Showing posts with label Nubhan. Show all posts
Showing posts with label Nubhan. Show all posts

Monday, 6 October 2014

Gambar Majlis Pertunangan Nubhan AF6

Gambar Majlis Pertunangan Nubhan AF6 | Assalamualaikum w.b.t.. Tiada angin tiada ribut, terbaca di Facebook yang Nubhan selamat melangsungkan majlis pertunangannya dengan seorang gadis bertudung yang bernama Afifah.. Kalau peminat Nubhan nak tengok gambar pertunangannya, ini Eraz ada uploadkan bersumberkan SINI.. Tahniah kepada Nubhan dan pasangan.. Semoga cepat-cepat naik pelamin.. Darah tengah manis tu..

Kalau nak throwback, Eraz pernah berkunjung ke rumah Nubhan di Juaseh bersama kawan-kawan semasa ada majlis hari raya dulu.. Lama dah.. Sebelum tu, ada la beberapa kali berjumpa dengan Nubhan dan pernah sekali di Kelantan.. Kalau dulu yes, bila tengok muka Eraz, dia kenal dan boleh panggil.. Sekarang ni tak sure sebab dah lama giler tak jumpa.. But sekarang, memang dah lama tak jumpa.. Sekali lagi, tahniah bro.. 

Gambar Majlis Pertunangan Nubhan AF6



Gambar Majlis Pertunangan Nubhan AF6



Gambar Majlis Pertunangan Nubhan AF6

Gambar Majlis Pertunangan Nubhan AF6

Read more ...

Monday, 3 March 2014

Mini Showcase | Yours Truly, Nubhan


Mini Showcase | Yours Truly, Nubhan - Assalamualaikum w.b.t.. Ada peminat Nubhan di sini? Ataupun kawan-kawan yang peminat Nubhan.. Ataupun ahli family yang minat Nubhan? Ini ada satu showcase khas yang akan diadakan oleh Nubhan iaitu Mini Showcase | Yours Truly, Nubhan.. Rasanya rugi kalau peminat Nubhan terlepas peluang ni.. 

Mini Showcase | Yours Truly, Nubhan akan diadakan pada 12 April 2014 jam 03:00 Petang di Mini Auditorium Hall, Malaysia Tourism Centre (MATiC), Jalan Ampang.. Harga tiket boleh tengok dalam iklan di atas.. Sebarang pertanyaan atau tempahan, boleh hubungi Cik Harney atau Cik Kikey.. No. tel ada dalam iklan di atas juga.. Ataupun boleh email kan ke nubhanfc@gmail.com..

Jangan lepaskan peluang.. 

Read more ...

Saturday, 7 July 2012

(VIDEO) Teaser 'Picisan' - Single Terbaru Nubhan

(VIDEO) Teaser 'Picisan' - Single Terbaru Nubhan

Niat sebenar duduk depan TV ni nak tengok #Masterchef.. Sekali malam ni tak de.. Esok baru ada.. Haha.. Rasanya hari ni tak de sebab minggu ni minggu akhir.. So tunggu esok.. So, layan la Karoot Komedia episod Tangkai Jering! Episod ni ada Anzalna sebagai artis undangan..

Sementara tu, korang layan VIDEO di bawah ni dulu..

Kalau korang ingat, E'raz pernah buat entri bertajuk, Picisan - Single Terbaru Nubhan Terbitan Syarikat Sendiri, Nubhan Record & Production.. So sekarang KHAS untuk peminat Nubhan, pihaknya telah mengeluarkan VIDEO Teaser untuk lagu berkenaan.. VIDEO KLIP lagu berkenaan masih belum dipublishkan kepada UMUM..


---------------------------------
Kalau korang rasa nak tahu info, boleh la klik entri di bawah ni :
Read more ...

Sunday, 13 May 2012

Nubhan : Belum Lagi 'Tenggelam' (Pancaindera 13 Mei 2012)

Nubhan : Belum Lagi 'Tenggelam' (Pancaindera 13 Mei 2012).. Akan muncul dengan 'Picisan'..

