Showing posts with label Bahasa Melayu. Show all posts
Showing posts with label Bahasa Melayu. Show all posts

Wednesday, 14 December 2011

Terkesan ..

aku cukup-cukup terkesan dengan ayat-ayat ini terutama bila ada satu kes yang berlaku pada awal bulan RAMADHAN sebelum ini.. errmmmmmm..
Read more ...

Minggu Exam bermula!

Ngantuknya kalau kena jaga exam.. Habis semua keje ofis tak blh buat.. errrmmmmmm.. Berjuang! sejuk.. Aircond kuat sangat.. Hehe..

- IKLAN -
Read more ...

Tuesday, 13 December 2011

Jom kita main 1 permainan bergelak sebentar atau senyum sejenak.. release tension ~

Jom kita main 1 permainan bergelak sebentar atau senyum sejenak. release tention~


i) Pilih bulan kelahiran anda:


Januari - Aku cinta
Februari - Aku gigit
Mac - Aku belasah
April - Aku peluk
Mei - Aku terhantuk
Jun - Aku terkentut depan
Julai - Aku menari dengan
Ogos - Aku pergi dating dengan
September - Aku lambai dekat
Oktober - Aku muntah depan
November - Aku jerit dekat
Disember - Aku terlanggar


ii) Pilih nombor hari jadi anda:


1 - Mak aku
2 - Komputer aku
3 - Liverpool
4 - Garfield
5 - Musuh dalam selimut aku
6 - Gangster
7 - Handphone aku
8 - Gerrard
9 - Driver Bas
10 - Semut
11- Kawan baik aku
12 - Polis
13 - Taik kucing
14 - Patung barbie
15 - Lee Chong Wei
16 - Mak Mertua aku
17 - Mak tiri aku
18 - Girlfriend aku/ Boyfriend aku
19 - Makcik kantin
20 - Sharifah Amani
21 - Upin dan
22 - Siti Nurhaliza
23 - Spongebob
24 - Cristiano Ronaldo
25 - Bapuk / Maknyah
26 - Kawan aku
27 - Raja Lawak / Akademi Fantasia
28 - Jiran aku
29 - Orang gila
30 - Taylor swift
31 - Awek cun/ Jejaka tampan


iii) Pilih warna baju yang anda pakai skrg:


Putih - Sebab aku perasan cantik / hensem
Hitam - Sebab aku gila
Pink - Sebab aku suka single
Merah - Sebab mak aku suruh
Biru - Sebab aku tak tahan
Hijau - Sebab aku baik hati
Ungu - Sebab aku cemburu
Kelabu - Sebab bomoh suruh
Kuning - Sebab suka hati aku la
Oren - Sebab aku baru putus cinta
Coklat - Sebab aku tak tentu arah
Lain-lain - Sebab aku fikir aku hebat


** sambungkan bg jadi 1 ayat..
KONGSI-KONGSILAH JAWAPAN ANDA~ (JAWAPAN JUJUR BARU BEST)


C.O.N.T.O.H : -
Kalau korg lahir bulan DISEMBER, pada 22 hb dan pada masa sekarang, korg pakai baju purpe.. So ayat nya akan jadi

Aku terlanggar Siti Nurhaliza Sebab aku cemburu

hehe.. jom try! korg reply kat comment ok! ;)
Read more ...

kecewa dan putus harapan, tapi .......

rase mcm kecewa.. putus harapan tp tak smpi hilang minat la.. hehe.. psl ape tu, kena rahsiakan.. (+ve kan diri..) takpe.. leh cube cara baru untuk tingkatkan minat yang sedia ada.. usaha kan tangga kejayaan.. mcm posting kt bwh, kerajinan tu penting.. 
cume.. dlm satu hal tu, aku mmg rs down n putus asa.. ttp, slagi tertulis cmtu, aku akan terus kn dgn profesional.. profesional tu penting dlm smua hal supaya benda yg kite lakukan tu menepati ape yg perlu dilakukan, ape yg diarahkan, ape yg sepatutnya terhasil, berbaloi pada org memberi kepercayaan dan tidak menyusahkan org sekeliling.. dalam masa yg same, usaha perlu dilakukan supaya hal yg buat aku down ni, tak berterusan smpi ble2.. smoga rzeki aku murah! peace no war.. ;)


- IKLAN -
Read more ...

