Monday, 13 June 2016

Hingus Keluar Dari Telinga Anak


Assalamualaikum w.b.t.. Hingus keluar dari telinga? Bunyi macam pelik kan.. Tapi harap maklum, ianya tidak mustahil ya.. Mungkin pada anak pertama tidak pernah berlaku.. Tapi tidak mustahil ia akan berlaku pada anak kedua atau seterusnya.. Bagi yang ada pengalaman, mungkin mereka sudah tahu apa perlu dibuat, mana patut bawa anak berkenaan kan.. Tapi yang pertama kali, mungkin akan cara risau juga kan.. Ok!

Kalau lah berlaku pada anak anda keluar macam hingus atau ada juga yang panggil nanah (fizikalnya macam nanah tapi tidak berbau busuk), kena cepat-cepat ke klinik untuk dapatkan ubat telinga dan antibiotik.. Jika terlambat, kita risau akan effect kepada telinga anak tu.. Setiap hari semestinya kena besihkan telinga tu tapi kena berhati-hati.. Elakkan meminta pengasuh bersihkan sebab risau tersalah cara..

Kenapa boleh berlaku hingus / nanah keluar dari telinga ni? Mengikut doktor, salah satu disebabkan oleh anak tu lama selesema.. Sesetengah doktor memberikan sekali ubat selesama tapi ada sesetengah doktor tidak memberikan ubat selesama.. Mungkin ada la effect-effectnya.. Macam-macamana pun, ibu bapa kena cari jalan ubat selesaikan masalah selesema then dalam masa yang sama, hingus dari telinga pun pasti akan berkurangan.. 

Siapa yang ada pengalaman keluarkan hingus anak secara manual dengan masukkan air bercampurkan bahan yang dibenarkan oleh doktor? Bunyinya macam menggerunkan.. Tapi kalau terdesak, memang kena buat la kan.. Harapnya entri ni dapat membantu ibu bapa yang pertama kali tengok ada hingus atau cairan yang keluar dari telinga anak kecil.. Mungkin yang dah ada pengalaman boleh share pengalaman di ruangan komen.. Bagi yang ada pertanyaan, boleh komen juga.. Mungkin ada yang boleh membantu.. 
Read more ...

Sunday, 12 June 2016

Tips Penjagaan Bateri iPhone

Assalamualaikum.. Rasanya dua hari lepas kot ada bercakap dengan anak buah tentang bateri iPhone dia.. Dia kata memang sekejap giler dah habis walaupun dah caj penuh.. Eraz sendiri pun kadang-kadang macam tu tapi pada masa ketika duk online lama sangat la.. Plus layan whatsapp juga kan.. Kalau tak de powerbank, memang gelisab juga la..

So! Entri ni khas untuk semua pengguna iPhone.. Mana-mana geng yang rasa bateri iPhone dia cepat habis, silalah ikut cara ini.. Insyaallah boleh jimat sementara masa ketika kite memang perlu untuk save bateri.. Tambah-tambah masa travel kan.. Tak bawak powerbank pula dan mungkin di kawasan hutan masa tu.. Hehe.. So jom baca ni :


So! Selamat mencuba semua.. Harap-harap dapat membantu.. Wassalam..



Read more ...

Saturday, 11 June 2016

Pesanan Teragung - Siti Nordiana

Pesanan Teragung - Siti Nordiana
Pesanan Teragung - Siti Nordiana (Single 2016)

Assalamualaikum w.b.t.. Hari ni nak update kepada semua peminat Siti Nordiana yakni Juara Gegar Vaganza Musim kedua tahun lepas.. Single terbaru Nana dah keluar.. Tajuk : Pesanan Teragung.. So korang boleh la dengar kalau ada masa.. Dari segi sisi telinga Eraz, lagu ni mampu popular kalau dipromote dengan baik oleh radio-radio top dan rancangan TV popular.. Mana tahu akan tercalon masuk ke AJL dan majlis anugerah terbaik.. Sedikit info tentang lagu Pesanan Teragung ini ialah :

Tajuk : PESANAN TERAGUNG
Lagu : Audi Mok
Lirik : Omar K

Tengok dari penulis lagu dan lirik tu, dua nama yang dah ada nama baik dalam industri.. Siti Nordiana bernasib baik sebab single keluar awal berbanding dengan Juara Gegar Vaganza musim pertama, Ayai dulu.. Ayai dulu hampir setahun kot baru keluar single dengan Awi Rafael tu.. So Nana, dengan nama yang tengah naik ni, Good Luck!! Jom dengar lagu di bawah :


Lirik lagu Pesanan Teragung? Nanti kita usahakan k..
Read more ...