"Selagi kita ikhlas dan memberikan yang terbaik buat peminat, selagi itu kita mampu bertahan. Terpulang kepada sendiri untuk meletakkan taraf kita di mana"


"Nampaknya semuanya dalam semuanya dalam proses yang cukup memberangsangkan. Macam sekarang ni pun saya tengah sibuk dengan pengambaran muzik video lagu terbaru yang berjudul Picisan," kata Nubhan lagi.. Picisan lagu ciptaan Taja Meet Uncle Hussain dan AD Samad..


Untuk lebih detail, korang boleh beli Mingguan Malaysia hari ni..

--------------------------------------------
Kalau korang rasa nak tahu info, boleh la klik entri di bawah ni :
1. Sony Internet TV
Entri menarik yang perlu korang terjah :

Read more ...

Saturday, 12 May 2012

Nubhan AF6 Sudah Bertunang?

Tajuk Yang Tidak Tepat..! Dengarkan Nubhan Menafi Sudah Bertunang..

Artis, memang tak boleh nak lari daripada gosip! Nubhan bertunang? Jom kita dengar penjelasan penafian Nubhan.. Khas untuk peminat Nubhan.. Nubhan dah ubah style rambut rupanya.. Tunggu single terbaru Nubhan iaitu Picisan!



--------------------------------------------
Kalau korang rasa nak tahu info, boleh la klik entri di bawah ni :
1. Sony Internet TV
Entri menarik yang perlu korang terjah :

Read more ...

Tuesday, 8 May 2012

Picisan - Single Terbaru Nubhan Terbitan Syarikat Sendiri, Nubhan Record & Production

Picisan (Ciptaan Lagu : Taja MUH, Lirik : Ad Samad) - Single Terbaru Nubhan Terbitan Syarikat Sendiri, Nubhan Record & Production. Bakal Muncul dalam filem Lagenda Budak Setan 3?

Single terakhir Nubhan ialah Mata Hati.. Mesti korang pernah dengar kan lagu tu.. Lagu tu nyaris-nyaris berjaya masuk ke Final AJL tahun ni tetapi tersangkut Top 5 di Separuh Akhir Minggu Pertama.. Tapi sekarang, Nubhan akan muncul dengan single terbaru Ciptaan Taja MUH, Ad Samad iaitu Picisan.. Harap-harap lagu ni akan menaikkan kembali nama Nub.. Akan menghasilkan Video Klip dalam terdekat dan harap-harap video klip tu dapat membantu popularkan lagu tu..

Nampaknya Nubhan sekarang aktif bergerak dengan syarikatnya sendiri iaitu Nubhan Record & Production yang aktif 2 tahun yang lepas.. Tahniah Nub.. Tiba-tiba rindu nak jumpa Nubies!


Ini keratan artikel terbaru Nubhan di dalam Harian Metro.. Siapa-siapa yang mampu baca artikel ni (sebab panjang), boleh baca.. Peace..

--------------------------------

AGAK lama mendiamkan diri bukan bererti Ahmad Nubhan Ahamad merajuk daripada industri, tetapi sebaliknya sibuk membuat persediaan untuk muncul dengan single terbaru berjudul Picisan terbitan syarikatnya sendiri, Nubhan Record & Production, yang ditubuhkan hampir tiga tahun lalu.

Menurut Nubhan, walaupun dia hanya menghasilkan satu lagu, kerana sifat cerewet dan berhati-hatinya, menyebabkan lagu itu lama untuk disiapkan. Picisan ciptaan Taja (Meet Uncle Hussain) dan lirik hasil nukilan Ad Samad. 

“Saya akan menghasilkan klip video dalam masa terdekat dan berharap lagu itu melenyapkan keresahan peminat yang menunggu kemunculan lagu baru saya. Sebelum memilih lagu Picisan, saya dapat 30 pita demo lagu baru. Untuk memilih satu daripadanya saja mengambil masa agak lama kerana saya mesti berhati-hati kerana ia bukan saja membabitkan apa yang saya suka tetapi juga melodi yang memenuhi selera peminat. 

