Tuesday, 30 May 2017

Kecoh Shah Rukh Khan Meninggal Dunia

Kecoh Shah Rukh Khan Meninggal Dunia | Assalamualaikum w.b.t.. Kecoh Shah Rukh Khan Meninggal Dunia? Itu berita yang Eraz baca di mStar Online baru je tadi.. Kecoh ke? Kenapa Eraz tak nampak pun berita ni? Katanya Ahad lepas dah tersebar.. Ke di Malaysia baru nak viral? Lepas baca artikel tu, tiba-tiba adik ipar tanya dalam group whatsapp, betul ke Shah Rukh Khan dah meninggal dunia? Eh! Memang dah mula viral la tu berita ni.. Sib baik dah baca dulu dalam mStar tadi.. Terus copy paste berita di bawah ni :

Kecoh Shah Rukh Khan Meninggal Dunia
Kecoh Shah Rukh Khan Meninggal Dunia

KHABAR angin tentang kematian aktor Bollywood terkenal Shah Rukh Khan mendapat perhatian selepas ia tersebar di laman sosial Facebook pada Ahad lalu.
Sebuah laman Facebook R.I.P Shah Rukh Khan yang diwujudkan oleh individu tidak bertanggungjawab tersebut telah menarik perhatian netizen sehingga menerima hampir satu juta like.
"Pada kira-kira 11 pagi, Ahad lalu (28 Mei 2017), pelakon yang kita cintai Shah Rukh Khan meninggal dunia. Shah Rukh Khan dilahirkan pada 2 November 1965 di New Delhi. Pemergiannya akan dirindui tapi tidak akan dilupakan.
"Sila tunjukkan simpati dan takziah anda dengan menulis komen di laman Facebook ini," tulis status pada berita palsu tersebut.
Beratus-ratus peminat aktor berkenaan meninggalkan komen dan ucapan takziah dengan menyatakan rasa sedih terhadap berita berkenaan.
Bagaimanapun, segelintir peminat tidak mempercayai berita palsu tersebut berikutan terlalu banyak berita palsu tentang kematian artis terkenal.
Mereka berkata, berita penting itu seharusnya dilaporkan oleh media-media utama di India dan bukan hanya sekadar di laman Facebook.
Pada Isnin lalu, wakil kepada pelakon Kuch Kuch Hota Hai menerusi satu kenyataan menafikan perkara berkenaan.
"Beliau kini turut termasuk dalam senarai panjang selebriti yang menjadi mangsa penipuan ini. Dia masih hidup dan berada dalam keadaan baik. Berhenti mempercayai apa yang anda baca di Internet," ujarnya.

Berita palsu macam kematian ni memang banyak la duk viral.. Kesian la kat orang yang kena tu.. Biasanya memang artis la.. Ada sekali tu sampai dua kali berita palsu kematian dia.. Tapi orang tu sihat walafiat je.. Isk2.. Tak baiknya pada siapa yang mula viral kan perkara tak benar ni.. Macam kes video artis Malaysia yang Eraz tak nak sebut nama,, Dah la video lama, sekarang baru upload.. Kesian betul pada artis tu.. 

Apa-apa pun, segala berita, pastikan dulu kebenaran, baru sebar ok.. Kalau tak pasti, jangan duk share je.. Wassalam..
Read more ...

Harga Paling Rendah DEXANDRA PERFUME Tawarkan Untuk PROMOSI RAYA !

Assalamualaikum w.b.t.. Siapa ada pengalaman guna DeXandra Perfume? Eraz sendiri memang dah lama 'jatuh cinta' dengan DeXandra Perfume.. Kenapa? Sebab memang banyak pilihan bau yang ada.. Yang lelaki dan wanita.. Kira macam kalau mula2 beli Invictus by Paco Rabbanne, lepas je habis, terus je beli lain yang lagi best macam Bond No. 9, The Scent of Peace For Him.. Penting ialah boleh bawa solat.. Dan semestinya harga la.. Kalau beli yang original, mahu sampai beratus-ratus dan ribu ok.. Tapi dengan DeXandra dengan bau yang sama, tahan lama, memang berbaloi-baloi.. So memang akan setia la..


Tengok banner di atas? Perhatian kepada semua pengguna DeXandra Perfume ataupun bakal pengguna DeXandra Perfume, inilah masanya korang nak dapatkan DeXandra sebabnya harga tengah rendah giler.. Berbaloi-baloi orang kata kalau nak beli.. Kalau memang korang setia dengan DeXandra, better beli lebih dari satu untuk simpan stok perfume lepas habis sebab bila tarikh promosi tamat, still boleh beli tapi dengan harga biasa la..

Harga Biasa :

Semenanjung : RM 65 sebotol / RM 120 dua botol
Sabah / Sarawak : RM 70 sebotol / RM 130 dua botol

HARGA PROMOSI SALES RAYA :

Semenanjung : RM 55 sebotol / RM 100 dua botol
Sabah / Sarawak : RM 60 sebotol / RM 110 dua botol

Jauh lebih rendah kan.. So tunggu apa lagi.. Dapatkan sekarang ok.. DeXandra Perfume yang dikenali ramai yang memang tahan bau sampai 8 jam dan boleh dibawa solat.. So nak pergi Solat terawih tu, boleh sembur dan bau akan bertahan sampai ke tengah malam la jawabnya.. Hehe.. Pelbagai pilihan ada yang korang boleh pilih.. Tengok senarai di bawah :


