Thursday, 6 July 2017

TAG La, 'Ubat' Orang Pelupa

TAG La, 'Ubat' Orang Pelupa | Assalamualaikum w.b.t.. Pernah tak dalam hidup korang pernah terlupa letak barang.. Cari punya cari sampai bersepah rumah tapi tak jumpa.. Kalau jumpa tu syukur.. Tapi kalau tak jumpa??? Atau anak kecil main dan dia tak tahu letak kat mana barang tu? Pernah pernah kan walaupun hanya sekali.. Jangan tipu! Cuba citer.. Hehe.. Ok! Hari ni Eraz nak buat entri pasal 'ubat' orang pelupa ni terutama yang selalu lupa mana la dia letak barang.. Hehe.. Biasanya kunci rumah, kunci kenderaan atau handphone!

Ini penyelesainya.. Percaya atau tidak Eraz nak cerita ni, korang boleh 'panggil' barang yang korang tak ingat letak kat mana tu.. Mudah je.. Guna TAG La! Memang bergunalah benda ni.. Kali pertama dengar ke TAG LA ni? Meh ni cerita sikit.. Korang mesti berminat punya..


TAG La ni merupakan satu alat Bluetooth Tracker, yang telah direka untuk menjadi 'ubat' kepada orang untuk mencari barang hilang sepantas mungkin.. Fungsi TAG La ni boleh kata lebih kepada memberitahu kepada kita kedudukan barang yang kita tinggalkan atau yang kita cari tu.. Tak percaya ke? Kena cuba.. Mana fungsi TAG La ni..?


Macam mana fungsi TAG La..?

PERTAMA
Korang boleh letakkan TAG La dalam beg, wallet atau barang berharga korang yang lain.. Biasa barang yang kita selalu guna la..

KEDUA
Kalau barang korang berada dalam lingkungan 75 kaki dan korang nak cari barang tu, gunakan "tracker" dan cari! TAG La akan berbunyi yang mana memudahkan korang buat carian!

KETIGA 
Handphone.. Pentingkan.. Tak jumpa? Haaa... Tekan mana-mana satu TAG La yang aktif untuk membuat handphone yang 'hilang' tu berdering.. Walaupun ia pada mode senyap.. Menarikkan..

KEEMPAT
Dengan TAG La juga, korang boleh menandakan lokasi terakhir korang, aplikasi ini secara automatik mencatat waktu terakhir dan tempat terakhir korang meletakkan barang tu.. Jadi, jika korang berhenti di suatu tempat dan kehilangan sesuatu, korang boleh tahu nak cari kat mana..

KELIMA
Boleh digunakan untuk selfie.. Dengan TAG La juga korang boleh mengambil gambar yang sempurna.. Wow.. Sbb TAG La berfungsi utk jd remote yg boleh diakses dr jauh.. Cayalah!!


Tapi.. Sebelum menggunakan TAG La ni, korang kena la dulu download aplikasi TAG La application.. Ikut cara gambar di atas ya.. Dari situ, baru la korang boleh dapat aktifkan TAG La korang.. Kalau korang masih lagi kurang faham tentang TAG La, korang boleh tengok video promo yang dorang buat.. Memang menarik!



Macamana? Mudah, Menarik dan Da Boom kan.. Memang memudahkan kerja kita mencari dengan adanya TAG La ni.. Eraz memang dah ada satu warna favourite Eraz ni, biru.. So! Korang pun rasanya kena la ada juga.. Mana tahu memang berguna di saat korang memerlukan.. 

Untuk maklumat lanjut, korang boleh layari :

Laman Web Rasmi : https://tagla.com.my/

Tidak risau lagi dengan adanya TAG La..
Read more ...

Wednesday, 5 July 2017

Siapa 'mdrop'?

Assalamualaikum w.b.t.. Rasanya hal ni dah ramai yang tahu kot.. Tapi mungkin ada juga yang belum tahu.. So Eraz citer la juga kat sini sebabnya Eraz memang baru tahu.. Hehe.. Kisah insan yang bernama 'mdrop'.. Berkaitan dengan pos Laju.. 