“Walaupun segala keputusan saya buat tetapi tak boleh syok sendiri. Picisan diibaratkan anak sulung saya, oleh itu saya mahu segala yang terbaik dan sempurna untuk menyambut ‘kelahirannya’.

“Kalau boleh saya mahu meminimumkan segala risiko. Sebelum ini saya bernaung di bawah label lain yang sudah siap segalanya tetapi sekarang saya terpaksa bergerak sendiri di mana saya perlu belajar dan bermula daripada bawah semula.

“Saya sangat berharap projek pertama ini berjaya dan kepada peminat di luar sana, saya amat memerlukan sokongan anda. Picisan akan mula dilancarkan pada bulan ini juga. Penceritaan dalam lagu ini mengisahkan harapan dua insan yang bercinta agar percintaan diharungi mereka akan berkekalan selamanya,” katanya. 

Tambah Nubhan, ketika dalam proses pemilihan lagu dia menitikberatkan melodi dan lirik. Dia tertarik dengan lagu Picisan kerana ia menyelitkan pengajaran kepada pendengar. 

Sebelum ini Nubhan pernah popular dengan lagu Oh Juwita, Patah Hati, Seadanya Aku dan Ada Untukmu. Semua lagu itu dimuatkan dalam album penuhnya yang berjudul Langkah Nubhan. 

“Lagu bukan hanya untuk hiburan semata-mata tetapi perlu disuntik elemen nasihat dan panduan kepada pendengar. Saya mahu lagu saya orang suka kerana mereka yang akan menentukan kedudukan saya dalam industri. 

“Dengan adanya syarikat rekod dan pengurusan sendiri, saya boleh menentukan hala tuju. Sebelum ini saya terpaksa ikut apa yang sudah ditentukan untuk saya. 
Perkara yang sudah lepas tidak perlulah diungkit lagi, pun begitu saya akan menjadikannya sebagai ukuran untuk saya meneruskan langkah seterusnya. 

“Kini saya bebas berkarya dan saya dapat buat seperti apa yang dimahukan. Sebenarnya Nubhan Record sudah ditubuhkan lebih dua tahun lalu tetapi ia tidak begitu aktif. Penubuhan syarikat itu sebagai persediaan sekiranya terjadi apa-apa dan selepas syarikat rakaman yang saya naungi ditutup, terus saya aktifkan Nubhan Record. 

“Saya selalu buat pelan A dan pelan B kerana untuk berjaya kita tidak boleh bergantung kepada orang lain,” katanya. 

Meluahkan rasa yang terpendam, ujar Nubhan ketika dia baru keluar dari AF6, dia tidak tahu langsung mengenai industri hiburan dan apa yang dilakukannya menurut saja apa yang dirancangkan untuknya. Dengan perjalanan masa, dia belajar sedikit demi sedikit. 

Sebagai anak seni, dia juga mencabar dirinya untuk mencuba dalam bidang lakonan dan pengacaraan. Bersama RTM, dia pernah mengendalikan rancangan In Trend selama tiga musim dan dia juga berlakon dalam filem Lagenda Budak Setan 1 dan 3. 

Bercerita lanjut mengenai perancangan seterusnya, jelas Nubhan dia akan menghasilkan lagu satu persatu dan barulah akan dikumpulkan semua lagu itu di dalam satu album. 

“Dengan cara itu semua lagu saya sudah mesra di telinga pendengar dan album kompilasi itu nanti boleh dijadikan koleksi,” katanya. 

Nubhan ditemui di gerai radio internet, Goal.FM pada Pameran Industri Sukan Malaysia 2012 anjuran Majlis Belia Malaysia yang diadakan di Pusat Dagangan Dunia Putra, minggu lalu. 

Goal.FM bersiaran secara langsung dari sana. Artis lain hadir sama termasuk Iqwal, Azam Pitt, Wesley Duby, Azmeer Arif, Norish Karman, Rem, Chanel Shanty dan Sam Rawk School. 

Ketua Pegawai Eksekutif Goal.FM, Datuk Shafiq Rizal Shaaban, turut muncul di gerai Goal.FM dan mereka juga menerima kunjungan Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaacob yang datang melancarkan pameran itu.


