Sunday, 23 September 2018

ERAZFADLI.COM Kembali Dengan Kisah Baru

Bismillahirrahmanirrahim ,


Assalamualaikum w.b.t . Subhanallah , lamanya Eraz tinggalkan blog kesayangan ni . Tapi bukan bermakna terus nak lupakan . Ogos lepas tetap renew domain ini supaya semua kenangan dalam ni masih lagi kekal . Bukan senang nak bina ERAZFADLI.COM ni bermula 2011 yang lepas kerana penat lelah tu sentiasa dalam ingatan . Maaf kepada semua pembaca setia yang dulunya selalu follow blog ni tetapi sekarang , Eraz tak pasti samada masih lagi ingat atau tidak akan kewujudan blog ni .

Insyaallah ada je peluang , Eraz akan cuba selitkan pada semua coretan peribadi Eraz untuk semua . Syukur Alhamdulillah , sejak bergelar blogger dulu-dulu kala , Eraz masih kekal kerja di tempat sama dulu . Maksud Eraz kerja hakiki . Syukur masih diberikan rezeki ini dari Allah bermula awal tahun 2007 sehinggalah sekarang masih berada di bangunan pejabat yang sama .

Anakanda masih kekal dua orang iaitu Zara Faleesya dan Adam Fitri . Masih belum berniat untuk tambah tapi insyaallah soon . Hehe . Kereta pun masih sama . Haha . Hakikat nya masih banyak yang sama la . Cuma apa yang sedikit berbeza sekarang ialah wujudnya #ProjekRM1000seMinggu dalam hidup Eraz . Syukur Alhamdulillah sangat yang Eraz ditakdirkan oleh Allah untuk berjumpa dengan orang-orang hebat dalam bizOnline santai ni .

Bermula dengan beli Min Kaffe pada bulan Ogos 2017 sehinggalah aktif 100% pada Februari 2018 , Eraz kini bergelar Usahawan SHOM yang berpangkat Senior Sales Manager dan sudah berjaya mempunyai Team #ErazFadliFighter serta mempunyai sale terkumpul bersama team sudah melebih RM 90,000 . Syukur Alhamdulillah . 

Pada bertuah , dengan bizOnline ini , ianya dapat membantu Eraz dalam mengukuhkan ekonomi keluarga dan pernah mendapat bonus bulanan paling sebanyak RM 4500 sebulan . Subhanallah .

Oleh sebab itu , Eraz nekad untuk cuba aktifkan semula diri dalam dunia blogger dan cuba kongsi kejayaan Eraz setakat ini dengan semua pembaca . Sebelum tamatkan dulu entri pertama ini , Eraz nak berterima kasih banyak-banyak kepada sifu-sifu Eraz yang membawa Eraz ke dunia ini . Mereka adalah :

1. Leader Diamond , DDM Nur Auni Omar
2. Mentor CDM Ustazah Haizatul Akma Abdul Malek
3. Mentor CDM Ustazah Syahidah Hasan
4. Tak lupa kepada family dan team #ErazFadliFighter

Tunggu next entri ok .

3 comments:

  1. Welcome back dan tahniah atas pencapaian yang diterima. Semoga terus sukses yer😊

    ReplyDelete

Penulis tidak bertanggungjawab atas apa-apa komen yang ditinggalkan oleh pembaca / pengunjung. Semua komen adalah di bawah tanggungjawab mereka. Sila gunakan bahasa yang sopan. Terima kasih.