Assalamualaikum w.b.t.. Petang tadi Eraz ada update entri tentang Penterjemahan Kemerdekaan.. Masa on the way balik kerja tadi, terdengar lagu-lagu merdeka di radio.. Antaranya ialah Bahtera Merdeka.. Malam ni, sempena malam ambang merdeka, jom dengar lagu ni sekali, dua kali ke, tiga kali ke, empat kali ke, atas korang.. Haha.. Selamat Hari Merdeka.. Sama-samalah kita hargai kemerdekaan negara kita!
Keranamu Malaysia
Salah satu lagi yang betul-betul naik semangat nyanyi ialah Keranamu Malaysia.. Lagu ni la kami duk nyanyi masa merdeka semasa di USM.. Terutama masa menyambut Malam Ambang Merdeka di DTSP.. Banyak kenangan dengan lagu ni..
Buruh, nelayan dan juga petani
Gaya hidup kini dah berubah
Anak-anak terasuh mindanya
Lahir generasi bijak pandai
Pakar IT, pakar ekonomi
Jaguh sukan dan juga jutawan
Berkereta jenama negara
Megah menyusur di jalan raya
Alam cyber teknologi terkini
Kejayaan semakin hampiri
Biar di kota ataupun desa
Kita semua pasti merasa bangga
Keranamu kami mendakap tuah
Keranamu kami bangsa berjaya
Keranamu kami hidup selesa
Limpah budi kemakmuran negara
Keranamu kami bebas merdeka
Keranamu nyawa dipertaruhkan
Keranamu rela kami berjuang
Demi bangsa kedaulatan negara
Keranamu Negara Malaysia
Malaysia...
Terima kasih Malaysia !