--------------------------------------------
Kalau korang rasa nak tahu info, boleh la klik entri di bawah ni :


Entri menarik yang perlu korang terjah :

Read more ...

Wednesday, 25 April 2012

Anak Kampung Versi Nubhan

Anak Kampung Versi Nubhan

Dah lame tak buat entri tentang penyanyi sorang ni.. Gambar terbaru nampaknya Nubhan ber rambut baru.. Tapi gambar di bawah ni, gambar lama.. Maybe leh jadikan next entri..



Jika sebelum ini aku pernah buat entri tentang lagu Anak Kampung - JIMMY PALIKAT feat. ONE NATION EMCEE, tapi lepas terbaca entri Miss Z tentang Nubhan pernah nyanyi lagu Anak Kampung (entri Miss Z), teringin nak publish sekali lagi tentang lagu ini..

Lagu ini dah berjaya masuk ke radio-radio popular dan berjaya berduet dengan One Nation Emcee.. So, tak mustahil untuk popular..

Jom layan versi Nubhan..

--------------------------------------------
Kalau korang rasa nak tahu info, boleh la klik entri di bawah ni :

Entri menarik yang perlu korang terjah :

Read more ...

Tuesday, 13 March 2012

Di Sini Aku Berdiri Menunggu Penuh Dengan Kesabaran..

" Di sini aku berdiri menunggu penuh dengan kesabaran.. ".. Ayat bagi orang yang setia bercinta.. So anak-anak muda sekarang (aku ni dah tua..), bercinta la untuk membina masa depan bersama.. Jangan buang masa untuk main-main.. Kalau rasa belum ready, jangan bercinta lagi.. Hehe.. 

Aku amek ayat kat atas tu dari lirik lagu Ada Untukmu - Nubhan.. Layan lirik dan klip video kat bawah..

Lagu 'Ada Untukmu' banyak menaikkan nama Nubhan sebagai penyanyi.. Antara kejayaan dia semasa lagu ni tengah top ialah dapat Tempat Ketiga Akademi Fantasia Musim 6, masuk Semi final Muzik Muzik, tercalon untuk Top 5 Anugerah Bintang Popular Berita Harian 2008/ ABPBH - Artis Lelaki Baru Popular dan Penyanyi Lelaki Popular serta Top 5 Anugerah Planet Muzik(APM 2009) - Persembahan Vokal Terbaik Dalam Lagu (Artis Baru Lelaki)..


Video Muzik RASMI

'Live' Masa Konsert Akhir AF6

Lirik

Di sana pungguk menanti
Mengharap bulan membalas rindu di hati
Di sini aku berdiri
Menunggu penuh dengan kesabaran

Tanpa manis madah
Janji yang puitis
Tuk persembahan
Hanya ketulusan
Sekeping hati suci

Aku
Berikan kasih
Kalau itu yang kau mahu dari ku
Aku
Berikan cinta
Untuk membahagiakan harimu
Aku
Sayang dirimu
Biarpun nafas ku sampai terhenti

Akanku kota janji kita
Mendirikan Taj Mahal cinta
Seteguh kasih
Shah Jehan kepada Mumtaznya

Terasa indah pabila berdua
Semakin tiba saat bahagia
Merai cinta kita

Aku
Berikan kasih
Kalau itu yang kau mahu dari ku
Aku
Berikan cinta
Untuk membahagiakan hari mu
Aku
Sayang padamu
Biarpun nafas ku sampai terhenti

Akanku kota janji kita
Mendirikan tajmahal cinta
Seteguh kasih
Shah Jahan kepada Mumtaznya
Read more ...

Sunday, 11 December 2011

An Evening With Nubhan on 18th DECEMBER 2011 (SUNDAY)

Promo


EVENT : AN EVENING WITH NUBHAN
DATE : 18th DECEMBER 2011 (SUNDAY)
TIME : 2 PM
VENUE : Saloma Bistro, Jalan Ampang KL

SEATS : RM150 - Platinum RM100 - Gold RM80 - Silver RM70 - Bronze

CONTACT : Harney 012 634 1952 | Kikey 012 244 4290

© 2011 Copyright by BME Entertainment™
Read more ...

