Saturday, 9 January 2016

Bila Zara Faleesya Bergaya !

Assalamualaikum w.b.t.. Sekarang ni, tak tahu kenapa, bila nampak baju kurung je, dia mesti akan minta nak pakai baju kurung.. Suka sangat bergaya dengan baju kurung.. Semalam pun tidur dengan baju kurung.. Yang dalam gambar ni pula koleksi terbaru Zara.. Tok'Ma dia baru je siap jahitkan.. Dan esokknya terus dia minta nak pakai lepas mandi pagi.. Yang tak tahu tu, baju kurung zaman dia kecik dulu pun dia minta nak pakai.. Sampaikan kain tu dah nak sampai paras lutut.. Kalau kata cantik, mesti tersipu-sipu malu.. Haha anak papa..

"Kalau tadi melayan anak teruna, sekarang layan anak dara nak ber'photoshoot' dengan baju baru hasil jahitan Tok'Ma" - erazfadli

Kalau dulu, tak kisah la baju seluar yang papa or mama ambilkan.. Semua pakai.. Tapi sekarang dah pandai nak pilih sendiri.. Kalau dia suka baju tu, memang suka la repeat pakai.. Kalau papa yang pilih, satu baju tu boleh pakai dua seminggu kot kalau basuh.. Tapi Mama dia ingat baju mana yang sudah dipakai minggu tu atau belum.. Itulah beza nya Papa dan Mama..

#Pose di atas tu, Papa yang ajar.. Hehe..
Read more ...

Friday, 8 January 2016

Perlu Ke Fizo Omar Tegur Uzu (Kisah Emas Putih) Kritik Servis FizoMawar Kitchen?


Assalamualaikum w.b.t.. Rasanya ini isu paling hangat hari ini di media sosial sampailah ke mStar Online.. Kisahnya Fizo Omar telah menegur seorang penulis blog iaitu Uzu (Kisah Emas Putih) kerana dikatakan telah memberikan kritikan servis restorannya, FizoMawar Kitchen.. Sedia maklum yang Uzu merupakan blogger dan dia tidak dijemput pun ke FizoMawar Kitchen untuk makan pada masa itu.. Tetapi sebagai pelanggan, dia memilih untuk lunch di situ.. Seterusnya menulis apa yang dia alami di FizoMawar Kitchen kerana ada rasa kesal dengan servis.. Kalau korang baca balik entri Uzu, Review : Restoran Fizo Mawar Kitchen Mengecewakan ni, korang rasa Uzu ada niat jahat ke?

Mana-mana blogger ni menulis apa yang dirasakan perlu dan Eraz kenal Uzu ni.. Dia tahu akan etika-etika seorang blogger.. Tidak ada satu pun ayat yang dikatakan ada niat untuk menjatuhkan perniagaan FizoMawar Kitchen.. Itu hanyalah review biasa dan tak sangka yang entri berkenaan menjadi viral sampailah semalam Uzu menerima panggilan dari seorang wartawan untuk menemubual akan isu ini.. 

Sebagai seorang blogger, setiap apa yang mereka lakukan, ada di'lakar'kan di blog masing-masing.. Kalau di google, banyak mana restoran yang menerima tulisan seperti mana yang ditulis oleh Uzu? Rasanya tak de yang melenting cuma mereka akan hubungi semula penulis dan memberitahu akan membaiki servisnya agar menjadi lebih baik.. Mana ada restoran yang ok 100%.. Mesti punyalah ada yang tak ok.. Kalau yang tidak ok tu dikatakan hanya satu titik hitam, jadi pengusaha restoran perlulah lebih positif menjawab persoalan seperti akan cuba membuang titik hitam itu sepenuhnya!

Melayu jatuhkan melayu? Alahai.. Isu apa ni.. Rasanya ramai yang sudah mengimbas kembali apa yang berlaku pada malam Konsert Akhir Gegar Vaganza Musim Kedua baru ini.. Betul tak? Kalau korang ingat, apa yang berlaku masa tu? Siapa yang menghantar tweet yang agak tidak menyenangkan tu? Ada yang dituju itu melenting? Fikirkan sendiri ya.. Pada Uzu, dont worry.. DOngibab! Kipidap!

#Be Professional, customer is always right.
Read more ...

Tuesday, 5 January 2016

Bila Adam Fitri Dah Mula Menggigit


Caption Instagram : "Ini gmbr sbelum #AdamFitri gigit pipi papa dia! Adoi.. Sekarang dah tertidur.. Sng je dia tertidur.. Cool anak papa.. Mood : Cuti Ganti bersama anak2.. Kakak #ZaraFaleesya? Duk tgk #UpinIpin.." - Sumber  : Instagram erazfadli

Assalamualaikum w.b.t.. Inilah anak lelaki.. Kalau Kakak Zara dulu, rasanya tak de kena gigit kat lengan, kaki ke, pipi ke.. Tapi Adam Fitri ni, dengan berbekalkan satu gigi di bawah tu, dah mula gigit sana sini.. Tapi itulah perkara biasa.. Adam Fitri baru naik satu gigit dan orang tu kata tengah gatal gusi.. So mula la dia mencari sesuatu untuk digigit.. Kalau brestfeeding, ibu la jadi mangsa.. Papanya mula, semalam memang first time dia gigit pipi.. Mula-mula bagi anak gigi, tapi bila rasa sakit, stop la.. Haha..

Masa ni la anak-anak ini pernah Teether untuk biarkan dia gigit itu ini tapi kena make sure benda tu kena bersih la.. Tapi sekarang ni, memang dah banyak di jualan teether.. Pelbagai jenama ada.. Nak bagi yang Zara dulu, memang sah-sah dah tak de la.. So beli la satu dua bahan teether untuk Adam Fitri kali ni.. Jujurnya, tumbesaran anak lelaki dan anak perempuan ni memang berbeza.. Boleh nampak bezanya dari kecil.. Tak sabar nak tunggu Adam Fitri dah mula boleh duduk dan berjalan..
Read more ...

Saturday, 2 January 2016

ERAZ FADLI | Giveaway Tahun Baru 2016


Assalamualaikum w.b.t.. Sempena tahun baru 2016 ni, Eraz ada anjurkan satu giveaway di Instagram @erazfadli bermula 01 hingga 15 Januari 2016 ini.. Giveaway ini menawarkan De'Xandra Inspired Perfume untuk dua orang.. Senang je syaratnya.. Hadiah akan diposkan selepas pemenang diumumkan nanti.. So, jom ambil masa sekejap untuk terjah instagram Eraz dan join giveaway ini..

Giveaway Tahun Baru 2016 di Instagram https://www.instagram.com/erazfadli/ - Hanya perlu ‪#‎Repost‬, ‪#‎Follow‬ dan ‪#‎Tag‬ 2 Rakan Sahaja !

Caranya : 

1. Respost gambar ini (WAJIB)
2. Follow @erazfadli dan @zaraadam_online (WAJIB)
3. Tag 2 rakan yang lain (WAJIB)

Hadiah : De'Xandra Inspired Perfume untuk dua orang (akan diposkan)

Giveaway bermula 01 sehingga 15 Januari 2016 (Pukul 11:59 PM)

Good Luck!
Read more ...