Sunday, 20 April 2014

Keranamu Pizza ..


Assalamualaikum w.b.t.. Bukan Eraz yang makan pizza.. Tapi dalam Fear Factor tadi.. Pizza Fear Factor yang bertoppingkan antaranya otak kambing, usus kambing, zakar kambing atau cheese busuk.. Kerana pizza bertoppingkan benda-benda terpilih tu, pasangan Bambang dan Faizal tersingkir.. Mereka di antara pasangan pilihan untuk ke final kerana pernah memenangi 3 kali RM 10,000.00

Dalam program macam ni, memang tak boleh dijangka.. Yang selalu berada di atas, tak semestinya akan sentiasa berada di atas.. Nampaknya Fear Factor dah semakin hampir ke final..

Read more ...

Bukan Kerana Aku Tak Cinta Episode 58 | 59 | 60 Episod Akhir

Bukan Kerana Aku Tak Cinta Episode 58 | 59 | 60 Episod Akhir

Bukan Kerana Aku Tak Cinta Episode 58 | 59 | 60 Episod Akhir - Assalamualaikum w.b.t..  Minggu ni telah masuk ke minggu terkahir untuk drama Bukan Kerana Aku Tak Cinta ni.. Untuk Bukan Kerana Aku Tak Cinta Episode 58, 59 dan 60, kali ni jalan cerita sememangnya fokus kepada kisah Jebat dan Mastura ..

Bukan Kerana Aku Tak Cinta Episode 58, 59 dan 60 atau lebih best bila di sebut episod Akhir ni rasanya ramai yang dah tahu dan tengok promo di Astro Mustika HD kan.. Korang rasa Jebat kena tembak ke? Siapa yang tembak? Jebat meninggalkan dunia ke? Haha.. Banyak betul pertanyaan tu..

Sebenarnya semua tu sudah direalisasikan dalam iklan di TV.. Digambarkan Jebat terbaring dalam keadaan sakit seperti di tembak.. Selain itu, ditunjukkan juga adegan Mastura dan kakaknya Hana di kubur.. Semua tu sebenarnya sudah menjawab persoalan di atas..

Selanjutnya? Banyak lagi kot kena cerita.. So boleh tengok drama Bukan Kerana Aku Tak Cinta Episode 58, 59 dan 60 atau Episod Akhir nanti.. Wassalam..

Read more ...

Apa nama benda ni? Biskut ke kuih?



Assalamualaikum w.b.t.. Siapa tahu apa nama kuih atau biskut ni? Sedap wei.. Tapi sayang, tak boleh makan banyak-banyak.. Sebab Eraz jenis yang 'bergaduh' dengan kacang dan adik beradik kacang.. Huhi Huhi.. 

Read more ...

Mengharapkan pengakhiran yang baik ..


Assalamualaikum w.b.t.. Hebat tak tajuk entri? Hehe.. Semua tu berkaitan dengan pengajian semester kedua program MBA Eraz di Open University Malaysia.. Serius, semester kedua ni semester paling tough sekali bagi Eraz.. Apa-apa pun, tunggu result nanti macamana.. 

So pagi ni, akan berperang lagi dengan nombor.. Kalau baru ni dengan Managerial Finance.. Hari ni dengan Accounting for Business Decision Making.. So! Good Luck untuk diri sendiri.. Peace no war..

Read more ...

Study Study.. Jangan Stado !


Assalamualaikum w.b.t.. Alhamdulillah.. Selesai siapkan Marketing Plan.. Esok boleh submit.. Lepas tu terus kena habiskan study untuk final exam esok.. Salah satu subjek best juga iaitu  BMAC 5203 - Accounting for Business Decision Making.. Kira adik beradik subjek Finance la.. Kalau la Eraz tidur dulu sekarang, risau tak bangun je.. Sedar-sedar dah subuh.. Rugi la masa.. So tahan dulu..

Study Study.. Jangan Stado? Stado tu tak de dalam kamus dewan.. Stado tu saje reka perkataan study plus tdo.. Jadilah stado.. Hehe.. 

Read more ...