Kerajinan

Read more ...

Friday, 2 December 2011

Lagu Yang Berjaya ke AJL 26

Secara ringkasnya, berikut adalah lagu yang berjaya ke AJL 26..

1. Kalau Berpacaran - Suhaimi Meor Hassan, Ana Rafalli, Altimet
2. Karma - Faizal Tahir
3. Sedetik Lebih - Jac
4. Awan Nano - Hafiz
5. Penakut - Yuna
6. Cinta Muka Buku - Najwa Latiff
7. Wanita Seluruh Dunia - Projek Pistol
8. Beribu Sesalan - Shila, Ning, Jac
9. Kekanda Adinda - Atilia, Monoloque
10. Sungai Lui - Aizat
11. Kisah Hati - Alyah
12. Gadis Semasa - Yuna

ade kejutan lagi ke pada malam ajl 26 kali ni?? hehe..
Read more ...

Ini tidak adil tidak adil baginya.. ;)

hehe.. cool je tajuk.. skali lg percubaan nubhan dgn mata hati tewas.. sebelum ini kurang berjaya dengan lagu ade untukmu, seadanya aku n oh juwita.. next year cube lg.. one more time! ini tidak adil tidak adil baginya.. hehe.. juz kidding.. aku dh tertarik dgn lirik lagu penakut tu.. sbnr nyer ms 1st time dgr lagu penakut kt radio, lirik itu la yg aku jelas dgr.. ;)

Yuna - Penakut

(nota :  lagu yg bru tercatat dlm sejarah anugerah industri muzik sb di tarik balik anugerah lagu terbaik kerana berlaku kesilapan)



Lirik Penakut :

Tak semua kau rancang akan berlaku
Mungkin nasib tak menyebelahi aku
Entah mengapa engkau yang aku cinta
Mungkin lebih baik kau ku lepas saja

Ini tidak adil tidak adil baginya
Ini tidak adil tidak adil bagiku
Ini tidak adil
Untuk engkau bertanya jika ku mencintaimu juga
Tidak adil tidak adil baginya

Kau tak pernah cuba memahami aku
Cinta kau ucap tak pernah engkau tunjuk
Dan bila tiba saat ku kehilangan
Beban yang tak pernah cuba kau ringankan

Kau bukan milikku
Dan aku memang penakut
Mengakui cinta kepadamu
Seribu kali ku cuba ucapkan
Bila bersamamu
Kau bukan milikku
Dan engkau pun tahu
Kau bukan milikku
Read more ...

Hilang STRES Bila Balik Rumah .. ;)

ini memang realitinya.. setelah penat di pejabat, pengubatnya ade di rumah.. walaupun penuh masalah di pejabat, masalah berkenaan ditinggalkan di pejabat.. andai kata terbawa balik masalah itu, akan dicover secepat yang mungkin supaya suasana dirumah OK! ;)
Read more ...

Thursday, 1 December 2011

"Jangan Salahkan Nubhan" - Taja MUH [Lastest From gua.com.my]



Apabila lagu ‘Pokok’ tidak tersenarai sebagai calon Top 5 pada pusingan kedua Muzik-Muzik Separuh Akhir minggu lalu, ramai yang mempertikaikannya. Rata-rata peminat Meet Uncle Hussain  (MUH) kecewa kerana lagu ini ditumpaskan oleh lagu ‘Cinta Muka Buku’ yang dianggap tidak layak mara ke Anugerah Juara Lagu ke 26 (AJL  26). Walaupun ramai yang tahu keputusan itu dibuat oleh barisan juri profesional, tetapi mereka masih tidak puas hati.

Selain itu, ada juga sebilangan peminat yang berpendapat kegagalan ‘Pokok’ berpunca daripada Nubhan. Mereka berpendapat Nubhan tidak boleh menyanyikan lagu itu dengan baik seperti yang dilakukan oleh penyanyi asalnya, Hazama.

