Wednesday, 4 November 2015
Tuesday, 3 November 2015
Sila Hargai & Nikmati Masa Sekarang ! Jangan Menyesal Nanti !
Assalamualaikum w.b.t.. Ini perkara yang berlaku sendiri pada Eraz.. Rasanya memang majoriti pembaca blog ni pun telah alami perkara yang sama dan juga akan mengalami perkara ini juga.. Pada masa sekarang, memang belum rasa lagi nikmatnya, tapi bila dah lalui dan berada di masa akan datang, pasti akan terkenang balik serta mengharapkan akan kembali ke zaman itu.. Tak faham lagi? Boleh tengok gambar di bawah dan fahami..
So apa pendapat? Masa di sekolah rendah, mungkin tak rasa sangat lagi sebab masa tu kan dalam mood main-main lagi tambah-tambah kalau di Darjah 1 hingga Darjah 5 kot.. Dah masuk Darjah 6, mungkin dah mula fikir akan peperiksaan UPSR dan sekolah mana akan pergi masa nak start Tingkatan 1 nanti.. Biasa-biasa lagi kot.. Tapi bila dah remaja dan masuk ke sekolah menengah.. Jiwa tu dah berubah dan masa tu la kita akan fikir nak cepat habis belajar di sekolah menengah.. Dalam masa yang sama, belum lagi fikir yang sebenarnya kehidupan makin mencabar sebenarnya walaupun dah masuk universiti.. Kalau di tingkatan 5, memang nak cepat-cepat tamatkan exam SPM.. Betul tak?
Then, bila dah masuk universiti, stress pula dengan kelas, assignment, final exam, tak de income nak beli itu ini, berjauhan dari kampung, dan lain-lain la.. So pada masa tu, letak harapan dan impian supaya nak cepat tamatkan pengajian samada program diploma atau sarjana muda.. Betul tak? Sebabnya dah tak sanggup nak alami kehidupan di universiti.. Bestnya kan kalau dah kerja.. Dah bebas dari status pelajar dan bekerja serta ada duit sendiri.. Tapi masa tu tak tahu lagi apa akan berlaku lepas tamat belajar..
Bila dah graduate, alhamdulillah kalau cepat dapat kerja atau sudah dapat kerja kalau tak menganggur.. Tapi nasib kurang baik kalau terpaksa menganggur kan.. Pada masa dah mula kerja, sedar tak sedar, memang dunia masa tu lebih mencabar dalam banyak hal.. Dalam masa yang sama, tanpa sedar, umur pun dah makin meningkat! Entah-entah dah masuk ke zon 30-an.. Dah 30 tahun hidup??
Masa ni la kita mengharapkan supaya dapat kembali ke zaman sekolah dulu walaupun masa tu kita mengharapkan cepat habis belajar dan cepat besar.. Tapi apa kan daya, masa ni tak dapat di undur.. Jadi pada adik-adik yang masih muda atau bersekolah, nikmatilah zaman sekarang.. Jangan nak cepat habis belajar dan kerja.. For sure korang akan rindu zaman dulu-dulu.. Jangan menyesal.. Cool!
Monday, 2 November 2015
Konsert Gegar Vaganza 2015 Minggu Ke 3
Konsert Gegar Vaganza 2015 Minggu Ke 3 | Assalamualaikum w.b.t.. Berdasarkan apa yang berlaku minggu lepas, lagu-lagu tugasan yang diberikan kepada semua peserta, memang semuanya diluar bidang genre masing-masing.. So memang secara automatiknya akan menampilkan sesuatu yang lain dari yang lain.. Tetapi bergantung kepada persembahan mereka la kan.. Kalau OK, mantap la jadinya.. Kalau tak OK, memang ke laut la jadinya.. Jadi memang minggu ni teruja sikit la nak tengok kan..
Setelah menonton keseluruhan, memang minggu ni seolah menyeksakan mereka untuk membuat persembahan.. Tapi disebabkan mereka profesional, memang ianya berjalan macam biasa.. Kalau ditengokkan semua, Haiza nampaknya mungkin ditangga teratas sebab komen yang diberikan serta persembahan dia untuk genre rock tu memang menjadi.. Siti Nordiana, not bad sebab Dato' Ramli MS memberikan komen positif.. Seorang lain yang ditunggu ialah Azian Mazwan Sapuan.. Dapat lagu Tak Ada Logika kot.. Dan dia buat dengan baik..