Friday, 2 December 2011

Ini tidak adil tidak adil baginya.. ;)

hehe.. cool je tajuk.. skali lg percubaan nubhan dgn mata hati tewas.. sebelum ini kurang berjaya dengan lagu ade untukmu, seadanya aku n oh juwita.. next year cube lg.. one more time! ini tidak adil tidak adil baginya.. hehe.. juz kidding.. aku dh tertarik dgn lirik lagu penakut tu.. sbnr nyer ms 1st time dgr lagu penakut kt radio, lirik itu la yg aku jelas dgr.. ;)

Yuna - Penakut

(nota :  lagu yg bru tercatat dlm sejarah anugerah industri muzik sb di tarik balik anugerah lagu terbaik kerana berlaku kesilapan)



Lirik Penakut :

Tak semua kau rancang akan berlaku
Mungkin nasib tak menyebelahi aku
Entah mengapa engkau yang aku cinta
Mungkin lebih baik kau ku lepas saja

Ini tidak adil tidak adil baginya
Ini tidak adil tidak adil bagiku
Ini tidak adil
Untuk engkau bertanya jika ku mencintaimu juga
Tidak adil tidak adil baginya

Kau tak pernah cuba memahami aku
Cinta kau ucap tak pernah engkau tunjuk
Dan bila tiba saat ku kehilangan
Beban yang tak pernah cuba kau ringankan

Kau bukan milikku
Dan aku memang penakut
Mengakui cinta kepadamu
Seribu kali ku cuba ucapkan
Bila bersamamu
Kau bukan milikku
Dan engkau pun tahu
Kau bukan milikku
Read more ...

Thursday, 1 December 2011

"Jangan Salahkan Nubhan" - Taja MUH [Lastest From gua.com.my]



Apabila lagu ‘Pokok’ tidak tersenarai sebagai calon Top 5 pada pusingan kedua Muzik-Muzik Separuh Akhir minggu lalu, ramai yang mempertikaikannya. Rata-rata peminat Meet Uncle Hussain  (MUH) kecewa kerana lagu ini ditumpaskan oleh lagu ‘Cinta Muka Buku’ yang dianggap tidak layak mara ke Anugerah Juara Lagu ke 26 (AJL  26). Walaupun ramai yang tahu keputusan itu dibuat oleh barisan juri profesional, tetapi mereka masih tidak puas hati.

Selain itu, ada juga sebilangan peminat yang berpendapat kegagalan ‘Pokok’ berpunca daripada Nubhan. Mereka berpendapat Nubhan tidak boleh menyanyikan lagu itu dengan baik seperti yang dilakukan oleh penyanyi asalnya, Hazama.

Pendapat ini bagaimanapun disangkal oleh komposer lagu ini, Taja. Jelas Taja, Nubhan tidak boleh dipersalahkan kerana dia sudah melakukan yang terbaik.

“Saya rasa tidak wajar hendak menyalahkan Nubhan dalam hal ini. Lagipun AJL adalah mempertandingkan lagu bukan penyanyi. Jadi, tidak menjadi isu kalau lagu ini dinyanyikan oleh penyanyi lain. Memang Nubhan tidak boleh menyanyi sama seperti Hazama, tetapi Nubhan telah melakukan yang terbaik. Saya harap peminat di luar sana tidak terus menyalahkan Nubhan.  Saya bagi pihak MUH dan Nubhan ingin mohon maaf sekiranya persembahan kami pada malam itu tidak memuaskan hati,” ujar Taja yang ditemui di Malam Mesra MACP kelmarin.

Dalam masa yang sama, Taja juga memberitahu yang Nubhan sendiri berasa sangat bersalah apabila ‘Pokok’ tidak tersenarai.

“Selepas acara berakhir minggu lalu, Nubhan beberapa kali meminta maaf kepada kami kerana merasakan dirinya adalah punca kegagalan MUH. Tapi, kami sudah jelaskan kepada Nubhan yang kami tidak beranggapan sebegitu. Sebaliknya, kami anggap tidak ada rezeki,” ujar Taja lagi.

