Assalamualaikum w.b.t.. Alhamdulillah, bertempat di Jefferson di KB Mall, Kota Bharu, Kelantan, Eraz berjaya menyempurnakan satu job review fesyen pakaian dan aksesori terkini yang ada di satu-satunya butik Jefferson yang di Kota Bharu Kelantan.. Alhamdulillah, dengan bantuan staf di sana, semuanya berjalan dengan lancar..
Secara umumnya, Jefferson sebenarnya telah memulakan perniagaan mereka sejak 20 tahun yang lalu, akan tetapi bermula tahun 2006, mereka telah bertukar konsep perniagaan lebih kepada konsep urban.. Eraz sendiri sememangnya seorang pengguna jenama Jefferson dari dulu lagi.. Sebab itulah selepas mendapat tawaran daripada pihak Jefferson, Eraz sangat gembira..
Kalau sesiapa yang biasa ke butik Jefferson di serata Malaysia, mereka sudah dapat mengenalpasti akan identiti yang dipaparkan oleh Jefferson.. Dan semestinya, jika korang masuk ke butik berkenaan, ianya jarang akan pulang dengan tangan kosong.. Bermula dari saiz M sehingga yang lebih besar, semuanya dijual dengan harga berpatutan dan pelbagai pilihan..
Pelbagai pilihan koleksi pakaian yang ada di Jefferson.. Antaranya untuk kasual, sport mahupun formal.. Bagi yang biasa berfesyen, korang boleh gabungkan pakaian berkenaan menjadi jenis fashion yang korang suka.. Terpulang.. Insyaallah tidak mengecewakan.. Kalau ragu-ragu, bawa la pembantu untuk membentuk imej korang..
Ok.. Hari ni Eraz nak kongsi hasil makeover fashion ke atas diri Eraz yang dilakukan di Jefferson, KB Mall Kota Bharu, Kelantan.. Alhamdulillah, dengan bantuan isteri tersayang dan adik, inilah hasil-hasil gambar yang boleh Eraz kongsikan dengan korang..
SPORT
Untuk sport, terdapat dapat pilihan baju t-shirt berlengan panjang atau pendek, aksesori topi dan cermin mata, kasut pelbagai warna serta jenis seluar untuk sport yang bersesuaian dan selesa.. Dan ini pula pilihan Eraz.. Mungkin agak ringkas, tetapi jika kita bermain dengan warna, ianya akan menjadi menarik..
KASUAL
Untuk kasual pula, korang boleh memilih pelbagai jenis dan corak baju dan seluar yang ada serta dipadankan dengan kasut dan aksesori lain.. Mainlah la dengan corak baju dan warna gabungan untuk menonjolkan imej sebenar korang.. Tapi ini pilihan Eraz..
FORMAL
Bagi tema formal, baju kemeja dan seluar yang kemas disertakan dengan tie dan kot yang boleh menampakkan kekacakan seseorang itu terserlah.. Ianya sagat sesuai untuk ke pejabat mahupun acara formal yang lain.. Dan ini pilihan Eraz..
Alhamdulillah, dengan persalinan Jefferson di badan Eraz, Eraz tampil dengan lebih yakin dan bergaya.. Untuk maklumat lanjut dan ingin mengetahui tentang fesyen terbaru Jefferson yang pelbagai, korang boleh di website dan laman sosial berikut :
Read more ...