Tuesday, 15 December 2015

Konsert Gegar Vaganza Akhir | Siti Nordiana Juara


Assalamualaikum w.b.t.. Juara Gegar Vaganza 2015 a.k.a Musim Kedua, Siti Nordiana.. Rasanya salah satu program yang dinantikan oleh ramai rakyat Malaysia pada Ahad malam yang lepas.. Pada mula program Gegar Vaganza terbaru ni, memang ramai yang mengandaikan Farahdhiya yang akan menjadi juara termasuklah Eraz sendiri.. Tetapi selepas minggu Siti Nordiana menyanyikan lagu Madah Berhelah, nampak ada sesuatu pada suara Siti Nordiana.. Akhirnya tekaan juara itu berubah pasti selepas Siti Nordiana menyanyikan lagu Nirmala dan seterusnya Ku Tak Akan Bersuara dan Mengapa.. Semua mendapat pujian juri dan memang menyanyi sangat best!

Setelah mendapat lagu tugasan Putus Terpaksa untuk malam akhir, sekali kuat mengandaikan kalau Siti Nordiana menyanyi dengan baik, title juara tu akan terpahat dalam sejarah seni Siti Nordiana.. Tapi bila mendapat lagu battle Awak Kat Mane, errrrmmmmm.. Mungkin akan ada satu kekurangan di situ.. Dan terbukti pada malam final, persembahan vokal Siti Nordiana untuk lagu Putus Terpaksa memang terbaik dan memang melayakkan dia menjadi juara.. Alhamdulillah, rezeki Siti Nordiana yang sebelum ini pernah menjadi penyanyi dan berkubur tetapi dengan Gegar Vaganza, dia dapat membuktikan sesuatu..  Dengan imej muslimahnya lagi, bertambah rasa kagum pada dia..

Dengan title juara Gegar Vaganza musim kedua ini, berharap akan kerjaya seni Siti Nordiana akan bertambah baik dan semakin maju serta ada pengiktirafan lain yang muncul.. Mungkin rezekinya sebagai penyanyi bermula di sini kan.. Ok! Farahdhiya.. Berada di tempat kedua memang ramai yang menjangkannya.. Selepas Dato' Ramli MS memberi komen bahawa markah Siti Nordiana lebih semasa nyanyian solo, tapi Farahdhiya yang mendapat tempat kedua, kelebihannya pada nyanyian battle dengan lagu Oh La La.. Apa-apa pun, ketidakpuasan hati mana-mana pihak tu memang ada dalam semua hal.. Tak boleh nak kata apa.. Bnayak juga isu dibangkitkan oleh netizen lepas program tu.. Tapi yang pasti,..

Memang coleteh Nabil dan Jihan akan dirindui.. Gabungan mereka memang menjadi.. Sampaikan Dato' Ramli MS yang sangat serius sebelum ni pun boleh melawak dengan dia.. So mereka memang terbaik.. Gabungan yang sangat ber'kimia'.. Harapnya Gegar Vaganza musim akan datang menggabungkan mereka lagi.. Cool..

Read more ...

Thursday, 10 December 2015

Bila Ibu Bapa Cuti Hujung Minggu Tak Sama

Assalamualaikum w.b.t.. Bila ibu dan bapa dapat cuti hujung minggu tak sama, memang la sangat susah untuk keluar bersama untuk luang masa dengan anak-anak pergi jalan-jalan ke shopping mall, playground dan lain-lain.. Tapi sebab tak nak anak tu rasa macam tak de life macam anak-anak yang lain, terpaksa la keluar ke tempat-tempat tertentu selepas waktu kerja walaupun badan rasa sangat penat.. Demi kegembiraan mereka dan masa bersama kami juga.. Nampak anak gembira sampai tak nak balik, hati mana yang tak lega dan happy kan.. Semua penat tu hilang..
Zara selalu saje alert pada iklan KFC.. Kalau tengok je iklan tu, mesti dia beritahu 'nak'.. Untuk tidak menghampakan hasrat anak berumur 2 tahun lebih tu, si ibu dan bapa ni bawalah Zara dan Adam ke KFC Kubang Kerian pada suatu petang lepas balik dari kerja.. Dalam masa yang sama, di situ ada satu bahagian playground untuk kanak-kanak.. So kasi makan dulu kenyang-kenyang lepas tu bagi Zara main sepuas hati.. Kami bergilir-gilir monitor dan jaga Adam..


Tapi biasa la budak-budak kecil ni, kalau main sorang-sorang, ok la lagi.. Tapi bila ada budak-budak yang lain, macam-macam perangai la ada.. Ada yang jenis tak boleh berkawan, ada yang jenis suka berkawan dan nak main sama-sama.. Ada juga yang suka tolak-tolak sampai jatuh atau berebut nak main dulu.. Macam-macam.. Tapi itu la dunia kanak-kanak kan.. Ibu bapa kena la mainkan peranan masa tu.. Dan kalau boleh, jangan tak monitor anak-anak semasa bermain.. 
Read more ...

Wednesday, 9 December 2015

Wordless Wednesday #137 | Hargai Ibu Bapa Anda


Read more ...

Bila Adam Fitri mula makan ..