Lain-lain pun ok macam Farahdhiya.. Dato' Ramli MS kata semua ok, takde cacat cela cuma katanya jiwa joget tu kurang.. Tapi ok la kan.. Macam Sheeda pula, dapat lagu terkini kot.. Means lagu zaman sekarang.. Tapi dah lupa juri komen apa.. Yang paling menggerukan ialah Zul Handy Black! Dapat lagu Ku Menunggu dari Rossa.. Seriusnya memang nampak malu dia nyanyi.. Mungkin dia perlukan susunan muzik yang sesuai baru la OK.. Tapi memang kalau ada satu penyingkiran, dialah mangsanya..
Then.. Akhirnya, Nabil Ahmad dan Jihan Muse mengumumkan yang malam semalam ada dua penyingkiran.. Mereka yang tersingkir ialah Zul Handy Black dan Ezlynn.. Sorry to Ezlynn sebab dalam persembahan yang lepas tu mamcam kurang sikit sebab kalau Eraz sendiri, terganggu dengan sebutan dia.. Sama macam Zul Handy Black.. Last week memang permulaan dah ke laut, minggu ni dapat pula lagi Rossa kan.. Mungkin tak de rezeki mereka dan dua-dua tersingkir.. Ok! For the next, tema ialah berdua lebih baik.. Maksudnya akan dapat lagu duet dan penyanyi undangan lah.. Cool..
Sunday, 1 November 2015
Tertipu Dengan 'Kancil'
Assalamualaikum w.b.t.. Macam biasa, terjumpa sesuatu yang menarik di Facebook, terus rasa nak kongsi di blog tercinta ni.. Lepas baca ayat yang ada dalam gambar tu, memang dari dulu lagi Eraz alami.. Bukan nak marah pada pemandu Kancil, tapi fizikalnya memang boleh buat orang frust saat-saat memerlukan parking.. Hehe.. Apa maksud Eraz? Cuba baca ayat dalam gambar di bawah ni dulu :
Siapa pernah alami perkara yang sama dengan Eraz alami? Sedang duk carik-carik parking di shoppimg mall atau hotel, tiba-tiba ternampak satu ruang kosong di tengah-tengah.. Terus laju menuju ke lot parking tu, tapi bila sampai, alahai, dah ada penghuni rupanya.. Kereta kancil.. Hehe.. Terus rasa frust.. Banyak kali kot kena.. Sorry ya pemilik kancil.. Kereta korang memang special.. Boleh menyorok.. Hehe..
Saturday, 31 October 2015
Rupanya Syarul Ridzwan Orang Kelantan
Assalamualaikum w.b.t.. Tiba-tiba rasa nak buat entri ni.. Wife pernah beritahu yang kawan dia sepupu kepada Syarul Ridzwan ni.. So maksudnya mungkin orang Kelantan.. Tapi tak pernah terbaca pulak yang dia ni orang Kelantan kan.. Tapi lepas tengok drama Kau, Aku, Kita Episod 1 & 2 Rabu, Khamis lepas, dalam drama tu dia cakap Kelantan..Oooo ok.. Confirm la dia orang Kelantan ni.. Lepas google, memang betul asal Kelantan walaupun lahir di Pahang.. Ramai juga orang Kelantan jadi artis ni rupanya.. Itu je tujuan entri ni.. Hehe...
Masa promo drama Kau, Aku, Kita di TV3 sebelum ni, tak teringin pun rasa nak tengok.. Tapi lepas tak sengaja tengok hari Rabu lepas, tapi dah sekerat jalan drama Kau, Aku, Kita, best pulak lakonan dua pelakon hero heroin ni.. Jalan cerita pun best.. So untuk hari Khamis, terus rekod sebab malam tu ada aktiviti di luar bersama family.. Next week, confirm rekod.. Tak sempat tengok live, boleh la tengok yang rekod kan..
Subscribe to:
Posts (Atom)





