Monday, 19 August 2013

Nampak tak apa masalah lori ni?


Assalamualaikum w.b.t.. Korang nampak tak apa yang tak kena dengan lori di atas?

Published with Blogger-droid v2.0.10
Read more ...

Sunday, 18 August 2013

Tegar - Aku Yang Dulu Bukan Yang Sekarang

Tegar - Aku Yang Dulu Bukan Yang Sekarang

Tegar - Aku Yang Dulu Bukan Yang Sekarang | Assalamualaikum w.b.t.. Mesti ada yang kenal dengan tajuk lagu tu dan mungkin ada yang tak.. Eraz mula tahu lagu ni bila dengar Suria FM.. Dengar lagu je.. Nama penyanyi, tajuk lagu, semua tak tahu.. Dengar-dengar pun dah tengah-tengah lagu.. Satu hari, Eraz sempat recall lirik lagu antaranya 'Aku yang dulu bukanlah yang sekarang, Dulu ditendang sekarang ku disayang' dan 'Hidupku dulunya seorang pengemis, pulang malam selalu bawa wang ......'..

So Eraz guna lirik tu untuk search siapa penyanyi dan tajuk lagu.. Baru la tahu siapa pemilik suara kanak-kanak ni.. Kebetulannya esoknya, kisah penyanyi kanak-kanak ni keluar di Harian Metro.. Siapa yang tak biasa dengan lagu ni, boleh play di bawah.. Siapa budak yang bernama Tegar ni sebenarnya? Macamana dia boleh jadi popular di Indonesia?



Read more ...

Segmen 12 Jam Follow & Blogwalking #4 Mialiana.com


Segmen ini dibuat bagi memudahkan Mia Liana untuk follow dan blogwalking semua blog peserta segmen ini. Secara tidak langsung ianya memberi ruang dan peluang kepada blogger lain untuk turut follow, blogwalking dan berkenalan antara satu sama lain dengan lebih mesra.

Segmen ini hanya untuk hari ini sahaja, Ahad 18 Ogos 2013 bermula dari jam 11.00 pagi sehingga 11.00 malamMia Liana berharap agar segmen ini mendapat sambutan dan semua blogger dijemput join.

Hanya 4 langkah mudah diperlukan :
  1. Follow blog Mialiana.com, Add To Circle Google+ Mia Liana dan Like Fanpage Mialiana.com
  2. Buat entri bertajuk Segmen 12 Jam Follow & Blogwalking #4 Mialiana.com
  3. Copy coding yang telah disediakan dan paste kan ke dalam ruangan HTML dan Publish entri.
  4. Tinggalkan URL entri anda ke dalam ruangan komen entri INI.
Pemilihan pemenang :
  1. 10 blog akan dipilih melalui random.org
  2. Pemenang dikehendaki memberikan satu URL entri terbaik dari blog mereka untuk di review di Mialiana.com
  3. URL entri terbaik hendaklah ditinggalkan di ruangan komen entri pengumuman pemenang nanti.
tunggu apa lagi... sila klik banner di atas untuk join....

Read more ...

Sesal dahulu pendapatan, sesal kemudian tidak berguna ..

Sesal dahulu pendapatan, sesal kemudian tidak berguna | Assalamualaikum w.b.t.. Inilah orang kata, terlajak perahu boleh diundur, terlajak kata? Sambung sambung.. Sesal dahulu pendapatan, sesal kemudian tidak berguna.. Kalau sesuatu perkara yang tidak baik itu dah berlaku, memang tak boleh nak buat apa dah.. Pujuk lah macamana pun, menangis air mata darah pun tak berguna.. Kalau dah nama peraturan, tetap peraturan dan akan dilaporkan.. Jadi cegahlah dari awal.. mencegah lebih baik dari mengubati.. Betul tak?

#Berkaitan exam

Published with Blogger-droid v2.0.10
Read more ...

Saturday, 17 August 2013

Layan drama Abang Long vs Kak Yong

Drama Abang Long vs Kak Yong | Assalamualaikum w.b.t.. Rasanya dah lama tak layan drama melayu malam-malam.. Sibuk layan Zara je.. Haha.. Tapi malam ni tertengok drama Abang Long vs Kak Yong di TV3 ni.. Rasanya drama ni sempena Hari Raya.. Mula-mula tengok, gabungan Akim & Yana Samsudin macam ada satu yang tak kena.. Mungkin sebab Akim nampak muda kot..

Bagi yang tak sempat tengok drama Abang Long vs Kak Yong ni, ni Sinopsis : Din Parang dan Man Todak sering bersaing sejak dari zaman muda.. Din mempunyai seorang anak lelaki bernama Boboy manakala Man mempunyai seorang anak perempuan bernama Suraya.. Suatu hari, Boboy terdengar perbualan antara ayahnya dengan Farouq di mana orang bawahan Man Todak telah menceroboh ke kawasan perniagaan mereka.. Kemudian, Boboy menyelinap masuk ke rumah Man Todak namun Suraya bertindak pantas cuba melawan Boboy.. Boboy tidak bernasib baik apabila Man Todak pulang ke rumah bersama penduduk kampung dan ternampak Boboy ‘berdua-duaan’ dengan Suraya.. Demi menjaga maruah keluarga, Boboy dipaksa menikahi Suraya.. Lagi kisah menarik lepas kedua-dua bapa merek di bunuh..

Published with Blogger-droid v2.0.10
Read more ...