Friday, 10 June 2016

Petua Semulajadi Merawat Ulser Mulut


Assalamualaikum w.b.t.. Siapa di sini yang kerap kena ulser mulut? Eraz salah seorang daripada korang.. Dah banyak jugak kot entri pasa ulser mulut dalam blog ni.. So ini Eraz jumpa maklumat di facebook dan rasanya molek benar berkongsi.. Mana tahu terlepas kan.. Petua Semulajadi Merawat Ulser Mulut.. 

Selalunya kalau ulser, kalau biasa-biasa, bertahan macam tu je.. Bagi dia sembuh sendiri.. Kalau teruk sangat, baru la pergi klinik atau farmasi.. Paling kurang pun dapat ubat sapu kan.. Kalau teruk sangat, baru dapat ubat telan.. Pernah sekali tu dapat ulser dalam tekak.. Memang perit gila! First time..

Dalam bulan-bulan puasa ni, ulser pun akan kerap kalau kita yang berpuasa ni kurang minum air kosong kan.. Memang niat tu nak minum bagi cukup air kosong, tapi bila tiba masa, memang terlupa minum sampai ke sahur..

So! Ini adalah Petua Semulajadi Merawat Ulser Mulut yang terdiri dari :










Read more ...

Thursday, 9 June 2016

Tepatkan Percaturan Ambil Perlindungan Prudential BSN Takaful

Assalamualaikum w.b.t.. Sebenarnya sebelum berkahwin, memang tak de fikir pun nak dapatkan perlindungan untuk diri sendiri.. Kebetulan pula tempat kerja sekarang memang dah ada perlindungan untuk staf iaitu AIA.. Kira nak pergi klinik, tak kena bayar dah.. Nak pergi hospital swasta terpilih pun ok dengan AIA walaupun tak pernah guna kan.. Bila dan kahwin, wife pun ada kelebihan dia untuk kebajikan perubatan melalui tempat dia kerja..

Tapi sejak dua menjak lepas tu, terfikir nak ambil perlindungan untuk diri sendiri, wife dan dua anak tersayang tu.. Rasa macam perlu pulak.. Ya la, mana la tahu kan, kot-kot berlaku apa-apa yang tidak diingini.. Malang tu tak berbau.. Kawan zaman sekolah dulu ada seorang yang jadi pengurus kewangan Prudential BSN Takaful ni.. Pernah la bincang dengan dia.. Tapi lepas pada tu, berkobar-kobar tu hilang untuk mulakan.. Hehe.. Kebetulan pula kawan sekolah tu tinggal jauh dari Kelantan..

Tup-tup awal tahun ni ke hujung tahun lepas kalau tak silap, lepas bincang dengan wife, tengok-tengok perbelanjaan bulanan, rasanya perlu kot kami mulakan.. Kira nak ambil satu family.. Sebab nak bincang dengan lebih detail bersemuka, Eraz dan wife decide panggil seorang lagi kawan dari matrix dulu datang.. As usual, jumpa di kopitiam la.. Discuss-disscuss tengok bajet pada masa tu, ok la.. Mungkin boleh proceed ni..

Dan alhamdulillah, kami selamat selesai dapatkan perlindungan dengan Prudential BSN Takaful.. Eraz paling tinggi sebab kepala kan.. Wife rendah sikit je.. Anak-anak dua-dua ambil juga yang plan RM 100 ++.. Termasuk untuk pendidikan mereka nanti.. So dapatlah kad di bawah ni..


So sampai sekarang memang diteruskan macam biasa.. Kalau dicampurkan keempat-empat individu yang dilindung, total RM 700 ++ juga.. Harapnya kewangan kami maintain setiap bulan untuk cover perlindungan ni.. Kalau fikirkan perbelanjaan, memang tak nak lagi kot.. Tapi bila fikirkan anak isteri, pengorbanan sebagai ibu bapa tu kena ada.. 
Read more ...