Monday, 21 November 2011

Mata Hati (Nubhan)

Lagu 'Mata Hati' track kedua dalam album pertama Nubhan, 'Langkah ... Nubhan'.. Album ni dilancarkan pada 1 Disember, 2010. Video kat bawah tu lagu 'Mata Hati' yang dia perform masa Separuh Akhir Muzik2 baru ni. Nubhan dah buat percubaan sebanyak 4 kali dalam separuh akhir.. (1) Ada Untukmu, (2) Seadaanya Aku, (3) Oh Juwita dan (4) Mata Hati.. Sehingga kini, belum berjaya lepas ke AJL.. 

Extra Info untuk lagu Mata Hati.. Lagu ni didengarkan pada umum sebelum album dia dilancarkan lagi sebab lagu ni salah satu lagu yang dipilih untuk dimuatkan dalam dokumentari khas di Astro selepas Arwah Yasmin Ahmad..





Lirik

Telah ku kata cinta ini selamanya
Telah ku janji selalu di sisi
Walau apa terjadi tak ku mungkiri

Begini dekat begitu jauhnya
Dalam jangkauan namun tak tersentuh
Ku hanya ruang kosong
Oh di matamu yang makin suram
Pudar cahaya meremuk jantung ini

Pandanglah aku dengan mata hati
Ku rayu padamu peganglah ku biar ku rasa bernyawa
Ku ingin rasa ku masih bermakna

Telah ku hafal tiap garis di wajahmu
Telah ku kenal bahasa tubuhmu
Bertambah sukar lagi membiarkan kau resah begini
Kerana aku yang pernah kau kasihi

Pandanglah aku dengan mata hati
Ku rayu padamu peganglah ku biar ku rasa bernyawa
Ku ingin rasa ku masih bermakna

Perpisahan paling menyiksa
Ketika bahagia sedang di puncak tertinggi dalam kehidupan
Namun siapalah aku untuk merubah suratan
Bila masanya tiba

Pandanglah aku
Ku ingin rasa ku masih bermakna

Pandanglah aku dengan mata hati
Ku rayu padamu peganglah aku biar ku rasa bernyawa
Ku ingin rasa ku masih bermakna

Ku ingin rasa ku terus bernyawa
Telah ku kata cinta ini selamanya

3 comments:

Penulis tidak bertanggungjawab atas apa-apa komen yang ditinggalkan oleh pembaca / pengunjung. Semua komen adalah di bawah tanggungjawab mereka. Sila gunakan bahasa yang sopan. Terima kasih.