Dah lupa samada sebelum raya ke lepas raya, ada beli satu barang melalui Lazada ke 11street.. Dah lupa dah.. Tapi dapat selepas raya.. Dapat email notification kata barang dah shipping.. So diaorg bagi la Tracking No.. Biasa Tracking No ni bermula dengan EN, EP kan.. Tapi kali ni LG.. Pelik tapi benar bagi yang belum tahu cerita.. 

Tak was2 sebab bila semak tracking, ada rekod.. So tunggu je la abg pos laju datang hantar barang ke pejabat.. Dan semalam masa semak tracking, barang dah sampai.. "Items delivered to mdrop".. Ok dah sampai.. Tapi kenapa tak staf bawa ke workstation kan.. Tapi siapa 'mdrop'?? Misteri.. Barang tak de, tapi status tak sampai.. Tak ke pelik.. Haha..


Fikir punye la fikir.. Rupa-rupanya abg Posmen dah dropkan barang tu guna Pos Ekspress rupanya di Pondok Pengawal.. Patut la ada penerima nama 'drop'.. 'm' tu tak tahu apa maksudnya.. Ingatkan Mohd ke apa kan.. Haha.. Patutla Tracking No. tu bermula LG, lain dari biasa.. Itu la kisahnya semalam.. Mesti ramai tak tahu hal ni kan.. Tapi Eraz first time tahu.. Hehe..
Read more ...

Tuesday, 4 July 2017

Perlukan Kereta Yang Lebih Besar Ke?

Assalamualaikum w.b.t.. Bila travel ke luar Kelantan untuk beberapa hari, terus terfikir akan anak-anak serta bagasi.. Cukup ke dalam bonet? Selesa ke anak-anak.. Ya la, barang mungkin boleh adjust.. Tapi anak-anak, kesian la kalau tak selesa.. Memang dah ada yang suggest supaya beli kereta yang lebih besar.. Tapi pendapat sendiri, lain pula.. 

Alhamdulillah.. Kereta yang Eraz pakai sekarang dah habis bayar loan bank.. So memang tak terikat dan bulan-bulan dah bebas dari hutang.. Lega.. Keadaan kereta pun alhamdulillah sangat ok.. Tak pernah buat hal.. Sekali sekala tu ada la.. Biasa kalau kereta dah habis bayar kan.. Tak boleh lari dah.. Kereta wife pula, ...

Kereta wife pula pun sama juga.. Alhamdulillah dah habis bayar.. Walaupun tak besar, tapi cukup untuk wife drive pergi kerja dan bawa tempat-tempat sekitar Kelantan ni.. Alhamdulllah juga tak buat onar sangat.. So rasa macam sayang giler la pada dua-dua kereta ni..


Gambar di atas tu masa on the way balik ke Kelantan masa raya baru ni.. Adam masih kami letakkan dalam car seat sebab memang dia patut ada dalam tu.. Haha.. Dan dia sendiri pun ok.. Tak de la kata buat perangai menangis nak keluar dari cari seat.. Kakak Zara dah duduk sendiri kat belakang.. So kalau bab nak tidur, Adam tidur dalam car seat...  Kakak Zara akan tidur landing atas tilam yang kami sediakan.. Nampak macam selesa je walaupun Zara tak boleh nak luruskan kaki sepenuhnya.. 

Bab barang memang tak payah cakap la.. Sebab Raya kali ni memang dari malam raya sampailah ke raya ke 5, kami memang tak balik rumah.. Ulang alik dari rumah Ma Abah Eraz, rumah Ma Mertua dan terus ke Terengganu.. Bonet penuh dah bahagian kaki di belakang pun penuh.. Setakat ni boleh kata cukup la space tu..

So perlukan kami berdua timbulkan lagi isu supaya belikan kereta baru yang lebih besar? Kena buat loan lagi.. Terikat bulan2 paling tidak 9 tahun kan.. Next year tak sure samada Adam masih perlu duduk dalam car seat atau tidak.. Keputusan kami, bukan sekarang.. Sekarang kami selesa dengan kereta sekarang dan semoga Allah berikan kelancaran kereta berkenaan baik-baik sahaja.. Hehe..

#Coretat
Read more ...

