Assalamualaikum w.b.t.. Alhamdulillah.. Allah s.w.t telah kurniakan kepada Eraz dan isteri satu rezeki yang tak ternilai.. Eraz bakal jadi bapa / papa / ayah / daddy tak lama lagi.. Alhamdulillah.. Sekarang ini isteri Eraz sedang hamil 20 minggu / 5 bulan dah.. Selepas membuat medical check-up semalam di HUSM, isteri dan baby dalam kandungan, sihat.. Alhamdulillah..
Jika tidak ada aral melintang, isteri Eraz dijangka akan bersalin pada hari Raya Aidilfitri 2013 ini iaitu bulan Ogos 2013.. Isteri Eraz dapat tahu pregnant selepas membuat ujian air kencing menggunakan test UPT pada pukul 4.00 pagi.. Lepas positif, terus dia kejut Eraz.. Memang terkejut dan happy giler la.. Mula saat itu, memang dah tak boleh tidur sampai la pergi kerja.. Ada satu entri yang Eraz gunakan tajuk 4.00 a.m.. Klik SINI.. Hari itu la kami tahu yang kami bakal jadi ibu bapa..
Doakan semoga isteri dan bakal baby Eraz dalam perut berjaya mengharungi perjalanan lagi 4 bulan lebih sebelum bersalin / dilahirkan.. Semoga semuanya berjalan dan berkembang dengan baik.. Semoga isteri Eraz selamat melahirkan bayi yang sihat, sempurna, baik serta soleh hendaknya.. Amin..

