur telah mengubah cara undian yang mana akan dilakukan secara online 100 peratus di laman web ABPBH iaitu www.abpbh.com.my mulai 5 April 2017 sehingga 30 April 2017.. Semuanya secara percuma.. Cuma korang kena ada internet je la.. Hehe.. Tiada lagi kena beli surat khabar macam dulu.. 

ABPBH 30 akan disiarkan secara langsung di TV3 pada Ahad, 14 Mei 2017.. Kategori yang akan dipertandingkan ialah Artis Baharu Lelaki Popular; Artis Baharu Wanita Popular; Artis Duo/Berkumpulan Popular; Penyanyi Lelaki Popular; Penyanyi Wanita Popular; Pelakon TV Lelaki Popular; Pelakon TV Wanita Popular; Pelakon Filem Lelaki Popular; dan Pelakon Filem Wanita Popular, Artis Komedi Popular, Penyampai Radio Popular, Pengacara TV Popular dan Artis Versatil Popular..

Setiap kategori ada 25 senarai artis yang tersenarai.. Untuk senarai berkenaan, korang kena ke www.abpbh.com.my.. Manakala ada 5 kategori online iaitu Gandingan Serasi Drama, Gandingan Serasi Filem, Personaliti Media Sosial, Artis Berpengaruh di Laman Sosial dan Artis Sensasi adalah menambah kemeriahan ABPBH 30..

Satu yang masih menjadi tanda tanya.. Kategori Bintang Paling Popular macam belum lagi diwar warkan.. Adakan kategori berkenaan dimansuhkan atau dihapuskan? Errrmmm.. Harapnya tak la.. Mungkin sidang media seterusnya, penganjur akan maklumkan.. 

Syarat dan peraturan mengundi:

Bagi setiap sesi pengundian, pembaca boleh mengundi sebanyak 20 kali.
Proses pengundian boleh diulangi selepas 30 minit untuk sesi seterusnya.
Undian akan ditutup pada 30 April 2017, jam 11:59 malam.


Khas untuk peminat Siti Nordiana :


Siti Nordiana telah dicalonkan untuk 4 kategori di bawah :

CALON KATEGORI UTAMA ABPBH 3.0

Kategori Pelakon TV Wanita Popular
Kategori Penyanyi Wanita Popular
Kategori Artis Kolaborasi / Duo / Berkumpulan Popular (Bersama Alif Satar)

CALON KATEGORI ONLINE ABPBH 3.0

Kategori Gandingan Serasi Drama (Dia Semanis Honey)

2 comments:

Penulis tidak bertanggungjawab atas apa-apa komen yang ditinggalkan oleh pembaca / pengunjung. Semua komen adalah di bawah tanggungjawab mereka. Sila gunakan bahasa yang sopan. Terima kasih.