Ditanya sama ada dia berpuas hati dengan keputusan juri pada malam itu, Taja tanpa berdolak-dalik mengakui dia tidak mahu memperbesarkan perkara itu. Baginya, kalau MUH ada rezeki, mereka pasti akan ke AJL.  Jika tidak, dia dan kawan-kawan yang lain pun tidak kisah.

“Saya tidak mahu terlalu berharap mendapat anugerah kerana dalam berkarya ini kita harus ikhlas. Kalau asyik mengejar anugerah, nampak macam tidak ikhlas pula. Saya buat lagu kerana saya memang minat dengan muzik, bukan bertujuan mencari anugerah. Seandainya ‘Pokok’ tidak berjaya, saya menerima keputusan itu dengan seadanya. Mungkin lagu itu gagal memenuhi kriteria yang diperlukan oleh barisan juri.

Secara peribadi dan sebagai penulis lagu, saya melihat ada di antara lagu-lagu Top 5 itu tidak patut tersenarai. Tetapi, saya tidak mahu sebutkan judulnya. Lagu-lagu yang terpilih pada malam itu agak pelik sedikit kerana ada di antaranya tidak mempunyai elemen baru. Walau apa pun, saya hormati keputusan juri. Mungkin mereka lebih jelas tentang arah tuju AJL,” ulas Taja berterus-terang.

Jumaat ini, pihak produksi AJL 26 akan mengumumkan 12 lagu yang layak bertanding ke acara hiburan yang paling dinanti-nanti itu.  Adakah ‘Pokok’ berjaya menempatkan diri? Sama-sama kita nantikan keputusannya.


Resource
Resource : 
Read more ...

Monday, 21 November 2011

Mata Hati (Nubhan)

Lagu 'Mata Hati' track kedua dalam album pertama Nubhan, 'Langkah ... Nubhan'.. Album ni dilancarkan pada 1 Disember, 2010. Video kat bawah tu lagu 'Mata Hati' yang dia perform masa Separuh Akhir Muzik2 baru ni. Nubhan dah buat percubaan sebanyak 4 kali dalam separuh akhir.. (1) Ada Untukmu, (2) Seadaanya Aku, (3) Oh Juwita dan (4) Mata Hati.. Sehingga kini, belum berjaya lepas ke AJL.. 

Extra Info untuk lagu Mata Hati.. Lagu ni didengarkan pada umum sebelum album dia dilancarkan lagi sebab lagu ni salah satu lagu yang dipilih untuk dimuatkan dalam dokumentari khas di Astro selepas Arwah Yasmin Ahmad..





Lirik

Telah ku kata cinta ini selamanya
Telah ku janji selalu di sisi
Walau apa terjadi tak ku mungkiri

Begini dekat begitu jauhnya
Dalam jangkauan namun tak tersentuh
Ku hanya ruang kosong
Oh di matamu yang makin suram
Pudar cahaya meremuk jantung ini

Pandanglah aku dengan mata hati
Ku rayu padamu peganglah ku biar ku rasa bernyawa
Ku ingin rasa ku masih bermakna

Telah ku hafal tiap garis di wajahmu
Telah ku kenal bahasa tubuhmu
Bertambah sukar lagi membiarkan kau resah begini
Kerana aku yang pernah kau kasihi

Pandanglah aku dengan mata hati
Ku rayu padamu peganglah ku biar ku rasa bernyawa
Ku ingin rasa ku masih bermakna

Perpisahan paling menyiksa
Ketika bahagia sedang di puncak tertinggi dalam kehidupan
Namun siapalah aku untuk merubah suratan
Bila masanya tiba

Pandanglah aku
Ku ingin rasa ku masih bermakna

Pandanglah aku dengan mata hati
Ku rayu padamu peganglah aku biar ku rasa bernyawa
Ku ingin rasa ku masih bermakna

Ku ingin rasa ku terus bernyawa
Telah ku kata cinta ini selamanya
Read more ...