Pendapat ini bagaimanapun disangkal oleh komposer lagu ini, Taja. Jelas Taja, Nubhan tidak boleh dipersalahkan kerana dia sudah melakukan yang terbaik.

“Saya rasa tidak wajar hendak menyalahkan Nubhan dalam hal ini. Lagipun AJL adalah mempertandingkan lagu bukan penyanyi. Jadi, tidak menjadi isu kalau lagu ini dinyanyikan oleh penyanyi lain. Memang Nubhan tidak boleh menyanyi sama seperti Hazama, tetapi Nubhan telah melakukan yang terbaik. Saya harap peminat di luar sana tidak terus menyalahkan Nubhan.  Saya bagi pihak MUH dan Nubhan ingin mohon maaf sekiranya persembahan kami pada malam itu tidak memuaskan hati,” ujar Taja yang ditemui di Malam Mesra MACP kelmarin.

Dalam masa yang sama, Taja juga memberitahu yang Nubhan sendiri berasa sangat bersalah apabila ‘Pokok’ tidak tersenarai.

“Selepas acara berakhir minggu lalu, Nubhan beberapa kali meminta maaf kepada kami kerana merasakan dirinya adalah punca kegagalan MUH. Tapi, kami sudah jelaskan kepada Nubhan yang kami tidak beranggapan sebegitu. Sebaliknya, kami anggap tidak ada rezeki,” ujar Taja lagi.

Ditanya sama ada dia berpuas hati dengan keputusan juri pada malam itu, Taja tanpa berdolak-dalik mengakui dia tidak mahu memperbesarkan perkara itu. Baginya, kalau MUH ada rezeki, mereka pasti akan ke AJL.  Jika tidak, dia dan kawan-kawan yang lain pun tidak kisah.

“Saya tidak mahu terlalu berharap mendapat anugerah kerana dalam berkarya ini kita harus ikhlas. Kalau asyik mengejar anugerah, nampak macam tidak ikhlas pula. Saya buat lagu kerana saya memang minat dengan muzik, bukan bertujuan mencari anugerah. Seandainya ‘Pokok’ tidak berjaya, saya menerima keputusan itu dengan seadanya. Mungkin lagu itu gagal memenuhi kriteria yang diperlukan oleh barisan juri.

Secara peribadi dan sebagai penulis lagu, saya melihat ada di antara lagu-lagu Top 5 itu tidak patut tersenarai. Tetapi, saya tidak mahu sebutkan judulnya. Lagu-lagu yang terpilih pada malam itu agak pelik sedikit kerana ada di antaranya tidak mempunyai elemen baru. Walau apa pun, saya hormati keputusan juri. Mungkin mereka lebih jelas tentang arah tuju AJL,” ulas Taja berterus-terang.

Jumaat ini, pihak produksi AJL 26 akan mengumumkan 12 lagu yang layak bertanding ke acara hiburan yang paling dinanti-nanti itu.  Adakah ‘Pokok’ berjaya menempatkan diri? Sama-sama kita nantikan keputusannya.


Resource
Resource : 
Read more ...

Wednesday, 30 November 2011

Kesedaran Sivik !



KESEDARAN SIVIK :
Dah lame aku nak utarakan tentang isu semasa ni. Cam tak puas hati la jugak disebabkan oleh sikap seorang individu yang tidak bertanggungjawab, boleh mengakibatkan kerosakan benda. Bile benda tu dah rosak, pengguna seterusnya tak kan dapat guna selepas itu. KES nya : Isian angin tayar kereta di stesen minyak. Aku tengok, ramai yang tak hiraukan wayar pam angin tu. Apa salahnya lepas guna pam angin tu, amek la semula wayar dan sangkut kat tempat yang disediakan bagi mengelakkan daripada pengguna seterusnya pijak secara tidak sengaja dengan tayar kereta. Kalau wayar tu bocor, orang yang tak bertanggungjawab tu sendiri tak boleh guna lepas tu. Jangan nak merungut kalau benda tu tak boleh guna disebabkan sikap diri sendiri. Renung-renungkan.
Read more ...

That's real Life (Part II)

SYUKUR ..
kredit : FB 

--------------------------------------------
Read more ...