Nak dapatkan FREE POSTAGE? Boleh.. Takde masalah.. By the way kalau free postage ni kira macam korang pergi beli dikedai la kan.. Ini lagi best, order je online then perfume sampai depan mata tanpa bayar duit pos pun.. So special kepada pembaca blog ini akan dapat FREE POSTAGE.. So untuk tahu korang dapat tahu maklumat dari blog ini, korang ikut arahan ini semasa whatsapp :

TAIP, "DEX ERAZFADLI.COM" dan hantar ke 0179773382

Mereka akan reply message korang dan layan apa sahaja korang nak tanya ok.. So tunggu apa lagi.. Dapatkan DeXandra Perfume korang sekarang.. Inilah masanya korang nak beli kalau dah nak hampir habis atau nak try kan.. Kena cepat.. Walapun promosi bermula 27 Mei sehingga 03 Julai, kalau korang tunggu last minute, tak mustahil perfume pilihan korang dah habis, out of stock.. Sayang kan.. Jangan tunggu dekat raya sebab nanti Pos Laju stop penghantaran.. Rugi.. So! 

TAIP, "DEX ERAZFADLI.COM" dan hantar ke 0179773382 SEKARANG!!!




Read more ...

Monday, 29 May 2017

Happy 2nd Birthday, Adam Fitri

Assalamualaikum w.b.t.. Alhamdulillah.. Tanggal 28.05.2017 semalam, ssia Adam Fitri genap 2 tahun.. Macam tak sangka pun ada.. Rasa macam dia baby je lagi.. Haha.. Mempunyai karekter yang sedikit berbeza dengan kakak, memang menampaknya dia ala-ala adik bongsu.. Suka bahasakan diri sebagai 'adik'.. Tak tahu la bila leh hilang panggilan tu.. Hehe.. Kalau Kakak Zara, sebelum umur 2 tahun, dah dapat adik dah.. Adik adik? Errmmm.. Insyallah kalau ada rezeki..

Apa-apa pun, Papa dan Mama doakan semoga Adam membesar dengan sihat walafiat, happy dan menjadi anak yang soleh.. Amin.. Nanti dia besar, mesti akan baca entri-entri Papa tulis ni.. So boleh tahu la cerita pembesaran dari kecil hinggalah masa saat Adam baca ni.. Hehe.. Gambar di bawah ni ialah pada Khamis lepas.. Celebrate di Taska awal sikit sebab birthday jatuh dalam Ramadhan..


Alhamdulillah semalam juga kami belikan satu lagi kek untuk Adam.. So tiup lilin la sekali lagi semalam.. Sebab dalam bulan Ramadhan, lepas berbuka baru la leh keluarkan kek.. Adam dan Zara, dua2 excited duk tiup lilin.. Kak Zara dah banyak kali tanya bila birtday dia.. Hehe..

Read more ...

Friday, 26 May 2017

Happy 6 th Anniversary !

"Ku melihatmu sempurna tak terungkap kata.. Saling menjaga dan setia untuk selamanya.."


Assalamualaikum w.b.t.. Alhamdulillah.. Hari ni, 26 Mei 2017, genap 6 tahun usia perkahwinan kami suami isteri.. Alhamdulillah.. Dengan usia perkenalan yang tak lama, terus bertunang pun tak lama, terus berkahwin.. Semua sekejap-sekejap.. Alhamdulillah aturan yang ditakdirkan oleh Allah ini betul-betul melengkapi hidup ini.. Alhamdulillah.. Allahuakbar..

Zara Faleesya pun dah besar dan nak masuk 4 tahun.. Adam pula nak masuk 2 tahun dah.. Alhamdulillah.. Itu antara hadiah yang paling bermakna buat Eraz.. Walaupun kami diuji sebelum dikurniakan anak sulung, berkat kesabaran, Allah berikan rezeki itu.. Terima kasih semuanya..

Sayang,
Happy 6th Anniversary..
6 year down,
Forever to go!
I LOVE U..
Read more ...

Thursday, 25 May 2017

Kuih Keria Gula Melaka di Kota Bharu

Kuih Keria Gula Melaka di Kota Bharu | Assalamualaikum w.b.t.. Kuih Keria memang dah biasa dan ada di mana-mana kan.. Tapi bila Kuih Keria Antarabangsa di Melaka tu tiba-tiba popular sampai orang beratur panjang, teringin juga nak cuba kan.. Tapi takde la sampai nak pergi Melaka yang jauh nun di sana dari Kelantan ni kan.. Nak buat sendiri, tak de kesempatan dan tak pernah pun request dengan isteri.. Tapi tiba-tiba pada suatu petang..

Kuih Keria Gula Melaka di Kota Bharu
Kuih Keria Gula Melaka di Kota Bharu

Tiba-tiba masa on the way balik rumah satu petang, ternampak satu iklan di FB yang ada COD Kuih Keria Gula Melaka.. Eh! Nampak gambar macam sedap.. So boleh la try sikit dulu.. Terus whatsapp no. yang berkenaan.. Walaupun minimum kena order dua boxes, so kita try la.. Mana tahu sedapkan.. Sebab COD hanya pada hari Ahad, kena tunggu la beberapa hari.. Hehe..

Dapat je Ahad tu, memang panas-panas.. Ternyata best.. Mungkin sebab masih panas.. Ranggup tu ada.. Manas tu ada.. Alhamdulillah.. Berbaloi.. Insyallah lepas ni boleh order lagi.. Tapi kalau korang makan masa dah sejuk, rasa dia dah bertukar.. Still leh rasa gula melaka tu, tapi tak sesedap masa makan panas-panas.. 
Read more ...