Kelab Blogger Ben Ashaari

Sunday, 3 May 2015

Tempat Rahsia #ZaraFaleesya

Assalamualaikum w.b.t.. Pernah berborak sebelum ni dengan wife, tidak mustahil suatu hari nanti, masa kita nak pergi kerja waktu pagi, kunci kereta tak tahu kat mana.. Bukan sebab tersalah letak atau lupa tapi dengan adanya #ZaraFaleesya.. Ya la, budak-budak yang sedang membesar.. Banyak benda yang dia nak explore kan.. Perkara yang kami fikir-fikir ni mula terjadi.. Tapi bukan dimulakan dengan kunci kereta tapi handphone..

Sebenarnya handphone tu memang dah tak guna.. Tapi masih ok semua dan berniat nak bagi pada ahli keluarga lain untuk guna kot-kot perlu.. Memang nak siap-siap letak atas kabinet tepi pintu sebab risau terlupa nak ambil sebelum keluar rumah.. Tapi tiba-tiba memang tak jumpa bila teringat nak ambil.. Pelik bin Ajaib la kan sebab memang dah letak elok-elok kat situ.. Rasanya dua tiga hari juga cari..

Fokus pencarian di kawasan sofa.. Atas, bawah, tengah semua la.. Pada suatu malam, mata terpandang sesuatu.. Terus panggil wife.. Apa lagi, gelak la kan.. Tak sangka.. Hehe.. Ambil terus simpan.. Sekarang memang kami dah detect 2, 3 tempat yang dia selalu simpan barang dia.. Zara pun selalu cari barang yang dia sorok kat situ.. Dia ingat..

Kenapa sofa tu boleh koyak?? Itu semua Eraz punya kerja.. Lama dah.. Nak carikkan sesuatu dengan pisau.. Tapi pisau tu tajam sangat sampaikan tembus dan kena sofa.. Lepas ni wife nak jahat kot dengan benang hitam.. Hehe.. Nampaknya makin hari makin luas dah..

3 comments:

  1. Hehehe.... Bijak zara.. Good girl. Satu perkembangan minda yg baik..belajar dari apa yg dia nampak dan praktikal kan...

    ReplyDelete

Penulis tidak bertanggungjawab atas apa-apa komen yang ditinggalkan oleh pembaca / pengunjung. Semua komen adalah di bawah tanggungjawab mereka. Sila gunakan bahasa yang sopan. Terima kasih.