Assalamualaikum w.b.t.. Ubi Keledek, sedap kan.. Kalau stim dan dapat isi yang masak dan manis, memang akan habis la beberapa ketul.. Tapi kali ni bukan nak cerita pada diri sendiri tapi pasal anak teruna yang dah masuk umur 6 bulan dan dah boleh start makan.. Kalau sebelum ni, jaga dia yang bagi susu je.. Tapi bila dah tiba masanya, mesti la dia pun nak makan kan..


Tapi tak semua la boleh makan.. Hanya yang terpilih sahaja.. Sebelum ni pernah try carrot.. Tapi kali ni try ubi keledek pulak.. Errrmmmm.. Kalau tengok dari mata kasar ni, memang diri sendiri nak makan.. Tapi makanan untuk baby, faham-faham sajelah rasanya macammana kan.. 

Adam Fitri sendiri pun tak nampak macam tak nak.. Kalau sebekas yang Eraz snap gambar tu, memang sekejap je boleh habis.. Itu pun selang dengan air kosong kan.. Lepas ni, Mamanya nak try blend buah mempelam pulak.. Cool Adam.. Semoga cepat membesar dengan jayanya..
Read more ...

Monday, 7 December 2015

Konsert Gegar Vaganza 2015 Minggu Ke 8 ( Separuh Akhir )

Konsert Gegar Vaganza 2015 Minggu Ke 8 ( Separuh Akhir ) | Assalamualaikum w.b.t.. Akhirnya terjawab siapa yang akan ke Konsert Akhir Gegar Vaganza 2015 a.k.a Musim ke-2 ni.. Dalam kepala memang dah jangka akan ada 6 artis ke final sebabnya berdasarkan tahun lepas, mereka akan ada lagi duet ataupun dengan kata lain pusingan battle.. Dan kalau diikutkan minggu Separuh Akhir ni ada 7 orang, seorang akan tersingkir macam biasa walaupun sepatutnya semua ke final kecuali Acong yang sepatutnya tersingkir minggu lepas.. Tapi disebabkan kuasa imuniti, Azian Mazwan Sapuan terpaksa mengundur diri selepas mendapat markah yang paling rendah.. Azian menyanyikan lagi Sedalam Mana Cintamu.. Rasanya lagu ni sangat mencabar untuk dia dan nampak apa yang diusahakan.. Tapi orang kata tak de rezeki, tak boleh nak buat apa la walaupun ada mulut-mulut yang sudah berkata-kata akan ditidakadilan.. Kenapa?

Konsert Gegar Vaganza 2015 Minggu Ke 5
Konsert Gegar Vaganza 2015 Minggu Ke 8 ( Separuh Akhir )

Satu sepatutnya Azian akan final jika tak de penggunaan imuniti minggu lepas.. Dan untuk minggu ni, mereka membandingkan dengan persembahan dari Farahdhiya yang sangat-sangat berbeza dari sebelum ini yang mana Farahdhiya juga berada di bottom 2 minggu ini.. Jika minggu lepas, dia adalah teratas.. Dengan keadaan kesihatan yang tidak mengizinkan, Dato' Ramli MS memaklumkan bahawa key untuk lagu Kau Kunci Cintaku Dalam Hatimu diturunkan dan bersesuaian dengan suara Farahdhiya yang sedang sakit.. So bila kita dengar lagu tu, memang rasa ada sesuatu yang tak kena dengan lagu tu.. Walaupun key diturunkan, mungkin Farahdhiya nyanyi sempurna berbanding Azian yang menyebabkan markah mereka berbeza.. 

Walaupun di Bottom 2, Farahdhiya melayakkan diri ke final minggu depan.. Ramai yang media sosial yang tidak berpuas hati dengan keputusan antara tiga penyanyi ini iaitu Farahdhiya yang layak ke final walhal nyanyi tak menepati telinga pendengar, Acong yang diserap balik selepas tersingkir minggu lepas juga layak ke final dan Azian yang sepatutnya dah jadi Top 6  minggu lepas, tapi tersingkir minggu ini.. Errrmmmm.. Semua ni percaturan dalam pertandingan.. Juga ada yang mempertikaikan persembahan dan nyanyi Nassier Wahab yang seakan sama setiap minggu.. Tetapi..

Persembahan Nassier Wahab rasanya macam sedikit berbeza minggu ini sebab dia selitkan elemen yang berbeza.. So dengan lagu Biar Putih Tulang tu, kita dengar lagu ni kembali segar.. Akhirnya dia berada di tempat kedua semalam.. Haiza juga terselamat dengan lagu Flora Cinta.. Persembahan dia memang tak boleh nak kata apa la.. Sentiasa ada kelainan.. Tak boring la tengok.. Jadi mungkin ada kelebihan pada dia semalam.. Acong dengan lagu Biasan juga terselamat dan Ezad Lazim dengan lagu Tiada Lagi Kidungmu.. semua di atas telah mara ke peringkat akhir..

Yang terbaik semalam ialah Siti Nordiana yang membawakan lagu Mengapa.. Dengar saje tajuk lagu tu memang dah tahu macamana hebatnya.. Dato' Ramli MS sendiri tak sabar nak menunggu persembahan Siti Nordiana minggu ini.. Tapi alhamdulillah, semua sempurna dan dengan itu menempatkan dia di tangga teratas semalam.. Kita yang mendengarnya di rumah pun risau kalau suara dia terkucil.. Tapi perfect sehingga ke hujung.. 

Apa-apa pun, kita tunggu lah siapa yang akan menjadi Juara Gegar Vaganza 2015 ini..

Read more ...