Thursday, 11 June 2015

Our baby boy, Adam Fitri

Assalamualaikum w.b.t.. Mulanya ingat nak publish lepas-lepas ni gambar anak Adam Fitri ni.. Tapi permintaan kawan-kawan samada di Facebook dan Blog memang tak dapat nak hampakan selepas Eraz publish entri INI.. Jadi ini anak kedua kami a.k.a putera sulung kami, MUHAMMAD ADAM FITRI.. Semoga Adam menjadi anak yang baik dan soleh.. Insyaallah..

Lepas ni rasanya akan muncul entri-entri berkaitan dengan Adam sebab masa mula-mula lahir baru ni, cara penjagaan Adam dan Zara dulu, memang berbeza.. Al-maklum la berlainan jantina kan..

Read more ...

Wednesday, 10 June 2015

Kesian anak dara Papa..

Assalamualaikum w.b.t.. Hari ni hari ketiga #ZaraFaleesya ke nursery selepas cuti panjang lepas wife bersalin.. Kalau ikutkan hati, memang nak suruh dia duduk rumah je dengan Mama tapi kesian juga kat wife sebab tengah berpantang kan.. Nak lasak-lasak pun tak boleh.. Nak jaga baby kecik lagi kan.. So kami decide, Zara kena ke nursery..

Bukan apa, risau juga kalau lama-lama tak pergi, kang nanti sampai masa, tak nak pergi terus.. Lagi susah.. Hari Pertama ke nursery, nampak ok tapi lepas check dengan pengasuh, lepas Eraz hantar pagi tu, dia menangis jap.. Lepas tu muntah sebab kuat menangis kot.. Masa nak ambil petang tu pun menangis semasa kat pintu sebab budak-budak lain berebut nak keluar pintu.. Terhalang dia.. Hari kedua semalam, lebih baik.. Tak menangis.. So harapnya ok la hari ni kan..

Hari ketiga hari ni, di tangga rumah lagi menangis.. Adoi.. Zara Zara.. Terpaksa pujuk masuk kereta, manja-manja, letak atas riba, keluar je pagar rumah, dah tak nangis.. Sampai pula kat nursery, tak nangis tapi Zara bgtau tak nak ke nursery.. Tapi lepas dukung bawa masuk, dia nampak macam ok.. Harapnya dia ok sampai ke petang la hari ni.. 

Naluri seorang bapak gini la.. Kesian tengok anak tambah-tambah tengah menangis.. Yang tengah makan pun berhenti terus dan tak sambung-sambung dah.. Zara ni, kalau di rumah sendiri, memang dia berdikari.. Tapi kalau di rumah Tok Ma dia disamping ada mak saudara dia, memang dia terlebih manja.. Cool Zara cool.. Tunggu Papa pergi ambil petang ni..

Read more ...

Tuesday, 9 June 2015

Syawal & Fiqa Pelamin Fantasia

Syawal & Fiqa Pelamin Fantasia | Assalamualaikum w.b.t.. Entri ni terlambat sebenarnya.. Sebabnya kat TV dan annouce berapa hari dah pemenang, hari ni baru nak up kat blog kan.. Hehe.. Itu tak penting.. Bukan nak kejar trafik atau entri SEO.. Tapi hanya nak berkongsi apa yang diri ni rasa.. Eraz salah seorang yang tengok program Pelamin Fantasia ni.. Tapi bukan 100% tengok dan follow.. Tapi sempat rakam dan tengok bila ada masa..

Pertengahan program, dalam hati ni memang dah set kalau boleh, biarlah ada rezeki pasangan Syawal dan Fiqa ni menang.. Kenapa? Sebabnya mereka di antara pasangan yang Eraz tengok serasi.. Tambahan pulak gandingan tunangan ini antara seorang lelaki normal yang bekerja sebagai penternak dan dengan seorang wanita OKU pekak dan bisu.. Kalau tengok si Syawal ni, memang tahap kesabaran dia sangat tinggi.. 

Dalam banyak-banyak episod, episod yang paling menyentuh hati orang kata semasa episod semua peserta nak buat pre-wedding punya video.. Syawal dan Fiqa mendapat tempat ke dua masa tu.. Kalau Eraz yang jadi juri, memang pilih mereka jadi pemenang.. Tapi pasti juri ada kriteria mereka yang tersendiri kan..

Apa-apa pun, penamatnya, mereka selamat menjadi juara untuk program Pelamin Fantasia musim pertama.. Pasangan istimewa ini berjaya mengalahkan 9 pasangan yang lain dan dikatakan berjaya menitiskan air mata ramai yang menonton.. 


Read more ...

Tenggelam Timbul


Assalamualaikum w.b.t.. Errrrmmmmmm.. Nampaknya dalam 2, 3 bulan ni, memang entri blog erazfadlidotcom ni tenggelam timbul.. Idea-idea entri yang sepatutnya terhasil telah tenggelam dengan kesibukan blogger Eraz Fadli sebagai seorang staf makan gaji, pelajar dan keluarganya.. Dalam tenggelamnya 2, 3 bulan ni, memang banyak benda telah berlaku.. 

Antaranya persediaan mental dan fizikal untuk Semester 5 Program MBA, pemergiaan Kakak Sulung tersayang, pemergian nenek wife di Terengganu, kerja yang semakin hari semakin banyak, urusan ke penang sebab bawa wife urusan kerja, persediaan untuk menerima putera sulung dan lahirnya putera sulung kami, Adam Fitri..

Dalam pada berbincang dengan rakan seperjuangan blogger, memang dah ada niat nak aktif sebelum sebelum lahirnya Adam Fitri, tapi masih lagi tenggelam.. Nasib baik belum karam lagi ni.. Kalau tak, memang akan jadi macam Titanic la..

So! Insyaallah bermula minggu ini atau minggu depan selepas balik dari KL untuk urusan kerja, blog erazfadlidotcom ini akan kembali normal.. Mungkin tak seghairah dlu tapi slow slow akan kembali normal.. Insyaallah.. Kalau boleh nak mulakan minggu ini juga!! Chaiyok!

Read more ...

Thursday, 4 June 2015

Munculnya Adam yang ditunggu..


Assalamualaikum w.b.t.. Selepas menunggu hampir 38 minggu adik kepada Zara Faleesya membesar dalam perut wife, akhirnya tanggal 28 Mei 2015 jam 10.24 malam, lahir seorang putera secara normal.. Alhamdulillah.. Sangat syukur kerana semuanya baik, lancar, ibu dan anak sihat serta keesokkan hari nya, mereka dah dapat keluar wad..

Memang tak sangka wife akan bersalin seawal itu.. Walaupun semua barang baby dan ibu dan pack siap-siap, tapi banyaknya benda tu masih berada di rumah dan belum di transferkan ke rumah mertua.. Sebab sepanjang berpantang 40 hari, kami akan stay di rumah mertua.. So mula la angkut mengangkut satu per satu selepas itu..

Apa-apa pun alhamdulillah Allah kurniakan zuriat lelaki kali ini yang mana telah membuatkan family kami lengkap dengan anak sepasang.. Sentiasa kami doakan semoga zuriat ini akan sentiasa berada dalam keadaan sihat walafiat, membesar dengan baik dan dapat berbakti kepada ibu bapa..
Read more ...