Monday, 3 July 2017

Tahniah kepada Dua Pembaca ERAZFADLI.COM


Assalamualaikum w.b.t.. Seperti yang dijanjikan dalam entri ini, ERAZ FADLI | Bagi Hadiah Raya Aidilfitri 2017, hari ini Eraz akan senaraikan dua orang pembaca yang meninggalkan komen terbanyak di entri-entri blog erazfadli.com sepanjang bulan Jun 2017.. Kiranya ada gift kecil la untuk Raya 2017 ni ok.. So ini Top 5 nya dan Top 2 akan mendapat sebotol seorang DeXandra Perfume ok.. Tahniah :

No.  1 : aziekz (21)
No. 2 : Lisa Nurulain (21)
No.  3 : mrhanafi (13)
No.  4 :Maha Mahu (13)
No. 5 : Kin Naz (9)

So kepada Aziekz dan Lisa Nurulain, boleh whatsapp kepada Agen Berdaftar DeXandra Perfume ini, no. 017-977 3382 maklumat seperti Nama. Alamat dan No. Telefon untuk tujuan pengeposan.. Nanti mereka akan respon ok.. Tahniah sekali lagi..

Bagaimana dengan Bulan Julai 2017? Rasa-rasa ada lagi ke yang nak cuba potong jumlah komen Aziekz dan Lisa Nurulain? Atau orang yang sama akan dapat kalau Eraz nak bagi gift lagi? Hehe.. Takpe, untuk Bulan Julai 2017 ini, Eraz nak belanja korang lagi DeXandra Perfume.. Tapi masih terhad untuk 2 orang la.. Kira Top 2 ok.. So jom ramai2 meriahkan entri-entri blog erazfadli.com ok!

Siapa nak order DeXandra Perfume, hari ni hari terakhir SALE RAYA 2017 ya.. Hanya RM 100 sahaja untuk 2 botol.. So jangan pula menyesal bila harga dah kembali asal.. Whatsapp terus ke no. 017-977 3382.. Nanti bagitahu dapat info dari blog ERAZFADLI.COM.. Dapat FREE POSTAGE!!!!

Read more ...

Saturday, 1 July 2017

DeXandra Perfume Murah !

Assalamualaikum w.b.t.. Entri khas hari Sabtu untuk pengguna DeXandra Perfume dan juga bakal pengguna DeXandra Perfume.. Ini kira hari-hari terakhir untuk korang dapatkan DeXandra dengan harga yang sangat murah! Hanya guna RM 100, dah boleh dapat 2 botol besar 35 ml.. Dan banyak jenus bau yang ada untuk korang pilih.. Sale Ramadhan dan Raya ni dah berjalan selama hampir sebulan dan akan tamat pada 03 Julai ini..


Inilah masanya korang nak dapatkan DeXandra Perfume sebabnya harga tengah rendah giler.. Berbaloi-baloi orang kata kalau nak beli.. Kalau memang korang setia dengan DeXandra, better beli lebih dari satu untuk simpan stok perfume lepas habis sebab bila tarikh promosi tamat, still boleh beli tapi dengan harga biasa la..

Harga Biasa :

Semenanjung : RM 65 sebotol / RM 120 dua botol
Sabah / Sarawak : RM 70 sebotol / RM 130 dua botol

HARGA PROMOSI SALES RAYA :

Semenanjung : RM 55 sebotol / RM 100 dua botol
Sabah / Sarawak : RM 60 sebotol / RM 110 dua botol

Nak dapatkan FREE POSTAGE? Boleh.. Takde masalah.. By the way kalau free postage ni kira macam korang pergi beli dikedai la kan.. Ini lagi best, order je online then perfume sampai depan mata tanpa bayar duit pos pun.. So special kepada pembaca blog ini akan dapat FREE POSTAGE.. So untuk tahu korang dapat tahu maklumat dari blog ini, korang ikut arahan ini semasa whatsapp :

TAIP, "DEX ERAZFADLI.COM" dan hantar ke 0179773382

Mereka akan reply message korang dan layan apa sahaja korang nak tanya ok.. So tunggu apa lagi.. Dapatkan DeXandra Perfume korang sekarang.. Inilah masanya korang nak beli kalau dah nak hampir habis atau nak try kan.. Kena cepat.. 


TAIP, "DEX ERAZFADLI.COM" dan hantar ke 0179773382 SEKARANG!!!
Read more ...